Thursday, May 13, 2010

melakar AKHLAQ SOLEH/AH dalam diri =)

Orang mukmin wajahnya sentiasa ceria dengan senyuman walau dalam apa jua keadaan,

   Ia juga bersikap mesra dan mudah di dampingi. Malah orang lain juga berasa senang untuk bersamanya dan berkawan dengannya. Bicaranya di sukai ramai dan ia merupakan seorang yang ringkas, memudahkan, lembut, tidak pongah dan tidak garang.

   Gurauanya pula tidak berlebih-lebihan dan melampau sehingga menyakitkan hati orang. Ia juga tidak bercakap melainkan yang benar sahaja, 

   Ia juga mempunyai maruah dan harga diri ; meninggalkan perkara2 keji dan tidak berfaedah, sama ada dari segi tutur kata mahupun tingkah laku.

   Ia memilih perkataannya umpama orang yang memilih buah-buahan yang paling baik dan ranum. Justeru itu ia tidak melukakan hati seorang muslim yang lain dengan kata2 yang kasar dan menyakitkan hati orang2 yang mendengarnya.

Buku : Menuju Personaliti Rabbani
Penulis : Dr. Hilal Al-Majdi