Sunday, October 17, 2010

Nisa' Netball Tournament ; mewarnakan pelangi di dalam hati

NISA NETBALL TOURNAMENT
17 OCTOBER 2010
Nisa' Wangsa Maju & Nisa' Gombak =))

Alhamdulillah, syukur atas rahmat Allah yang terlalu indah, kami berjaya bersama2 melaksanakan Program Nisa' Netball Tournament. Gandingan mantap antara Nisa' Gombak & Nisa' Wangsa Maju =)

Sangat bersyukur sebab Allah pilih dan Allah beri ruang untuk berkerja sama dengan mereka. Semangat dan kerjasama mereka sangat mantap, menghasilkan gerak kerja yang bagus. Mungkin tidak sempurna, namun yang penting matlamatnya kita capai di akhir program nie =)

Untuk pertama kalinya ma lihat sebuah program yang berjalan tanpa wajah yang masam, arahan yang menjerit-jerit, salahkan orang sana, salahkan orang sini. Entah, apa yang istimewa kali nie, mungkin gerak kerjanya tidaklah seperfect maner, malah pengarah serta komiti pengurusan tidak pernah terlalu bertegas dengan kami, tetapi hari ini..hampir semuanya bergembira =). Walau dengan panas yang terik, dan beberapa kekurangan di dalam program ini, namun..Allah bantu kami dengan kelembutanNya, melembutkan hati-hati kami. 

Tidak ma nafikan, teman seperjuangan kami, Nisa' Wangsa Maju banyak memberikan warna-warna yang ceria di dalam gerak kerja ini. Kecekapan mereka dalam berprogram, mencabar kekuatan dan semangat kami untuk bergerak menjadi laju dan terus maju Terima kasih kerana melukiskan sebuah pelangi yang indah di dalam hati kami, ukhuwwah yang indah ini takkan kami lupakan. Bahkan kami jadikan suntikkan semangat dalam setiap program-program yang mendatang. Maafkan kekurangan serta kelemahan kami dan terima kasih kerana beriringan di dalam perjuangan ini. 

Buat pengarah program yang sangat2 kami kasihi, terima kasih kerana sudah berpenat lelah untuk program ini. Terima kasih kerana selalu ceria melayani kami walaupun dalam keletihan. Insya Allah ummi yang solehah akan melahirkan anak2 yang soleh & solehah amin =) kami sayaaang sangat kak nurul.

and last but least, mar terima kasih sangat kat semua. banyak yang ma belajar dari tournament nie. Bila kiter berkerja bersama-sama, kita menutup kelopangan dan kelemahan program bersama-sama tak kisahlah siapa yang bertanggungjawab atas position tersebut, bila kita sama-sama cuba menjadikan program ini sesempurna mungkin. Maaf atas kelemahan-kelemahan dari sudut promotion jugak diri ma secara peribadi. banyak lagi yang ma perlu belajar dari korang, bt anywhere..seronok untuk belajar bersama korang =)

terima kasih untuk semuanya. terima kasih kerana beri saya peluang untuk belajar semua nie. jum bergerak lebih aktif!

Daie tak punya masa untuk rehat!~
chaiyok. chaiyok. chaiyok.


Friday, October 15, 2010

Jum jadik muslimah solehah =))



Tips2 ini ma dapat dalam Prog Ihya Ramadhan sharing bersama Ust Farhan bertajuk Ole2 Ramadhan =)



Ole2 Ramadhan 

1. Banyakkan / Sentiasa berwudu'
2. Sentiasa menjaga solat wajib
3. Tambahkan solat sunat
4. Tutup aurat yang betul - termasuk akhlaq
5. Mula baca Al-Quran tiap2 hari
6. Pastikan ahli keluarga semua boleh baca Al-Quran
7. Ambil masa dengan Al-Quran (Tadabbur)
8. Latih diri solat jemaah
9. Pastikan anak-anak solat
10. Buat jadual berkala ke program ilmu
11. Ajar anak-anak bersedekah
12. Banyakkan baca buku agama
13. Banyakkan tolong orang dengan kelebihan kita
14. Banyakkan berkawan dengan alim ulama'
15. Tambah kefahaman Al-Quran agar lebih khusyuk
16. Amar ma'ruf & nahi munkar
17. Berhenti merokoh (atau perkara2 mazmumah)
18. Kurangkan tengok tv
19. Banyakkan berdoa
20. Banyakkan bersyukur & kurangkan berfikiran negatif
21. Muhasabah diri sebelum masuk tidur
22. Banyakkan bertaubat
23. Banyakkan ingat mati