Tuesday, November 17, 2009

Cebisan Ilmu LK 1

sedikit nota ilmu yang ingin di kongsi dari program Latihan Kepimpinan yang lepas =)

(tak ingat maudu' ceramah + nama ust, sbb masuk lewat)

  • bila kita sibuk, kita akan jadi lebeyh efficient
  • pemimpin bukan perlu jadi baik dahulu, baru boleh memimpin. Perubahan (improvement) dan amanah sebagai pemimpin itu perlu gerak seiring.
    • e.g Nabi Muhammad tidak duduk uzlah dalam Gua Hira' & hafal 30 juz Al-Quran, kemudian baru berdakwah. Tetapi berdakwah dan penurunan ayat Al-Quran itu berlaku seiring, ALLAH perintahkan Rasulullah berdakwah, kemudian ALLAH recharge dengan penurunan wahyu.
  • hanya orang yang sibukyang ada masa, kerana bila kita kitif, otak senang berjalan.
setiap pimpinan akan ada mehnah dan tribulasi
  • Seseorang bertanya kepada Saidina Ali, ketika beliau menjadi Amirul Mukminin " Mengapa pada zaman khalifah2 sebelum nie, tidak ada pemberontakkan seperti zaman engkau, Ya Amirul Mukminin?" jawab Amirul Mukminin, "kerana pada zaman Saidina Abu Bakr adanya pengikut seperti aku, manakal pada zaman pemerintahanku adanya pengikut seperti engkau"
  • Pada zaman S. Abu Bakar, ada masalah intenal, zaman S. Umar& Uthman pula fitnah berleluasa, zaman S. Ali berlakunyer pemberontakkan bani umayyah. Zaman Muawiiyah& yazid berlakunyer kekejaman terhadap rakyat.

Maudu : Pengurusan Diri & Jemaah
Penceramah : (tak sempat juga..)

pengurusan diri - pemimpin perlu memahami tanggungjawab sebagai muslim, jemaah, individu, ibubapa, pemimpin, pelajar dsb.
  • bila bercakap ttg tanggungjawab itu perlu ada nyer pengikut
    • seorang ayah pengikutnyer isteri, anak2. pengikut merupakan tanggungjawab si ayah.
Jemaah
  •  Kita sebagai pemimpin Jemaah perlu tahu aper peranan jemaah keada masyarakat umum itu sendiri
    • sebagai daie, kita perlu keluar berdakwah kepada masyarakat luar yang tak memahami Islam. berdakwah di kalangan kita, tuey tunjuk baik namanyer.
bagaimana nak menguruskan organisasi Islam @ jemaah islam
  1. uruskan diri sendiri ebaik mungkin
  2. khusyu' @ fokus dalam gerakkerja - narrow down to our main objective. Jgn ada anasir2 lain yang mempengaruhi
  3. kene ada step (spt solat ada rukun solat)
  4. Menjauhkan diri daripada perbuatan @ perkataan yang lagha
  5. memelihara kehormatan diri serta memelihara keaiban jemaah
  6. seimbangkan tanggungjawabperibadi dengan jemaah
  7. strategic planning
      •   Syed Qutb " strategic planning menjamin masa depan Jemaah begitu juga daie itu sendiri"