Sunday, May 9, 2010

Kisah Ashim, Gadis Penjual Susu & Ummar Abdul Aziz

   Masih ingat kisah pada suatu malam Aminul Mukminin, Ummar Al-Khattab berjalan2 meninjau keadaan ummat Islam di bawah pimpinan  beliau ketika itu. Sehinggalah di sebuah rumah beliau tertarik akan perbualan seorang ibu yang memaksa anak perempuannya mencampurkan sedikit air ke dalam susu . Tujuanya adalah bagi menadapay hasil berlipat ganda daripada hasil jualan susu tersebut. Dan seperti yang kita biasa dengar, anak perempuan tadi menolak,
   "saya tidak takut kepada Umar tetapi saya takut kepada ALLAH. Allah melihat apa yang kita lakukan. Tak perlulah kita mengumpulkan keuntungan dan mendapat kemarahan ALLAH kerana menipu pelanggan."

   Kesinambungan dari cerita ini, selepas beberapa hari Ummar memanggul salah seorang anak lelakinya, Ashim. Ditanyakan pada Ashim, apakah dia bersetuju sekiranya Ummar pinangkan dia pasa seorang gadis  penjual susu yang baik budi pekertinya. Lantas Ashim bersetuju dengan pilihan Ummar, tanpa memilih untuk melihat rupa paras gadis tersebut terlebih dahulu.

   Beberapa hari kemudian, selepas persetujuan dari gadis tersebut, berlangsunglah perkahwinan anak lelaki Ummar Al-Khattab, Ashim dengan gadis penjual susu. Hasil perkahwinan mereka, lahirlah zuriat2 yang hebat. Salah seorang daripadanya adalah anak gadis bernama Laila. Laila adalah isteri kepada Abdul Aziz B. Marwan dan ibu kepada Ummar B. Abdul Aziz, seorang pemimpin besar yang terkenal keadilanya zaman kegemilangan pemerintahan Umaiyah.


 cerita penuh di dalam buku Indahnya Cinta Kisah2 Kekasih ALLAH (karya Ezee Rahmani)



dan banyak lagi kisah menarik di dalam nyer =)