Wednesday, November 25, 2009

RINDU : FAKTOR & SOLUSI

"Hati-hatilah dengan perasaan rindu kerana ia boleh menimbulkan kecemasan dan kesedihan yang berlanjutan”

Demikianlah sebuah rasa bernama ‘RINDU’ yang diungkapkan kebarangkalian kesannya terhadap jiwa-jiwa manusia yang kosong dari dzikir dan jauh dari taqwa kepada Allah s.w.t. Tulisan ini dipetik dari sebuah buku karangan Dr Aidh Abdullah al-Qarni di dalam buku beliau yang masyhur iaitu “La Tahzan”.

Majoritinya pernah dihambat rasa rindu, tidak kiralah kepada siapapun ianya ditujukan. Jika rindu itu tertuju pada yang hak, indahlah ia. Memekarkan kuntuman taat dan taqwa kepada Allah s.w.t. Namun, apabila rindu yang mengalir melalui relung-relung jiwa yang kosong dari dzikir, sementelah ditujukan kepada yang tiada disisi dan tiada berasas pasti, inilah yang perlu diberi perhatian. Silap langkah rindu yang mengalir itu secara tiba-tiba bertukar menjadi kecemasan dan kesedihan.

Apakah faktor dan solusi terhadap sebuah perasaan yang dikurniakan buat manusia yang normal, dikurniakan pula akal fikiran untuk memandunya.

Dikongsikan solusi terhadap masalah yang datang menyelirati hati secara tiba-tiba melalui rujukan dari karya Ibnul Qayyim di dalam karyanya “Ad-Daa’ wa ad-dawaa’”. Penulis bukan mengambil dari kitab asal tetapi hanya menaqal dari buku “La Tahzan” juga. Bagaimana menghadapi suatu rasa bernama ‘rindu’ jika tiba-tiba ia mengalir dalam relung hati dan jiwa, lalu cuba merosakkan kekhusyukan ibadah.

FAKTOR penyebab kerinduan yang membara:

1- Kosongnya hati dari rasa cinta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, zikir kepada-Nya, syukur atas nikmat-Nya dan dari ibadah kepada-Nya.

2- Sikap meliarkan pandangan mata. Kerana mata yang liar boleh menimbulkan kesedihan dan kecemasan dalam hati.

Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nur ayat 30:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ

“Katakanlah kepada orang-orang yang beriman agar mereka menundukkan pandangan mereka”.



Rasulullah s.a.w bersabda :

النظرة سهم من سهام إبليس

“Pandangan mata merupakan panah dari panah-panah iblis”-al-Hadith



3- Sedikitnya bahagian Ibadah, berdzikir, berdoa dan solat sunat.

Firman Allah s.w.t:

إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ

…..Sesungguhnya solat itu akan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar (surah al-ankabut: 45)



PENAWAR kerinduan yang membara:

1- Menyibukkan diri dengan beribadah kepada Allah s.w.t dan memohon kesembuhan dan kesihatan kepada-Nya.



2- Menjaga pandangan mata dan kemaluan.

Firman Allah s.w.t:

وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ

“…dan agar menjaga kemaluan mereka” (an-Nur:30)



وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ

“Dan orang yang menjaga kemaluan mereka”(al-Mukminun:5)

3- Meninggalkan tempat di mana orang yang dirindukan berada dan menghindarkan diri dari mengingatnya.

4- Menyibukkan diri dengan amal soleh.

إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا

“ Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yangs elalu bersegera dalam mengerjakan kebaikan dan mereka berdoa kepada kami dengan harap-harap cemas”

(al-Anbiya’:90)

5- Menikah secara syar’ie:

Firman Allah s.w.t:

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ

“.......dan nikahilah wanita yang engkau sukai....(an-Nisa’:3)

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج

“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang sudah memiliki kemampuan zahir dan batin hendaklah ia menikah”

________

Demikianlah sedikit perkongsian. Setiap sesuatu yang Allah ciptakan pastinya disertakan sekali panduan kerana Dia tidak akan membiarkan kita sesat tanpa petunjuk melainkan kita yang membiarkan diri kita sesat dan lari dari petunjuk.

Apabila hati dipenuhi taqwa, dzikir dan jiwa adalah jiwa yang dekat kepada Allah s.w.t, nescaya kebenaran akan menghiasinya sehingga tak terhirau lagi debu-debu palsu dunia.

“ Jika kamu ditimpa suatu godaan dari syaitan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah..” (al-A’raf:200)

Wallahu a’lam


Tuesday, November 17, 2009

Cebisan Ilmu LK 1

sedikit nota ilmu yang ingin di kongsi dari program Latihan Kepimpinan yang lepas =)

(tak ingat maudu' ceramah + nama ust, sbb masuk lewat)

  • bila kita sibuk, kita akan jadi lebeyh efficient
  • pemimpin bukan perlu jadi baik dahulu, baru boleh memimpin. Perubahan (improvement) dan amanah sebagai pemimpin itu perlu gerak seiring.
    • e.g Nabi Muhammad tidak duduk uzlah dalam Gua Hira' & hafal 30 juz Al-Quran, kemudian baru berdakwah. Tetapi berdakwah dan penurunan ayat Al-Quran itu berlaku seiring, ALLAH perintahkan Rasulullah berdakwah, kemudian ALLAH recharge dengan penurunan wahyu.
  • hanya orang yang sibukyang ada masa, kerana bila kita kitif, otak senang berjalan.
setiap pimpinan akan ada mehnah dan tribulasi
  • Seseorang bertanya kepada Saidina Ali, ketika beliau menjadi Amirul Mukminin " Mengapa pada zaman khalifah2 sebelum nie, tidak ada pemberontakkan seperti zaman engkau, Ya Amirul Mukminin?" jawab Amirul Mukminin, "kerana pada zaman Saidina Abu Bakr adanya pengikut seperti aku, manakal pada zaman pemerintahanku adanya pengikut seperti engkau"
  • Pada zaman S. Abu Bakar, ada masalah intenal, zaman S. Umar& Uthman pula fitnah berleluasa, zaman S. Ali berlakunyer pemberontakkan bani umayyah. Zaman Muawiiyah& yazid berlakunyer kekejaman terhadap rakyat.

Maudu : Pengurusan Diri & Jemaah
Penceramah : (tak sempat juga..)

pengurusan diri - pemimpin perlu memahami tanggungjawab sebagai muslim, jemaah, individu, ibubapa, pemimpin, pelajar dsb.
  • bila bercakap ttg tanggungjawab itu perlu ada nyer pengikut
    • seorang ayah pengikutnyer isteri, anak2. pengikut merupakan tanggungjawab si ayah.
Jemaah
  •  Kita sebagai pemimpin Jemaah perlu tahu aper peranan jemaah keada masyarakat umum itu sendiri
    • sebagai daie, kita perlu keluar berdakwah kepada masyarakat luar yang tak memahami Islam. berdakwah di kalangan kita, tuey tunjuk baik namanyer.
bagaimana nak menguruskan organisasi Islam @ jemaah islam
  1. uruskan diri sendiri ebaik mungkin
  2. khusyu' @ fokus dalam gerakkerja - narrow down to our main objective. Jgn ada anasir2 lain yang mempengaruhi
  3. kene ada step (spt solat ada rukun solat)
  4. Menjauhkan diri daripada perbuatan @ perkataan yang lagha
  5. memelihara kehormatan diri serta memelihara keaiban jemaah
  6. seimbangkan tanggungjawabperibadi dengan jemaah
  7. strategic planning
      •   Syed Qutb " strategic planning menjamin masa depan Jemaah begitu juga daie itu sendiri"

Sunday, November 15, 2009

new favi sOng 'Alangkah Indah' bY OpiCK

Alangkah indah wajah-wajah para muslimin
Penuh cinta kasih di hidupnya
Menjaga diri dari segala dosa
Berkasih sayang pada sesamanya

Alangkah indah wajah-wajah para muslimin
Menjaga mata mulut dan hatinya
Cahya semerbak karna zikir di hidupnya
Tangan dermawan senyum di wajahnya

Dalam susah hidup alangkah tabah kawan
Tiada takut isi dalam dada
Ringan tangan pandangan slalu terjaga
Setiap kata adalah mutiara

Mereka yang tak dilalaikan oleh dunia
Hanya Allah satu tujuannya
Diamnya zikir penuh dengan doa-doa
Setiap langkah adalah ibadahnya

Salam-salam salam ala Muslimin
Salam-salam salam ala Mukminin
Salam-salam salam ala Muksinin
Salam-salam salamun alaihim...

moga dia mampu menjadi muslimah solehah ~


aurat & ikhtilat sering di jadikan perbahasan dalam maner2 forum & diskusi yang melibatkan muslimat & muslimin. Rata2 pihak menyalahkan muslimat atas kelekaan dan menjaga diri sehingga menganggu iman muslimin. Namun hari ini ALLAH pertemukan mar dengan satu situasi yang membuka mata dan menyebabkan saya mula berfikir...di manakah tahap saya sebenarnya?

hari neyh merupakan hari terakhir Program Spies Belia, awal2 pagi ketika kami ber-rekreasi di persisiran Pantai Remis yang menyantun permandangan, mar ditegur untuk pertama kalinya oleh dua orang muslimah yang hebat dari UIA Nilai, annur & nabiha. Walaupun peserta kali ini agak ramai, almost abOut 82 persons, tapi tak dapat dinafikan i was attractd to annur since the first time i saw her. ini buka isu 'Lesbian' (aduss), maksud mar, sebagai seorang muslimah, mar sendiri tak dapat nafikan kecantikkan annur neyh sejak kali pertama mar nampak beliau =) sungguh orangnya memang cantik...

tapi mar terpaksa blurkan gambar dia, atas sebab2...'menjaga iman' , kenapa? mar rasa korang pown faham...ok sambung balik, walaupun mar 'terpesona' dengan kehadiran dia, tapi itu buka alasan untuk mar bias kepada dia, so i'll try to be fair dengan sume peserta, in fact mar tak sempat pun nak tegur dia & saabatnya. sehinggalah pagi selepas riadhah, annur & sahabatnya sendiri datang berjumpa for a little discussn. Kami mulakan kalam dengan beberapa isu berkaitan dengan jemaah islamiyyah, dari perbualan tuey, mar rasakan yang mereka neyh orang2 yang hebat malah berpotensi, kadangkala timbul rasa cemburu di hati, mereka masih muda, masih banyak ruang untuk mereka jelajahi dalam perjuangan di jalan ALLAH.

Seronok rasanya dapat berbual denga sahabat2 sejemaah, asal ada masa yang terluang, mar cuba curi untuk berbual bersama mereka. Setiap kali dekat bersama mereka, mar teringat sahabat2 jemaah yang lain, terasa rindu. Alhamdulillah...sedikit sebanyak perbualan pagi tadi mengikat kemesraan di hati kami, sehingga seusai makan tengahhari, annur mula meluahkan kegusaran yang bersarang d hatinya,

'kak, pada annur, semua manusia sama saja, ada keistimewaan dan kesempurnaan masing yang ALLAH tetapkan, tapi..em macam mana ye annur nak cakap,"

"..em..kenapa..?" pada mulanya mar agak kabur, kemana sebenarnya direction soalan neyh..

"em tak da kak, akak rasa macam annur neyh wajib pakai purdah x?" nabihah cuba memudahkan annur,

em baru mar faham..
"kenapa nak pakai purdah? ada muslimin suro?"

"bukan...tapi.."

"nak bantu jaga iman muslimin..?"

"em nak bantu jaga iman annur jugak.."

"pakai niQab neyh bukan mudah annur, banyak yang perlu diteliti dulu, kekuatan kita, keluarga kita. Bukan akak tak nak bagi, akak pun pernah pakai niQab dulu, tapi pakai tanpa asas+kefahaman yang kuat,"

"Tapi annur neyh dah sampai ada yang mengganggu akak," nabiha cuba back-up, information2 yang mungkin mar tak tahu,

"muslimin ganggu macam maner?"

"bese la akak, yang suka, yang hantar msj berunsur lucah, annur sedeyh kak, sepatutnyer merekalah yang menjadi tunggak kepada perjuangan syiar Islam, tapi takkan sebab annur mereka buleyh kalah dengan nafsu, runtuh iman mereka"

"oOoO..annur da tanya pendapat kakak aqibah@ustz/ah?"

"dah..entah la akak, annur neyh agaknyer kene paksa baru pakai kut,"

mar tak ingat sebenarnyer ke mana akhirnya perbualan kami (buley tak..)
mar rasa mar tak perlu ulas panjang, faham2 sendirilahkan...
ader muslimat yang sanggup bersusah payah membantu menjaga iman muslimin

jadi per kita tunggu lagi?

pilihan di tangan anda..
pilihlah dengan bijak!





anaK & iBu perLu saLing memahami~


dalam jangka umur kiter skarang (ana lah~ hehe) anggaran 20-25 tahun, kita pasti pening degan soalan2 seperti ini kan..

“da berpunya blOm?”
“jangan lama-lama..nanti kene kebas orang..”
“umur da lanjut, takkan tak der lagi kut..”


Dan macam-macam lagi lah soalan2 yang seangkatan dengannyer…

cuba kita imbas kembali ketika kita di alam persekolahan (sekolah menengah lah usually)..saat2 darah muda tengah membara, masing2 contol cun dan control macho, market tengah menjulang tinggi, ilmu pun tak lah tinggi maner, the demand to love and be love by sumone is highly needed, nak2 pulak tym tu kiter jumper the mr./miss right..

aper mak ayah kiter cakap..

“ko blaja dulu…blaja pun tak abes, ko nak bagi anak orang makan aper? Pasir?!”

And right nOw, saat kiter masih blaja lagi, (pulak tuey syOk blaja benda2 baru.. di dunia baru kan..) they keep asking us to hv a partner..cube kite mathematic sket yea..

Dari 15-18 tahun we’re prohibited from love tup-tup by 25 if we’re not be married (perempuan la normally) kiter akan digelar andartu..jeng3

Mom…dad…pening la…dulu tak leyh bercinta, sekarang wajib bercinta…

Sebenarnyer, setiap orang mengalami masalah yang sama, our parent pun…but people keep to think on their behalf. Parent akan fikir sebagai parent, dan anak2 akan fikir sebagai anak2, guru2 akan fikir sebagai guru. We not tend to put ourselves in their shoe, so we might could not understand their problem, then..disitulah konflik bermula. Kiter kene faham masalah derang, baru kiter boleyh membantu untuk menyelesaikan masalah derang.

Memetik apa yang mar pernah bace kat blog Ust. Hasrizal Jamil, daripada kita buang TV dari rumah untuk memastikan anak2 kita tak terpengaruh dengan budaya hidonisme dari TV, lebey baik kita asuh anak kita untuk memilih siaran yan terbaik yang patut mereka tonton.


Same goes to this problem…it is a normal things when anak-anak remaja kita terlibat dengan dunia percintaan, @ admire to sumone. The most important things is how we manage to understand their feelings ketika itu, and solve the problem. Dengan menghalang mereka berkawan denga lelaki, sekat myspace@fster, keep torching them, it will not solve the problem internally. They could not understand, kenaper tak boleyh…nanti biler da umur 20 parent pulak kalut suh kawen..

dulu tak kasi bercinta, sekarang kalut suh bercinta..
Sebenarnyer bercinta neyh boleyh ker tak?

kenapa ummi tak kasi kita bercinta? Kenapa ummi suro jaga ikhtilat? betul ker ikhtilat ney menaikkan martabat seorang muslimat? Betul ke dengan jaga ikhtilat kita membantu menjaga iman muslimin? owh bile iman mulimin tergaja, maka derang akan fokus dalam memperjuangkan agama ALLAH lah kan? Jadi nanti Syiar Islam akan tertegak megah?

Last but not least..jangan sesekali berhenti percaya yang anak kiter akan berubah. Sentiasa beri peluang dan ruang untuk mereka menjadi yang terbaik dalam hidup mereka.

Credit tO my mUm, she’s inspire me to wrote this pOst. Memandangkan she’s facing this kind of  problem, mar (22) ader pulak my youngest sister maya (13). Mar harap kita same2 cuba yang terbaik utk menyelesaikan ‘masalah’ anak2 kiter nyeh. Selesaikan dengan baik, agar anak2 kita dapat dibentuk untuk menjadi pelapis da’ie yang baik.

one more things, it will be great if every parents cuba untuk carikan partner tuk anak2 mereka, ianya membantu untuk menjaga agar fikrah anak2 lebeyh terjamin, iman anak2 tidak terganggu seterusnyer akhlaq mereka tidak rosak =D

Daie taK ada maSa untuK rehat (Ceritera 3P)

Ha neyh part yang paling mengancam larh dalam program neyh. Dari awal program, memang mar tunggu slot neyh!! Mengancam abes~

Bak kater ust :
Da’ie tak ada masa untuk rehat

Kami dikejutkan pada pukul 4 pagi. Suasana pagi tuey baru lepas hujan…padang dalam keadaan lecak yang paling teruk sepanjang program kami kat situ. Keadaan sungguh gelap, kami diterangi cahaya lampu dari dua buat kereta.Sampai2 kat padang, kami di arahkan untuk berlari mengelililangi padang. Penat sangat, 4 pusingan kami lari. Selesai lari, kami di arahkan untuk berbaring, ingatkan boleyh la rengang2 kan badan, kowt ust suro muhasabah ker..rupanya bukan setakat baring, kami di suruh berguling. Muslimat ke kanan, muslimin ke kiri. Kali pertama berguling, kami diarah berhenti, ketua bagi modul ini naik marah sbb ada diantara kami yang bergelak ketawa,

“antum ingat berjuang neyh perkara main-main ker?!”

Kami berguling lagi sekali. Peritnya bukan main, sudah la pening, badan sakit2 sebab terkena batu-batu, air lecak menerjah ke seluruh bahagian kami. Sudah sampai ke hujung padang, kami diminta berguling ke tengah padang balik. Tergambar akan apa yang Bilal b. Rabah lalui, kami berguling di malam hari, atas padang yang berlecak…apatah lagi beliau yang menahan batu besar atas badannya ketika panas terik di padang pasir yang kering kontang.

Oleyh kerana muslimat sampai dahulu ke tengah padang berbanding muslimin, kami di kerah untuk berjalan laju sepanjang padang (pandai ek muslimin, guling lambat2). Waktu neyh, pandangan da tak berapa stabil, maklum la baru lepas guling, kene kerah tenaga untuk berjalan laju pulak. Kami berjalan hampir 2-3 pusingan jugak lah. Tiba di tengah padang, ketua modul suruh kami menyiarap pulak, ingatkan boleyh la rehat kejap, rupanya kami kene bergerak dalam menyiarap, seperti askar menuju ke tiang gol di hujung padang. Mar sememang nyer tak larat ketika tuey, tenaga yang ada mungkin Cuma 20 % jea, dalam keadaan kesihatan yang agak lemah. Dalam suku perjalanan, kaki dan tangan mar da terasa kebas, kepala punya sangat2 ringan, terasa seperti nak tersembam ke tanah. One of the members menarik tangan mar, “k.mar boleyh..takkan kak mar nak berhenti kat sini,” terasa berat di dalam hati…aku mungkin orang yang lemah fizikal, aku mungkin orang yang lemah mental…tapi aku bukan da’ie yang syahid di tengah jalan! Aku akan berjuang sampai mati! Mar kuatkan tangan dan kaki, aper-aper pun mar kene sampai ke tiang gol. Mar memang lemah, tapi mar tak boleyh tunjukkan yang mar lemah. Muslimat lain boleyh buat, mar pun boleyh buat…akhirnya..we made it, w’pun tak betul2 sampai ke tiang. kami bergerak kembali ke tengah padang, tapi 2-3 langkah..mar terjatuh, tangan dan kaki mar terasa ringan, pandangan mula berpinar…tapi mar tak boleyh berhenti kat sini…

Mar terdengar ust memanggil urusetia..
“ust ana ok..”
“nti boleyh bangunkan,”
“ana boleyh”
"Nti tak pengsan, nti bangun sekarang,”

Arahan dari ust, memaksa mar untuk bergegas bangun, bagus jugak…kalau tak musti mar rasa lemah. Mar bangun, menuju ke arah kawan-kawan.. penatnya bukan main, mar tak pernah rasa sepenat ini.. 2 tahun cuba menggerakkan jemaah islam di kampus..tapi mar tak pernah rasa sepenat ini..

Timbul persoalan, apa yang mar wat selama neyh? aper yang penat sangat? hatta perjuangan mar ini pun tak sepenat ini. Tapi kenapa mar sering letih da penat? Bila aku kerahkan tenagaku?

“antum penat?!!”
“penat!!” kami menjawab
Berulang kali kami ditanya dan menjawab perkara yang sama
“siapa nta/nti”
Pelbagai jawapan yang keluar “pejuang,””daie”,”pendakwah”
“siapa musuh antum”
“nafsu kami”

Sungguh…nafsulah sebenarnyer musuh ketatku…hatta penat,lemah, kecewa, itulah yang dituntut nafsuku, agar aku berhenti berjuang. Sahlah yang aku kalah dengan nafsu ku sebelum ini, perjuangan yang aku agung2kan dalam kehidupanku selama ini hanyalah sia-sia kerana aku masih kalah dengan nafsu. Aku masih ingat saat aku mengadu penat, merungut tiada yang membantuku..namun aku tidak pernah sepenat ini..layakkah aku mengungkapkan perkataan penat?!!!

“untuk apa nti berjuang?!”
“..ALLAH” terpamir di fikiran ku, ya..aku berjuang kerana inginkan keredhaan ALLAH, kerana aku ingin merasa layak untuk menyintai ALLAH

“sesungguhnya ALLAH menyukai hamba yang berjuang di jalanNya dalam saf seumpama bangunan yang tersusun atur” apakah ALLAh akan menyukai aku? Yang sentiasa penat berjuang di jalannya, layakkah aku merebut cintaNya…

“Sangat besarlah kebencian ALLAH bgi mereka yang mengatakan sesuatu yang tidak mereka kerjakan,” saat aku sering menyalahkan orang lain, malah aku sendiri melakukan benda yang sama. Aku sering marah apabila orang tak bersangka baik, aku juga bukan bersangka baik 24 jam. Aku sering marah dan tidak mahu mendengar apa2 alasan bagi mereka yang mula jauh dari jemaah, dan ketika aku penat…aku tidak memarahi diri sendiri. Aku sering marah apabila muslimat tidak menjaga aurat&ikhtilat, aku juga sentiasa gagal dalam mengawasi diriku. Jadi aku samalah sperti orang2 yang ALLAH benci, na’uzubillahi min zalik…~

“apa yang antum buat pada sahabat2 antum yang x menutup aurat..!”
Huh?! Apa yang aku buat?...aku bukan sahaja punya sahabat yang tak menutup aurat, tapi dia berzina…
Dan apa yang aku buat? Aku membenci dia, apabila dia tak nak dengar nasihat ku. Aku berdiam diri. Aku menjauhi dia. Sedangkan dia mad’u ku yang dihadirkan oleyh ALLAH. Sumayyah di sula demi mempertahankan islam, aku membiarkan sahabatku ke neraka, kerana ego dalam menyebarkan agama Islam…
Ya ALLAH ampunkan aku atas kesilapanku ini ya ALLAH

Kami mengakhiri slot ini dengan solat taubat..saat ini airmataku mengalir tanpa henti…

‘Ya ALLAH aku sering meminta, dan aku sering menjanjikan perubahan padamu. Berulang kali aku mengungkapkan kata-kata taubat, kata insaf. Apakah taubatku kali ini memberi pengesanan padaMU. Apakah Dikau Ya ALLAH menerima pengampunanku ini…apakah Dikau Ya ALLAH akan menyayangi ku sama seperti dulu Ya ALLAH, apakah Dikau Ya ALLAH sudi mengampunkanku…’

Baru aku terfikir, sebab Dikau Ya ALLAH masih menyayangi ku, Dikau hadirkan aku kemari sebagai peserta. Supaya aku muhasabah kembali..kemana arah serta tahap pengorbananku selama ini. Terima kasih Ya ALLAH..kerana masih menyayangiku, terima kasih Ya ALLAH kerana sudi mentarbiyahku…izinkan aku Ya ALLAH merangkak menyintaiMU~

kekuatan seOrang ketua (Ceritera 3P)

Setelah kami berpenat lelah melalui hutan rimba, aLa aLa jungle tracking (pun bOLeyh~). Ending of the modul, we need to do a human structure of daulah isLamiyah (if I’m nOt mistaken la..) so kami pun sesame discuss la benda neyh, muslimin banyak sumbang idea. I actually already get the picture of this part, sbb dulu tym 1st time join prog 3P da pernah kene kan, so mar pun bisik la kat one of my members

“lepas neyh derang akan cuba runtuhkan pertahanan kita, so kiter kene beware, takut terkena muslimin. Kita kene kuatkan ikatan tangan sesame kiter,”

Pelbagai serangan yang dilakukan oleyh pihak urusetia. secara mental dan fizikal. Pelbagai kata-kata yang dilemparkan. Kelemahan-kelemahan kami disuarakan sekuat-kuatnya. Setiap daripada kami diperkecilkan. mar melihat muslimin berpadu tenaga menjulang ketua kami yang memegang bendera Islam. Mar boleyh Nampak kaki ketua kaki bergetar2…satu kesilapan dari pihak muslimin, boleyh menyebabkan ketua kami jatuh. Dalam kadar ketinggian tuey, dia boleyh mengalami keretakkan tulang, lebih teruk mungkin patah. Andai pertahanan di bahagian muslimat rapuh, jugak boleyh meruntuhkan segala-galanya. Ketua kami sedar akan risiko yang dia hadapi, tapi dia masih berdiri, dia masih menjulang bendera kami. Tangan-tangan kami muslimat di bahagian pertahanan di ketuk-ketuk dengan kayu, kami di tolak, dan di asak.

Dan mar terkenang…saat-saat sukar yang mar lalui untuk membina jemaah.  Banyak masa kaki mar terketar-ketar. Banyak masa tangan mar penat. Banyak masa mar terduduk seketika. Namun mar sentiasa disokong, didokong jugak dipertahankan…oleyh ‘dia’…yang sentiasa di sisi mar. tapi di mana dia sekarang…. Kekuatan sesebuah jemaah terletak pada kekuatan ahlinya. Tugas ketua memastikan ahli-ahlinya bersatu, agar jemaah islamiyyah ini teguh di tegakkan. Tapi apa yang mar lakukan…? Mar cuba menahan airmata ini, malu! Tapi lagi mar tahan, lebih deras mengalir. Mar tak mampu bendung lagi..apa yang mar buat untuk kuat kan jemaah neyh? Aper yang mar buat?! Jangan kata mengorbankan diri. Mar kalah dengan ego diri sendiri...~

Andai di beri peluang…mar harap sangat dia sudi mendengar….


Masih ingatkah lagi..saat2 gentir kita bersama..
Membuka satu pintu yang kita tidak tahu ke mana penyudahnya
Namun ada keyakinan di hati
Ikatan kasih dari Ilahi
Menguatkan kita untuk melangkah dan berlari
Mencalit warna warni baru dalam hidup kita
Cuba menggapai pelangi indah di awan sana
Namun kita lupa
Sebelum hadirnya pelangi, awan gelap menjelma
Dan dalam kegelapan ini kita tersadung,
Terjatuh seketika…
Kakimu terlalu sakit
Setiap pergerakkamu terasa perit
Aku biarkan kau rehat seketika
Satu hari nanti aku akan menjemputmu jua…

mar rindu dia..seandainya dia masih buleh merasainya =(

ceRiteRa maLam Pertama 3P

Last week I attended a program, which gv a major impact in my life. Pada mulanya timbul beberapa perselisihan, mungkin ini caranya ALLAH nak tarbiyah mar the way to face a problem as a da’ie…~ terfikir nak berkongsi kat blog neyh beberapa slot yang mencengkam di dalam hati eChewah! Maner la tahu satu hari nanti mar down, sO I could refer here…

I’ve been informed by diah, kehadiran kami ke program kali neyh as AJK, takut jugak…camner yer AJK derang wat keje. Lain program kan lain methodnyer…by the time we arrived, Alhamdulillah kami disambut mesra oleh sahabiah2 urusetia program. Terasa seolah-olah ada air yang mengalir dalam hati mar, tenang..i could see a shine of relationship between us..sesuatu yang mar cari dari dulu. Kami dijemput menghadiri taklimat ringkas program, kami ditinggalkan bersama 2 peserta muslimat, mar + diah dah mula keliru, kami ke sini as peserta/AJK? I could feel sumthing wrong, tapi ntah la..lebey baik husnuzhan kan, might the person who suppose to inform them, forgot to inform.

Selesai taklimat program, kami di panggil oleyh salah seorang urusetia, beliau menegur atas kelewatan kami ketika menunaikan solat isya’. Mar dan diah terpinga. Pelbagai perasaan yang timbul. Keliru.Sedey. Kecewa mar 3 jam dalam kereta, xmakan ,xqada’ hajat pun. Diah pulak memang ader masalah untuk lawas. Arh! Macam2 lagi la bisikan syaitan yang bermain dalam fikiran. mar cuba berdiam diri, sembunyikan perasaan ni. Tapi mar tahu, diah dapat bace air muka mar. mar capai Al-Quran, mar tak nak cakap time sekarang. Dengan bercakap mar hanya mengeluarkan benda-benda yang negative. Surah Yassin jadik pilihan. Mar xtahu aper nak fikir dan mar tak nak fikir. Satu demi satu air mata mengalir. Apabila emosi menguasai diri, syaitan mula menyerapkan prasangka2 dusta. Mar cuba untuk muhasabah…

Maner boleyh fikir aper yang kita lalui jer…. kalau nak fikir kiter punya pressure, derang (urusetia2 prog) lagi pressure!. Mungkin juga, mereka di inform yang kehadiran kami sebagai peserta. Mereka tak patut dipersalahkan.mereka hanya menjalankan tanggungjawab dengan baik. Lagipun wajar mereka menegur, salah mar..mar lambat tadi. Syaitan memang suka apabila ummat islam berpecah belah! Sebab tuey syaitan suka membesar2kan benda yang kecil. Apa salahnya jadi peserta, memang ini yang mar perlukan. Siapa yang hantar mar ke sini? ALLAH kan, yang membuatkan mereka faham kami neyh sebagai peserta? ALLAH kan..apakah mar meragui kekuasaan ALLAH.

Alhamdulillah..hati menjadi tenang usai menghabiskan surah Yassin. Diah mengerti pergolakkan hati mar neyh..
“jom mar kiter xplain kat pYah..”
“xyah la diah..”
“jom la mar, nanti antara kita salah faham pulak..takper diah berani,”

Alhamdulillah, kami berjaya meleraikan salah faham antara kami. Mar tak banyak bersuara. Tak tahu apa nak fikir dan apa yang perlu diperkatakan. 2 orang arif ini lebih mengerti.

Mar cuba melelapkan mata. Namun syaitan masih tak henti beroperasi. Pelbagai dakyah dan persoalan yang syaitan2 durjana neyh cuba timbulkan di kotak fikiran ini. Pukul 3 pagi mar bangun lagi…arh aku tak mampu ya ALLAh. Mar lihat sahabat2 yang lain, tidur. Mar menangis lagi, kali neyh lebeyh deras. Mar cuba mengawal perasaan, mar tak nak diah dan sahabat2 lain bangun. Mesti derang akan Tanya macam2. Padahal mar menangis sbb susah mar lawan pergolakkan hati ini. Ya ALLAH kasihi aku, benarkan aku berdiri teguh di jalan yang lurus ini. Ajarkan langkah ku pergerakkan ku, jangan sampai aku melukai hati sahabiah2 ku.

mOraL Of the story :
org slalu kater..
”cube dengar kata hati ..” tapi macam maner kalau hati kiter meng’advice’kan perkara2 negative?
Orang lain pulak kater…
“Ikutkan hati mati”

Oleyh itu bertindaklah mengikut aturan Tuhan, seperti yang disyariatkan ALLAH. Alwayz be positif..tak kira macam maner negative pun orang lain buat pada kita. Sebab semuanya diluar bidang kuasa kita, banyak masa kita rasa kita betul, tapi sebenarnya kita salah, sedangkan ALLAH lah yang mngetahui segala2nya.

Sayangkan ukhuwah yang tercipta, itu sunnah Rasulullah.
Tidak beriman seseorang itu, selagi dia tidak menyintai saudaranya, sepertimana dia menyintai dirinya.

“Allah menyukai hamba yang berjuang di jalaNya dalam satu barisan seumpama bangunan yang tersusun atur,”
Surah As-Saff:4


Kekuatan ummat Islam apabila kita bergerak dalam jemaah, terasa hati, merajuk, ini hanya menggoyahkan kekuatah sesebuah jemaah. Syaitan suka bila ummat Islam tak bersatu. Lalu Syaitan akan gegas membisikkan prasangka2 dusta untuk melemahkan ukhuwah kita. Bersatulah wahai Ummat Islam! Bergeraklah! Tiba masanya kita mengatur langkah mengembalikan kedaulatan ISLAM! Takbir!

Saturday, November 14, 2009

kOnsert amaL bersama OPICK~



Jom datang ke KONSERT OPICK hari ahad niey (22 november 2009) di kompleks serbaguna TNB Bangsar ( Dekat Stesen LRT Abdullah Hukum) Jam 8 malam.

Artis Jemputan In-Team. Memperkenalkan ABU SANGKAN dan CASTURY.

Tiket RM 15 Dewasa dan RM 10 Pelajar

Tel : 019-2627304/019-6241965

Visit : konsertopick.blogspot.com