Thursday, May 13, 2010

melakar AKHLAQ SOLEH/AH dalam diri =)

Orang mukmin wajahnya sentiasa ceria dengan senyuman walau dalam apa jua keadaan,

   Ia juga bersikap mesra dan mudah di dampingi. Malah orang lain juga berasa senang untuk bersamanya dan berkawan dengannya. Bicaranya di sukai ramai dan ia merupakan seorang yang ringkas, memudahkan, lembut, tidak pongah dan tidak garang.

   Gurauanya pula tidak berlebih-lebihan dan melampau sehingga menyakitkan hati orang. Ia juga tidak bercakap melainkan yang benar sahaja, 

   Ia juga mempunyai maruah dan harga diri ; meninggalkan perkara2 keji dan tidak berfaedah, sama ada dari segi tutur kata mahupun tingkah laku.

   Ia memilih perkataannya umpama orang yang memilih buah-buahan yang paling baik dan ranum. Justeru itu ia tidak melukakan hati seorang muslim yang lain dengan kata2 yang kasar dan menyakitkan hati orang2 yang mendengarnya.

Buku : Menuju Personaliti Rabbani
Penulis : Dr. Hilal Al-Majdi

Tuesday, May 11, 2010

Indahnya subuh di awal waktu =)

Last usrah Nisa HK kita ada bincangkan bagaimana ibadah nie mempengaruhi kehidupan kita. Bayangkanlah bila kita bangun subuh lewat, katakanlah pukul 6 atau mungkin 6.30, bersiap dalam keadaan yang express, dan solat dengan express, alah 2 rakaat ja..

Tapi bayangkan ketenangan yang kita perolehi bila kita mampu bangun awal sedikit sebelum subuh, membersihkan diri dalam keadaan yang tenang, melakukan 2-3 solat sunat, solat sunat qabliah, solat subuh dan di susuli dengan doa yang penuh khusyuk . Kemudian kita ada masa lebih untuk bersiap ke ofis atau persediaan lain sebelum memulakan hari kerja..

Cubalah, ianya pasti berkesan. 

Memulakan hari dengan ketenangan dan khusyuk dalam setiap ibadah =)

Sunday, May 9, 2010

Kisah Ashim, Gadis Penjual Susu & Ummar Abdul Aziz

   Masih ingat kisah pada suatu malam Aminul Mukminin, Ummar Al-Khattab berjalan2 meninjau keadaan ummat Islam di bawah pimpinan  beliau ketika itu. Sehinggalah di sebuah rumah beliau tertarik akan perbualan seorang ibu yang memaksa anak perempuannya mencampurkan sedikit air ke dalam susu . Tujuanya adalah bagi menadapay hasil berlipat ganda daripada hasil jualan susu tersebut. Dan seperti yang kita biasa dengar, anak perempuan tadi menolak,
   "saya tidak takut kepada Umar tetapi saya takut kepada ALLAH. Allah melihat apa yang kita lakukan. Tak perlulah kita mengumpulkan keuntungan dan mendapat kemarahan ALLAH kerana menipu pelanggan."

   Kesinambungan dari cerita ini, selepas beberapa hari Ummar memanggul salah seorang anak lelakinya, Ashim. Ditanyakan pada Ashim, apakah dia bersetuju sekiranya Ummar pinangkan dia pasa seorang gadis  penjual susu yang baik budi pekertinya. Lantas Ashim bersetuju dengan pilihan Ummar, tanpa memilih untuk melihat rupa paras gadis tersebut terlebih dahulu.

   Beberapa hari kemudian, selepas persetujuan dari gadis tersebut, berlangsunglah perkahwinan anak lelaki Ummar Al-Khattab, Ashim dengan gadis penjual susu. Hasil perkahwinan mereka, lahirlah zuriat2 yang hebat. Salah seorang daripadanya adalah anak gadis bernama Laila. Laila adalah isteri kepada Abdul Aziz B. Marwan dan ibu kepada Ummar B. Abdul Aziz, seorang pemimpin besar yang terkenal keadilanya zaman kegemilangan pemerintahan Umaiyah.


 cerita penuh di dalam buku Indahnya Cinta Kisah2 Kekasih ALLAH (karya Ezee Rahmani)



dan banyak lagi kisah menarik di dalam nyer =)