Tuesday, May 8, 2012

Redha Ibu & Ayah

   Bismillahirrahmanirrahim =)

Hidup ini adalah bicara Ilahi dengan kita. 
Di dalam biacaranya penuh maksud yang tersurat dan tersirat, yang bukan mudah kita rungkai.
Kadang-kdang Dia beri kita bahagia, sebagai ganjaran
Kadang-kadang Dia buat kita terluka, sebagai pengalaman untuk menempuh kebahagiaan 
Kadang-kadang Dia beri kita situasi yng mendua, supaya kita betah menjadi khalifah yang bahagia dan membahagiakan =)

teringat saya pada firman ALLAH 
'Kadang-kadang kita tak sukakan sesuatu perkara, tetapi itulah yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang kita sukakan sesuatu perkara, tetapi itu bukan yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya ALLAH mengetahui apa yang tidak kita ketahui,'

Baru-baru nie saya mendapat tawaran kerja yang bagus dari orang yang BAGUS =) saya memang tersangat excited nak pergi =) Banyak benda baru yang saya rasa seronok untuk saya belajar, sekiranya saya menyertai team mereka.

Setelah istikharah dan minta beberapa pendapat, saya semakin yakin untuk menyertai company ini. Apatah lagi, urusan untuk saya berhenti kerja, semakin dimudahkan oleh ALLAH, seperti semuanya telah di urus baik oleh ALLAH. Namun saya tak lupa untuk serahkan segalanya pada ALLAH (walaupun dalam hati saya memang berharap sangat dapat pi ^^ )

Rupa-rupanya ini adalah satu ujian untuk saya, keputusan saya tak di redhai salah seorang dari ibubapa saya. Walaupun kali ini saya menggunakan senjata yang agak lembut, berbanding zaman muda remaja dulu, pastinya bedilan tentera Rusia yang akan menyergah benak kedua ibubapa saya. Tetapi nampaknya peluru senjata saya tidak tepat dengan sasarannya.

Saya menangis sendiri, makin saya sendiri makin syaitan bijak menguji. Pelbagai alasan dan tindakan yang kurang bijak berlegar dalam kotak fikiran saya. Pelbagai alasan yang hadir, yang MENGUKUHKAN yang mana saya perlu mengambil peluang  keemasan ini.

Mujur Allah hadirkan saya teman yang solehah, bak  nasyid isteri solehah tu 'penyejuk di mata, penawar di hati,' akhirnya saya terfikir,

Saya nak sangat bekerja dengan orang yang hebat
Saya mungkin boleh jumpa dengan 10 orang hebat
Tapi apakah saya boleh dapat redha dari ibu ayah yang lain?

saya mungkin terlepas satu peluang keemasan
tapi sekurang-kurangnya saya tidak hilangkan sebuah senyuman di rumah saya

hargailah apa yang kita ada hari ini
kerana kita belum tentu memilikinya esok

salam sayang dari saya
orang yang sering menduga kasih sayang mu
ayah & ummi