Wednesday, May 23, 2012

Siapakah M U S L I M A H S O L EHAH . . .


Siapakah muslimah?



ü Wanita yang mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW
ü Wanita yang solat lima waktu dan berpuasa
ü Wanita yang rajin mengaji

ü Wanita yang cukup ilmu dan Rendah diri
ü Wanita yang matlamat hidup dan matinya hanya kerana
Allah swt.. ^__^

ü wanita yang menutup aurat dengan rapi
ü Wanita yang mentaati suaminya
ü Wanita yang berakhlak mulia serta tulus hatinya
ü Wanita yang tutur katanya penuh berhikmah
ü Wanita yang sentiasa menjaga kehormatan diri
ü Wanita yang tidak suka dipandang dan sentiasa menjaga pandangan
ü wanita yang pandai mengambil hati orang sekeliling
ü Wanita yang menjadi penyejuk hati

Agak-agak ada tak semua ciri-ciri ni dalam diri kita?
Tiada wanita yang sempurna ye dak..? tapi.. kita boleh sentiasa mencari dan menjadi muslimah solehah.
Kekurangan dan kelebihan dalam diri perlu menjadi kekuatan untuk kita mengejar cita-cita yang satu iaitu ingin menjadi bidadari dunia hingga ke syurga Allah. Tips nak jadi muslimah solehah.. apa kata, setiap hari kita buat checklist samaada apa yang kita lakukan seharian dan akhlak kita seharian sama tak seperti yang disenaraikan di atas.. jom sama-sama kita try! InsyaAllah.. semoga Allah memberi pertolongan agar memperelokkan segala urusan dunia dan akhirat kita. Wallahua’lam. ^__^
“Carilah kesempurnaan dan kamu hanya akan menemui kehampaan, kerana tiada manusia biasa yang dilahirkan tanpa kekurangan dan kelemahan. Saat kau memilih seseorang kerana kelebihannya bermakna kelemahannya masih terlindung dan tika kau menemui itu nescaya kau akan dirundung kecewa. Tetapi, jika kau tahu kelemahannya dan dapat menerima dengan lapang, di saat kau nampak kelebihannya kau akan menjadi seperti dikalung kebahagiaan memiliki dia sebagai teman.. “


di olah oleh : 

Tuesday, May 8, 2012

'Dia'...


'Dia' selalu ajar saya untuk BERBAHAGIA UNTUK ORANG LAIN
'Dia' selalu dorong saya untuk HIDUP BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN
'Dia' selalu meyakinkan saya untuk terus hidup dengan BAHAGIA
walaupun saya bukan siapa-siapa

'Dia' selalu memBAHAGIAkan seluruh keluarga
'Dia' selalu mencari jalan agar seluruh ummah hidup dengan BAHAGIA
'Dia' selalu yakin, bila kita dekat dengan ALLAH, maka kita akan lebih BAHAGIA

'Dia' akan tetap BAHAGIA, walaupun dia terluka
kerana 'Dia' yakin, luka itu sebahagian jalan sebelum menempuh BAHAGIA
'Dia' tak penat mengajar saya erti lapang dada dan BAHAGIA
walaupun saya selalu terlupa semua PESAN DAN PENAT LELAH 'Dia'

'Dia' adalah ummi saya yang tercinta
Satu-satunya ibu yang saya ada
satu-satunya orang yang akan bersabar dengan saya
dan membayar duit kereta saya, bila saya terlewat (hahahah~)

biar siapa pun 'Dia', 'Dia adalah segala-galanya untuk saya
kerana 'Dia'lah yang membentuk siapa saya hari ini



Selamat Hari Ibu, Ummi
(In Advanced)
Semoga setiap hari adalah HARI YANG MEMBAHAGIAKAN
Semoga menjadi khalifah yang lebih baik lagi, dari hari ke sehari



Redha Ibu & Ayah

   Bismillahirrahmanirrahim =)

Hidup ini adalah bicara Ilahi dengan kita. 
Di dalam biacaranya penuh maksud yang tersurat dan tersirat, yang bukan mudah kita rungkai.
Kadang-kdang Dia beri kita bahagia, sebagai ganjaran
Kadang-kadang Dia buat kita terluka, sebagai pengalaman untuk menempuh kebahagiaan 
Kadang-kadang Dia beri kita situasi yng mendua, supaya kita betah menjadi khalifah yang bahagia dan membahagiakan =)

teringat saya pada firman ALLAH 
'Kadang-kadang kita tak sukakan sesuatu perkara, tetapi itulah yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang kita sukakan sesuatu perkara, tetapi itu bukan yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya ALLAH mengetahui apa yang tidak kita ketahui,'

Baru-baru nie saya mendapat tawaran kerja yang bagus dari orang yang BAGUS =) saya memang tersangat excited nak pergi =) Banyak benda baru yang saya rasa seronok untuk saya belajar, sekiranya saya menyertai team mereka.

Setelah istikharah dan minta beberapa pendapat, saya semakin yakin untuk menyertai company ini. Apatah lagi, urusan untuk saya berhenti kerja, semakin dimudahkan oleh ALLAH, seperti semuanya telah di urus baik oleh ALLAH. Namun saya tak lupa untuk serahkan segalanya pada ALLAH (walaupun dalam hati saya memang berharap sangat dapat pi ^^ )

Rupa-rupanya ini adalah satu ujian untuk saya, keputusan saya tak di redhai salah seorang dari ibubapa saya. Walaupun kali ini saya menggunakan senjata yang agak lembut, berbanding zaman muda remaja dulu, pastinya bedilan tentera Rusia yang akan menyergah benak kedua ibubapa saya. Tetapi nampaknya peluru senjata saya tidak tepat dengan sasarannya.

Saya menangis sendiri, makin saya sendiri makin syaitan bijak menguji. Pelbagai alasan dan tindakan yang kurang bijak berlegar dalam kotak fikiran saya. Pelbagai alasan yang hadir, yang MENGUKUHKAN yang mana saya perlu mengambil peluang  keemasan ini.

Mujur Allah hadirkan saya teman yang solehah, bak  nasyid isteri solehah tu 'penyejuk di mata, penawar di hati,' akhirnya saya terfikir,

Saya nak sangat bekerja dengan orang yang hebat
Saya mungkin boleh jumpa dengan 10 orang hebat
Tapi apakah saya boleh dapat redha dari ibu ayah yang lain?

saya mungkin terlepas satu peluang keemasan
tapi sekurang-kurangnya saya tidak hilangkan sebuah senyuman di rumah saya

hargailah apa yang kita ada hari ini
kerana kita belum tentu memilikinya esok

salam sayang dari saya
orang yang sering menduga kasih sayang mu
ayah & ummi