Sunday, August 15, 2010

katakan pada diri, SAYA TIDAK HIPOKRIT!

Saya bukan hipokrit, ianya bukanlah ayat bela diri, tapi saranan untuk kita berubah!Ianya bukanlah ayat untuk kita bermalas-malasan, dan membiarkan diri dalam kemungkaran, tetapi sepatutnya menjadi kekuatan supaya kita sedar diri dan merancang untuk melaksanakan seperti apa yang kita perkatakan.

    Rasanya ramai antara kita yang pernah dengar statement2 macam nih;

"saya bukan takmo pakai tudung...tapi saya bukan hipokrit,"

"daripada saya couple sorok-sorok, baik saya couple terang-terangan. Walaupun saya ajk persatuan mahasiswa Islam (contoh), tapi saya tak nak jadik pemimpin yang hipokrit"

"Walaupun saya pakai tudung labuh, tapi saya tak nak hipokrit, cakap lembut-lembut, malau-malu. Dah memang perwatakan saya macam nie, kasar. Asalkan saya tak buat apa-apa yang haram!"

tapi sedarkah kita, apa yang di maksudkan dengan hipokrit?
perspektif hipokrit kita dengan barat berbeza...


hipokritorang yg berpura-pura berpe­rangai baik; munafik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hipokritorang yg berpura-pura berperangai baik; munafikKamus Pelajar
hipokrit(orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya, munafik.Kamus Dewan Edisi Empat


Apa yang boleh kita simpulkan adalah HIPOKRIT ini bermaksud berpura-pura berperangai baik atau munafik.

Sebagai contoh ; 
(1) Kita sentiasa mengingatkan orang lain untuk menghormati ibubapa, tapi kita sendiri tak ada usaha untuk menghormati ibubapa.

(2) Kita bukanlah orang yang suka menderma, tapi depan orang lain kita jadik sangat pemurah untuk menderma.

dan banyak lagi..~
Malah ketika-tiga kamus ini juga bersetuju, menterjemahkan hipokrit sebagai munafik.sekiranya kita menerima nikmat dari Allah setiap hari, tetapi tidak mengakuiNya sebagai Tuhan, mmelanggar syariat dan melakukan kemungkaran. Maka itu di namakan hipokrit, iaitu munafik, merima nikmat tetapi tidak mengakuinya.

Menurut pendapat sahabat saya sendiri, kak jaja =) Hipokrit itu sebenarnya adalah ape yg kiter buat tu ader niat lain disebaliknyer bukan atas ikhlas diri sendiri
"BERPURA2"

Bila kita bercakap tentang keikhlasan, pastinya sukar kita mengesan bilakah agaknya penyakit hipokrit ini menerjah dalam hati kita. Sebab tu ader hadith menyebut 'innamal a'malu binniat' Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. 

Perspektif  hipokrit ini ada Allah sebut dalam firmanNya pada surah As-Saf :3

(itu) sangatlah di benci di sisi Allahjika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Berniat untuk merubah diri ke arah kebaikan bukan hipokrit
menjauhi kemungkaran demi mendapatkan redha Allah bukan hipokrit
menunjukkan akhlaq yang baik lagi terpuji, merupakan salah satu method Rasulullah saw dalam berdakwah. Dan ianya bukan hipokrit


Jadik apa alasan kita lagi? Saya bukan mahu 'mencantas' atau memerli sape2, tapi saya bercakap pada diri saya sendiri! Supaya saya tidak memberi ruang kepada diri saya yang sering memberi alasan! Supaya saya sedar, dan tidak hipokrit.


Yuk~ Bersangka baik dan beri peluang pada diri dan setiap orang berubah
katakan pada diri, saya tidak hipokrit.


Jom jadik muslim cemerlang!

    Seorang muslim itu bukanlah di ukur mengikut paras rupa dan kekayaan. Tetapi cuba kita imbas kembali contoh tauladan kita Rasulullah saw, di ingati dan di sayangi selalu kerana akhlaq beliau yang terpuji (@soleh).




Jom jadik muslim yang cemerlang, dengan mengadaptasi akhlaq yang terpuji dalam diri kita
sama-sama usaha! semoga kita berjaya!!! 

jOm berusrah!

   Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah, atas segala nikmat yang tak terhingga yang di kurniakan oleh-Nya. hari tu mar dapat mengikuti sebuah program Latihan Nuqaba', rasa bersyukur sangat di pilih oleh Allah untuk menyertai majlis ilmu yang penuh rahmat nih =)

   Terkenangkan zaman2 usrah lambak di Uniten Muadzam..memang ma main redah jek =) i'Allah sedikit guideline yang di berikan dalam program kali nie, mar akan gunakan sebaik mungkin. dan berharap perkongsian nih bermanfaat untuk semua, lebih2 lagi sahabat2 di muadzam =)




Tips! J U M  B e r usrah!

1. Buka majlis dengan Al-Fatihah

2. Puji-pujian buat Allah swt & Rasul-Nya saw
             - sbg contoh "Alhamdulillah, nahmaduhu wanasta'inuhu wa nastaghfir...."
             - jangan luppa doa penerang hati! (Berguna dan sangat penting utk naqib/ah)

3. Mulakan dengan mengucapkan syukur ke hadrat Allah atas nikmat Islam dan Ihsan
             - ingatkan ma'du kita betapa pentingnya kita di pilih hari ini bertemu di dalam majlis ilmi nih
             - ingatkan juga beberapa kelebihan majlis ilmu

4. Tanya khabar & perkembangan tentang hidup mad'u kita

5. Jikalau ader permintaan @ pertanyaan yang masih tertangguh dari pertemnuan yang lepas. Selsaikan awal.
             - misal conton; mad'u bertanya tentang hukum fikh pada pertemuan yg lepas, dan tidak ada jawapan yang tepat. Jadi cuba jawab pertanyaan beliau di awal pertemuan kali ini. Ini bagi menjaga hubungan hati antara kita & mad'u.

6. Masuk modul usrah yang sepatutnya di bawa

7. Sebelum akhiri usrah, buat round table. ensure setiap orang dlm usrah di beri beluang untuk bercakap.

8. Akhiri dengan tasbih kifarah & surah al-ansr.






Sedikit tips utuk naqib/ah

  • Fakta yang kita nak beri kene jelas, jangan kabur @ ragu. Jadi kita kene buat research yang baik sebagai preparation
  • untuk pertemuan yang pertama - gv them a very good experience, so they have a good impression towards usrah
  • adakan hubungan hati yang baik dengan adik-adik. Bila adik2 ada keyakinan pada kita, maka lebih mudah untuk kita menyampaikan risalah ilmu.
  • Nuqaba' perlu ada jati diri yang baik
  • Ingat kita bukan Mr.Google or Mr. Perfecto. Ada beberapa perkara yang mungkin kita tak tahu @ doesnt hv any single informtion. Jadi, jangan berlagak pandai! Dengan mereka dalil @ hujjah sendiri. Cuba tanya pula pendapat adik2 tentang persoalan tu. Mana tahu kita pula dapat ilmu baru!