Saturday, February 12, 2011

Bebaskan anak-anak untuk berfikir =)

baru-baru nih ma ke sebuah tadika, dan ma pelajari sesuatu yang menarik,

   "Teacher! teacher! tengok nie flower" seorang anak kecil berusia 4 tahun berlari ke arah cikgunya menujukkan penemuan terbaru beiau hari ini iaitu flower. Ma tersangat impress dengan kanak-kanak ini, dalam usia 4 tahun, dia tahu itu 'flower' dan bukanya bunga...pastinya cikgu2 beliau adalah guru-guru yang hebat. Dengan sangat teruja, ma pun tanya kat anak tersebut ;

"oh..boleh cikgu tengok flower tu.." kanak-kanak tersebut datang kepada ma sambil memegang bunga orkid yang separuh layu,
"wah..cantiknyer! flower nie warna apa?"
"purple!"
anak ini memang hebat dan bijak =)

Melihatkan ma memberi perhatian kepada anak ini, bila beliau menunjukan flowernya, anak2 yang lain pun tak nak kalah, mereka datang menyerbu ke tempat ma dan guru2nya duduk. Setiap seorang dari mereka menunjukkan flower masing2. Bayangkanlah kalau ader 10 orang anak-anak, bermaksud ader 10 bunga,
"teacher! kita pun ada flower jugak!"
"teacher flower kita cantik!"
"teacher! tengok nih!"
dan macam2 lagi kerenah anak2 ini, tiba2 datang seorang dari guru mereka berkata dengan nada tinggi;
"EH! APER MAIN BUNGA NIH!"
disambung pula dengan cikgu yang lain,
"HAH!!! PENAT CIKGU SAPU TAU! AWAK SEMUA NIH TAHU BUAT SEPAH JE!" 
ma tersenyum sendiri, macam mana boleh ada cikgu tadika macam nie "bukan..depa nak tunjuk kat cikgu depa, hari nih depa jumpa flower..."

Hargailah masa kecil anak-anak. Jangan paksa mereka berfikir dan bertindak seperti kita yang berusia 20an atau 30an, itu sangat tidak adil. Beri mereka ruang untuk mengenali dunia ini dengan cara mereka sendiri. Jangan risau, kanak-akanak adalah fast learner, minda mereka adalah absorbent mind, mereka menyerap sekeliling mereka dengan pantas sekali.  

Pernah sekali, lecturer ma di IIC, Madam Seema berkongsi, apabila kita berjalan di pasaraya dengan anak2, kerapkali kita menarik tangan mereka dan memaksa mereka berjalan dengan laju, supaya kita dapat selesaikan tugasan membeli belah dengan cepat. Sedangkan kalau kita lepaskan mereka sekali, cuba kita lihat, mereka akan berjalan dengan gaya mereka sendiri, memerhatikan barang2 yang tersusun, dan sekali-sekala bertanya sesuatu, yang kita rasakan perkara yang remeh, tetapi pembelajaran yang besar buat anak-anak. 


   Sebagai contoh, anak 4 tahun tadi, menunjukkan penemuan baru beliau pada ma, iaitu bunga. Next time, bila dia jumpa sesuatu yang menarik lagi, seperti daun sebagainya, dia akan berani bertanya lagi tentang daun. Dan bila kita explain dan serapkan seberapa banyak ilmu kepada mereka, bayangkan betapa bijaknya anak2 kita dengan pengetahuan am. 

   Tapi bayangkan, kalau ma tak entertain penemuan baru dia tadi, tambahan pulak ma marah dia. Next time, dia akan takut nak tanya ma lagi. Pengetahuan dia takkan berkembang...huh~ sedihyer!

   Kalau ingat, ma pernah citer, macam mana anak ma, didi, bertanya pada ma kenapa kawan dia pakai gelang dekat kaki. Sebab sebelum ni, minda dia hanya menyimpan info yang gelang hanya di pakai di tangan. jadi dia tersangat pelik bila ada kawanya yang pakai gelang di kaki. Bila kita explain, maka ada info baru yang memasuki mindanya, iaitu gelang kaki. Manalah tahu, besar nanti didi jadik tauke emas ker kan =)


Thursday, February 3, 2011

Didik anak-anak bukan sekadar dengan arahan, tetapi contoh tauladan

   Pernah satu ketika, mar menghadiri sebuah majlis makan malam. Selepas solat Isyak, ramai diantara kami mengambil peluang untuk berbual-bual, memandangkan kami sudah lama tidak bertemu. Macam biasa, bila dah adakan majlis makan-makan di rumah, pasti pinggan, mangku dan cawan yang banyak akan 'membanjiri' sinki tuan rumah. Dan untuk seketika, mar terdengar kak Bedah memanggil anak perempuannya yang berusia 12 tahun, Saidah, dengan sedikit berbisik beliau berkata,

"Saidah! nie pinggan mangkuk kotor nie, tolong basuh! Sian Pak ucu kao, penat dia panggil orang makan," kemudian kak Bedah berlalu menuju ke ruang tamu, menyertai acara sembang-menyembang warga2 ibubapa.

Ma rasa ramai diantara kita pernah melihat atau mengalami sendiri situasi ini. Samada kita ini di pihak ibubapa atau anak itu sendiri. 

Sungguh, pasti ramai yang kata, niat kak Saidah tu nak membantu tuan rumah, lagipun wajar beliau mengambil peluang berbual2 dengan tetamu yang datang. Tapi pernahkah kita melihat dari sudut anak itu sendiri? Kanak-kanak lain sedang seronok bermain, dan kita memanggil mereka untuk membuat kerja dapur..aduh, wajarkah kita?

Dan sebenarnya sangat tak adil, kalau kita tak membantu lagsung Tuan rumah, jadi apakah jalan tengah yang perlu kita ambil?

Apa yang dapat saya lihat, beberapa jalan keluar yang baik

pertamanya : bertemu dengan anak, tanya, apakah mereka sedang bermain? semestinya beliau akan katakan ya! Jadi jelaskan pada anak kita, pinggan dan cawan yang kotor masih banyak di dapur, dan kita perlu membantu tuan rumah, sebagai tanda terima kasih. Jadi,  ibu akan membasuh separuh, dan boleh tak kalau anak kita basuh lagi separuh, kerana ibu juga perlu menyertai sahabat2nya, sepertimana anak kita mahu bermain degan sahabat2nya. Biasanya, apabila kita memberikan sebab yang rasional, akal anak2 mudah menerimanya.

kedua : berjumpa dengan anak kita, dan meminta tolong anak kita untuk melakukan kerja tersebut bersama2 dengan kita. 

ketiga : minta tolong anak kita dan sahabat2nya untuk membantu mencuci dan mengemaskan pinggan dan mangkuk tersebut.

Jangan paksa anak-anak buat kerja yang kita tak nak buat, itu sangatlah salah =)

Didik anak-anak bukan sekadar dengan arahan, tetapi contoh tauladan 




Wednesday, February 2, 2011

Mengubah Persepsi Anak-Anak

Pernah sekali ketika saya berbual dengan rakan-rakan, sedang rancak berbual, laptop sahabat saya terjatuh dari meja. Cepat2 kami rechek, kut2 lah ader yang rosak, tapi alhamdulillah =) semuanya ok. Sedang dalam perjalanan pulang, sahabat saya berkata;

Ain : Alamak, Ain kene contact mama Ain la, laptop nie Ain pinjam mama Ain punya,

kami terdengar sipi-sipi perbualan Ain

Ain : Salam mama, Ain nie. Mama, laptop mama jatuh tadi, dari meja. emm..Ain tengah borak , lepas tu mcm mana ntah terjatuh, sori yer ma....em baiklah ain jaga elok. ok ma Assalamualaikum.

Bahiyah : eish Ain, mak ko tak marah ker, mahal tu laptop tue! kalau aku, aku tak contact, biarlah dia tak tahu, dari dia tahu...walaupun laptop tu ok, buat dia naik angin jer!

Dari sini kita dapat lihat, 2 persepsi anak-anak yang terbentuk.

Anak A (Ain)
Ain berani berterus terang dengan ibubapanya walaupun dia melakukan kesalahan. Sebab ibubapanya telah membentuk persepsi di minda anak mereka yang mereka 'berhak' melakukan kesalahan. Setelah itu, memohon maaf dan jangan ulangi lagi kesalahan itu.

Anak B (Bahiyah)
Bahiyah pula tidak berani berterus terang, dan memendamkan permasalahannya sendiri di dalam diri.

Sebagai ibubapa, anak macam mana yang ingin kita bentuk?