Sunday, December 20, 2009

bercinta itu bukan di hati, tapi...~

bercinta itu bukan dengan handphone, bukan dengan sms, bukan dengan facebook @ sebagainya..

tetapi dengan doa, saat kita mengharapkan dia mampu menjadi muslim yang terbaik
saat kita memohon ALLAH menguatkan hatinya, agar tidak lumpuh dengan kehendak rindu dan sebagainya
saat kita merayu pada ALLAH agar dipelihara imannya, moga dia mampu memiliki serta istiqamah dalam cinta Ilahi

bercinta itu bukan dengan insan yang hebat...

tetapi bercinta itu demi membina kekuatan dalam membentuk jemaah islamiyyah yang terbaik..
matlamatnya perlu jelas..
bukan dengan siapa kita bercinta..
tetapi kemana akan kita bawa percintaan ini...
untuk membawa kemenangan Islam? membantu membentuk daulah islamiyyah..
atau sekadar ingin di pandang manis..
pasangan ideal lah katakan..

bercinta itu bukan bagi mempamirkan kebersamaan..


nampak so..sweet..~
tetapi alangkah indahnya andai kita menghiasinya dengan tuntutan Ilahi...
berlumba2 untuk lebih dekat dengan cinta Rabbi..
kerana apabila kita meletakkan sepenuh cinta kepada yang maha ESA
maka kita akan turut mencintai insan2 yang sentiasa rapat dengan-NYA

cinta itu bukan bukti kepada lemahnya Iman...
tetapi sebagai pemangkin Cinta Tuhan..~
masih belum lambat untuk berubah..
yuk kita melangkah!