Thursday, April 22, 2010

mentaliti orang kita.grow up~

Alhamdulillah..
Semalam mar berpeluang mengikuti sahabat2 berjuang bersama2 untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Tapi hari nie, mar bukan nak  berkempen @ merayu undi, tapi berkongsi pengalaman bertemu dengan masyarakat2 penduduk di Hulu Selangor. Mar pasti, bukan semua orang H.S mcm nie, mungkin sebahagian @ segelintir shj. Namun dari jumlah yang kecil nielah wajar utk kita sama2 ambil iktibar.

Mar bertugas di UPU Ulu Yam Baru, kali pertama kami bertugas di kawasan perumahan Cina, sambutan yang diberi sangat menyenangkan. Mereka semua sangat warm & friendly, walaupun kami yang datang neyh hampir kesemuanya orang melayu.

Di sebelah pagi, cuaca sangat panas...mar memang tabik la sahabat2 yang bertugas dari hari ahad lagi. Di sebelah petang, cuaca menyebelahi kami..alhamdulillah, redup tapi tak hujan, berbanding pagi tadi teriknya bukan kepalang. Tapi seperti yang ALLAH janjikan, tiada jalan mudah di dlm memperjuangkan agama-Ku. Rupanya kami berhadapan dengan penduduk2 yang agak 'terik',
Kami : Assalamualaikum wrt..kak, mak cik, kami dari pakatan rakyat, apa khabar?

mak cik A : em..baik2

Kami : nak tanya, berapa orang yang boleh mengundi dalam rumah nie? mak cik mengundi?

mak cik A : tak..mak cik tak nak lah mengundi. Biar dua2 tak dapat. nie nak pilihan raya, baru nak jumpa rakyat. kalau sapa2 menang pun mak cik bukan dapat apa2 pun!

Kami : eh, jangan macam tu mak cik, kita kene mengundi. Supaya kita dapat hak kita yang sepatutnya. Kalau tak megundi, lagi tak dapat apa. Lagipun sepanjang PR memerintah selangor, banyak dah kemudahan yang kita beri pada rakyat. Air kalau RM11 ke bawah tak payah bayar, malah kita ada bantuan utk ibu tunggal dan mahasiswa

mak cik A :  alah mak cik besarkan anak2 18 tahun tak pernah dapat bantuan pun, 4 orang dah masuk universiti tak dapat bantuan pun

kami : tapi PR baru memerintah nak masuk 3 tahun. bantuan2 ini kami baru tawarkan. Yang selama 18 tahun tu bukan kami yang memerintah. mak cik dah daftar? kalau tak daftar memang tak dapat..sbb kami tak dapat maklumat.

mak cik A : alah, mak cik nak daftar zakat dulu, dia datang rumah..nampak jer astro, terus kata tak boleh..

kami : memang tak boleh mak cik, tawaran yang zakat bagi dan PR bagi tak sama. Kriteria yang zakat peruntukan memang sangat ketat. Tapi bantuan ibu tunggal, mahasiswa, memang kerajaan pakatan Rakyat ada tawarkan.

mak cik A :  alah sama jer, semua tu. Cakap jer lebih...

dan selanjutnyer..
dalam kami berjalan dari satu rumah ke satu rumah, ada sebuah rumah lagi yang mempunyai tanggapan yang sama

kami : abang bayar berapa bill air sebulan

abang B : RM 50-RM 80. em tak dapat apa pun sepanjang PR memerintah

=) sepatutnya kita sebagai warga negara Malaysia sedar keperluan untuk mengundi. Dari dulu hingga kini, mentaliti orang kita tidak dibebaskan, masih terkurung untuk meminta ehsan kerajaan @ subsidi. Kalau kita reflek pada 2 penduduk tempatan tadi, mereka tidak mahu mengundi bukan kerana PR melakukan kesalahan @ apa2 sahaja alasan yang menolak mereka dari memimpin kerajaan yang baik. Tapi mereka menolak PR @ menolak untuk mengundi kerana mereka merasakan kerajaan yang memerintah tidak memberi mereka bantuan apa pun.

jadi jikalau ader kerajaan baru yang dapat memberi kesenangan kepada rakyat, namun dalam masa yang sama membiarkan maksiat berleluasa dalam negara ini,mereka akan bersetuju dan menyokong kerajaan tersebut.

Seandainya, negara kita terjadi seperti negara Palestine, apakah kita mahu mempertaruhkan negara @ keislaman kita kepada Yahudi? atau kita akan memperjuangkannya?!

Mar pasti ramai yang akan kata, "eh~ janganlah kita jadi macam palestine," kita perlu faham, yang sedang terseksa di Palestine, itu saudara kita, ummat Islam jugak! Yang menjadikan mereka itu terseksa, adalah diri kita sendiri, sifat mementingkan diri yang bermaharajalela dalam diri kita!

seandainya mereka mampu faham, kerajaan itu hanyalah 'alat' bagi memastikan kita mampu hidup aman damai mengikut syariat ALLAH di dalam negara ini.

masyarakat kita hari ini masih jauh dari kesedaran perlunya kepada tuhan semsta alam. Malah bila kita reflek balik, masyarakat di negara kita tidak pernah membantah budaya hidonisme yang berleluasa di negara kita. Walaupun budaya ini memberi impak yang sangat negatif kepada generasi pimpinan akan datang. Ini bermaksud mereka sendiri tidak peka atau malah tidah mahu ambil tahu bagaimanakah agaknya pembentukkan sahsiah anak2 mereka.

Wahai ummat Islam, bangun! Kita perlu bertindak. Lihat sahaja Rancangan The Oprah Winfrey Show. Mereka (bukan Islam), berganding bahu membina rancangan2 yang memberi manafaat kepada masyarakat. Malah mereka di banjiri dengan rancangan2 yang mendidik minda. Lalu kita gelar mereka sebagai 'Ibu' kepada budaya kuning. Malah kita ini, yang melahirkan anak2 serta cucu2 budaya kuning, tidak pernah sedar diri, lihat sahaja anak muda kita di sogokkan dengan drama2 yang tidak tahu di mana positive value.nyer. Realiti show ttg menyanyi2, berlambak2. Filem..tak habis2 nak cerita pasal mat rempit. Drama..pastinya ttg cinta 3 segi. Rancangan agama? khusus untuk orang2 tua @ mereka yg baru insaf.

Tapi cuba kita tgk di barat sama, mereka ader CSI, House, The Biggest Loser, The Apprentice. Rancangan2 yang pada mar sedikit sebanyak memberi manfaat buat semua.

Kita perlu bangun, dan bertindak! Percayalah, kalau bukan kita siapa lagi???
Mulakan langkah kecil yang bermanfaat
yuk melangkah~