Wednesday, June 3, 2009

(cerpen) Seandainya ada cinta antara kita..~

aku menulis dari sudut pandanganku, aku tidak tahu apa yang berlaku di pihaknya…

Saat itu aku baru belasan tahun,
“ha…jodoh kakak, ayah dah pilih dah,”
“siapa ayah, siapa?” soalan demi soalan bertalu-talu dari ummi dan adik-adik,
Aku mengalihkan pandangan keluar tingkap kereta, jodoh? Ah masih jauh untuk aku fikirkan


“tuey jodoh kakak yang ayah pilih” iman, adik lelakiku memuncungkan mulut kea rah seorang lelaki yang sedang bercakap dengan ayah. Aku hanya memandang dari anak mata, malu kalau dilihat oleh adik-adik, nanti over-excited pulak katanya





Hari ini kami sekeluarga menghadiri sebuah program Solat Hajat. Kami sekeluarga datang sedikit awal, terdapat beberapa muslimin yang sedang mempersiapkan peralatan-peralatan teknikal untuk program. Untuk seketika aku mencari ayah ku, oh itu dia…ayah sedang berbual-bual dengan seorang muslimin, yea itu farhan. Aku berbahasa basi memandang Farhan, takut disedari empunya diri. Sedikit sebanyak hati kecil ini ingin mengenali identity lelaki yang dapat mencuri perhatian ayahku, sehingga ayahku begitu sayang kepada jejaka itu.

Farhan,
Seorang jejaka berusia 23 tahun, sangat sederhana, tidak selekeh namun tidak juga terlalu kemas. Rambutnya rapi di tutupi kopiah putih. Badannya tidak terlalu kurus dan tidak juga terlalu gemuk. Keperibadiannya terzahir melihat sahaja t-shirt merah yang tersarung dibadannya, berjenama ‘Hari Keluarga SMEDEC’ (t-shirt free) .Seluar slack hitam lusuh dan selipar jepun warna hijau.


Seusai solat isya’ dan solat sunat berjemaah, majlis diserikan lagi dengan tazkirah. Aku mengambil tempat di sudut sebelah kanan. Aku nampak jelas Farhan di barisan depan sebelah kiri. Aku mengambil peluang ini mengamati akhlaqnya di medan ilmu. Namun penglihatanku terbatas apabila Farhan mula menoleh ke sebelah kiri menyebabkan mata kami bertentang untuk beberapa kali. Aku melarikan lirikan mataku secepat mungkin. Entah mengapa kadangkala aku merasakan bahawa pandangan Farhan penuh dengan pengharapan, namun mataku tetap tidak memberi jawapan.

‘Maafkan aku,
Selagi belum akad, bukan sahaja zahirku malah seluruh isi hatiku juga tidak halal untukmu,’



Aku sebenarnya gadis yang ceria juga ramah, namun apabila bertemu dengannya, mulutku seakan berkunci, penglihatanku seakan berat untuk memandangnya. Apakah ini dinamakan cinta? Aku secara peribadinya tidak merasakan itu. Perasaanku lebih kepada menghormati dia sebagai seseorang yang telah di tarbiyah malah juga istiqamah pada pergerakkan jemaah. Ingin aku seintima’ dia dalam perjuangan ini.


Ayahku pula semakin hari semakin ligat mengusik dan memberi pengharapan kepada Farhan. Dengan umurku yang semakin meningkat dewasa, ayah melihat peluang untuk bermenantukan Farhan semakin cerah. Namun ayah mengerti dan tidak membelakangkan syariat, andai berjodoh biarlah dengan redha Ilahi.





Masa berganti masa, kini aku mula menjejakkan kaki ke menara gading, aku hari ini sudah bergelar mahasiswa.

“Hari nie ayah dan ummi ada surprise untuk kakak,”
“apa dia?”
“tunggulah petang nanti,”

Selepas asar, Farhan datang ke rumah bersama sebuah hadiah.

“Nah, nie PC (personal computer) untuk kakak guna kat kampus. Nak bagi yang mahal-mahal ayah dan ummi tak mampu. Yang nie je lah ayah dapat bagi. Tapi special tau, Farhan buat sendiri,” IT memang kelebihan Farhan, tidak hairanlah dia mampu membuatkan CPU yang bagus atas permintaan ayah,

Farhan hanya tersenyum. Bisu. Antara kami tidak ada apa yang perlu dibualkan.Tiada ikatan yang menghalalkan batas syariat antara kami. Ummi dan ayah menghantar Farhan di laman rumah. Aku mengemas sisa-sisa minum petang bersama tamu kami tadi,

“kakak tak gi hantar abang farhan ker?” Ittifaq, adik perempuan bongsuku memerhatikan mereka dari sliding door. Farhan dan ibubapaku masih berbual, pandai dia mencuri isu-isu yang menarik minat ibubapaku. Aku memang sengaja tidak keluar, sebagai Nisa’ yang menjangkau umur 20 an, perasaan malu menyelubung erat diriku. Namun dalam diam, aku faham dan redha dengan keputusan ayahku. Walau tidak pernah ada muamalah apatah lagi cinta antara kami, namun aku berpegang pada tali jodoh yang ditakdirkan oleh ALLAH. Andai dia pilihan ALLAH untukku, aku menerima seredha hati, jika bukan dia juga imanku tak pernah berkurang. Biarlah ikatan ini tanpa perasaan cinta…

Farhan….
‘Aku menyerahkan seluruh hati untuk Cinta Agungku dan DIAlah ALLAH yang selayaknya memilih insan yang bakal mendampingi perjuanganku’





Suatu hari, aku diminta untuk menjadi fasilitator bagi sebuah sebuah program motivasi anjuran Pusat Komuniti Adun. Tanpa aku ketahui rupa-rupanya Farhan juga terlibat sama dengan program tersebut. Pada mesyuarat kali pertama, aku agak kaget, gerakkerja ini bagaikan peluang meringankan muamalah yang kami tutup rapi sebelum ini.

Wahai muslimin yang aku hormati,
Percayalah, aku menyekat muamalah ini kerana aku menyayangimu sebagai saudara seIslam. Samaada kau yang ALLAH pilih sebagai suamiku atau tidak, menjadi tangungjawabku untuk membantu dan memperkuat imanmu. Sekiranya aku turut melayan perasaan-perasaan indah ini, aku gusar kita dibuai kefanaan lalu terleka dari perjuangan. Benar, samaada engkau suamiku atau sahabat-sahabatku, aku mahu insan yang bersamamu, memiliki suami yang sempurna imannya.


Aku mengambil keputusan untuk menarik diri dari program tersebut. Aku meminta sahabatku untuk menggantikan tanggungjawab ini. Aku yakin sahabatku mampu membuat lebih baik dariku berdasarkan pengalaman yang dia ada.

Dirumah, riak ayahnya berubah tiba-tiba,

“kenapa kakak tak join program tu?”
“kakak ada kerja lah ayah,”
“kerja apa?! Kan kakak cuti sem,”
“kenapa ayah…Kakak dah mintak kawan kakak ganti,”
“kesian la Farhan tu, apa la dia fikir agaknya, mesti dia ingat kakak tak nak join sebab tak nak jumpa dia,”
“mana aderlah ayah,”
“sesekali cuba bagi dia jawapan,” bisik ummi lembut

‘jawapan macam mana yang perlu ku beri, sedang dia sendiri tak pernah bertanya’

Pelbagai nasihat, pandangan dan desakkan yang diberi oleh ummi dan ayah,

“kakak dah 20 tahun sekarang, dia dah 25 tahun. Kalau terus macam ni, bila nak nikah… Dia dah banyak kali bagi hint, . Kesian la kat dia….”

'apa dalam Islam memerlukan aku memberi hint,'

‘bagaimana harus aku suarakan ayah, aku masih malu dan belum bersedia,’



Entah bagaimana harus aku sudahi kisah ini, aku juga tidak mengerti. Samaada happy atau sad ending. Aku juga tidak tahu andai ditanya mengenai perasaanku sendiri sendiri, hatiku kosong, cukuplah aku mampu menggapai cintaMU ALLAH.Sejujurnya aku tak punya tempat untuk cinta yan lain, diri ku sendiri masih merangkak di tangga mahabbatillah. Mengenggam iman sendiri tanganku masih tidak kuat, bagaimana harus aku tempuhi dugaan yang peuh nodaan.
Aku sedar penantian 3 tahun tempoh masa yang lama untuk satu jawapan kepada persoalan. Apa yang mampu aku lakukan, aku dibatasi oleh syariat. Namun aku tak pernah rasa terbeban dengan syariat ini, melaksanakan syariat sebaik mungkin seumpama aku mempersembahkan cintaku sesempurna mungkin buat kekasih Agungku.





Kami dipertemukan sekali lagi, di sebuah lagi Program Jejak Menara yang di anjurkan oleh alumni sekolahku. Namun kali ini kehadiran Farhan di dalam mesyuarat amat jarang, memandangkan dia hanya incharge bahagian multimedia. Farhan juga seakan semakin faham dan cuba mengikut rentakku, ini membuatkan aku lebih selesa. Namun…sedang laut yang tenang lagikan bergelora, aku digosipkan dengan seorang fasilitator muslimin, ini bukan perkara yang asing bagiku, kami memang digosipkn sejak dari sekolah menengah lagi. Usikkan dari teman-teman fasi akhirnya memberi tempias kepada Farhan. Khabar ini akhirnya diketahui oleh Farhan.

“Ok, kakak ni nama dia Ibtisam Bt. Abd. Rahman, berusia 2o tahun dan kini menuntut di Universiti. Ha jangan nak berani kacau-kacau kakak nie yea, nanti Abang Irfan marah,” seloroh ketua fasi saat memperkenalkan aku sebagai fasi kepada peserta-peserta. Itu bukn usikkan yang terakhir, hari demi hari ada sahaja usikkan yang mengaitkan kami. Hari demi hari juga, Farhan menghadapi ejekkan ini, namun dia masih mampu menghadapinya dengan senyuman








Tunangan Farhan

Untuk satu tempoh yang lama kami tidak bersua juga tanpa khabar berita. Namun ini bukan perkara yang asing, aku sememangnya jarang bertemu dengan Farhan. Apatah lagi aku perlu pulang ke kampus bagi menyambung sesi pembelajaranku. Sehingga pada suatu hari…

“Siapa tunang Farhan?”
“Kak Dayana..yang kita jumpa masa Program Muslimah Solehah hari tu, ingat tak?”
“bila walimahnya?”
“kalau tak salah bulan jun nie,”

aku hanya mendengar perbualan 2 orang sahabatku, mereka tidak mengetahui tentang kisahku. Patutlah aku dah lama tak dengar berita mengenai Farhan…

Di rumah, ummi menghulurkan surat yang tersimpan kemas di dalam envelope coklat,

Salam a’laik wa a’laih
Maafkan ana Ukhti Ibtisam,tujuan surt ini bagi menghentikan segala persoalan yang bermain di fikiran ana, mungkin ini medium yang terbaik untuk ana sampaikan pad anti.

Sama ada anti tahu atau tidak, ayah nti sering bergurau untuk menjadikan ana menantu beliau. Sedikit sebanyak gurauan itu memberi kesan kepada emosi ana. Saban hari ana istikharah bagi menenangkan konflik hati ini, namun jawapan masih ana tidak temui. Sehingga saat dipertemukan pada Program Jejak Menara, ana akhirnya menemui jawapan.

Ana mohon maaf andai ada akhlak ana yang membebankan serta menganggu fikiran nti. Alhamdulillah, kini Allah pertemukan ana dengan suri hidup ana. Dan ana juga mendoakan yang terbaik untuk muslimah solehah seperti nti.


Aku tersenyum. Jodoh pertemuan di tangan ALLAH yang Esa Aku yakin dengan ketentuan ALLAH, Selagi kita dah buat sebaik mungkin, mengikut yang disyariatkan, aku rasa tidak ada yang perlu disesalkan. Aku juga bersyukur kami dapat mengawal muamalah sebelum ini. Ternyata dia bukan yang ALLAH pilih buatku. Alhamdulillah, andai aku tidak mengawalnya, pasti ada rasa tercalar dalam imanku.


“anak ayah ok?”
“kakak ok yah, Cuma kakak nak clearkan kat ayah, kakak tak ada apa-apa dengan”
“ayah tahu, ayah kenal anak ayah”


Aku amat gembira apabila dia bertemu jodoh dengan orang yang sefikrah. Tambahan aku mengenali bakal isterinya, kak Dayana, seorang muslimah yang baik dengan paras yang sederhana namun diserikan dengan aura solehah. Kak Dayana seorang yang kreatif, malah banyak menyumbang idea-idea yang segar dalam pergerakkan jemaah. Aku boleh lihat dari kesungguhan kak Dayana yang beliau juga akan istiqamah dalam perjuangan ini. Malah beliau pasti faham benar dan mampu bersabar akan pengorbanan-pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh Farhan. Sedang beliau sendiri sudah lama berkecimpung dalam pergerakkan jemaah berbanding dengan aku yang masih mentah.


Aku akan bertemu farhan lagi hari ini, di majlis walimahnya. Sayangnya kami sampai lambat, kerana terpaksa mengantar adikku untuk mendaftar di Universiti. Sesampainya di sana, majlis sudah pun berakhir tetapi bagi meraikkan, Farhan masih menyambut kami dengan wajah yang gembira,
“Maaflah Farhan kami lambat, hantar Iman mendaftar kat Universiti hari niey, kalau boleyh postpone pendaftarannya, kami postpone, tapi hari niey jea dia boleh mendaftar,”
“tak pa kak, akak datang nie pun dah cukup bermakna bagi saya”

Aku mengeluarkan hadiah yang kami beli dari pintu belakang kereta, aku memandang ummi berkali-kali memberi isyarat supaya ummi sendiri yang memberi hadiah kepada Farhan,
“Hadiah nie dari kami sekeluarga,” ujar ummi
Aku menghulurkan kotak besar ini kepada Farhan,siapa sangka satu hari aku akan memberi hadiah di hari walimahnya.