Sunday, November 15, 2009

ceRiteRa maLam Pertama 3P

Last week I attended a program, which gv a major impact in my life. Pada mulanya timbul beberapa perselisihan, mungkin ini caranya ALLAH nak tarbiyah mar the way to face a problem as a da’ie…~ terfikir nak berkongsi kat blog neyh beberapa slot yang mencengkam di dalam hati eChewah! Maner la tahu satu hari nanti mar down, sO I could refer here…

I’ve been informed by diah, kehadiran kami ke program kali neyh as AJK, takut jugak…camner yer AJK derang wat keje. Lain program kan lain methodnyer…by the time we arrived, Alhamdulillah kami disambut mesra oleh sahabiah2 urusetia program. Terasa seolah-olah ada air yang mengalir dalam hati mar, tenang..i could see a shine of relationship between us..sesuatu yang mar cari dari dulu. Kami dijemput menghadiri taklimat ringkas program, kami ditinggalkan bersama 2 peserta muslimat, mar + diah dah mula keliru, kami ke sini as peserta/AJK? I could feel sumthing wrong, tapi ntah la..lebey baik husnuzhan kan, might the person who suppose to inform them, forgot to inform.

Selesai taklimat program, kami di panggil oleyh salah seorang urusetia, beliau menegur atas kelewatan kami ketika menunaikan solat isya’. Mar dan diah terpinga. Pelbagai perasaan yang timbul. Keliru.Sedey. Kecewa mar 3 jam dalam kereta, xmakan ,xqada’ hajat pun. Diah pulak memang ader masalah untuk lawas. Arh! Macam2 lagi la bisikan syaitan yang bermain dalam fikiran. mar cuba berdiam diri, sembunyikan perasaan ni. Tapi mar tahu, diah dapat bace air muka mar. mar capai Al-Quran, mar tak nak cakap time sekarang. Dengan bercakap mar hanya mengeluarkan benda-benda yang negative. Surah Yassin jadik pilihan. Mar xtahu aper nak fikir dan mar tak nak fikir. Satu demi satu air mata mengalir. Apabila emosi menguasai diri, syaitan mula menyerapkan prasangka2 dusta. Mar cuba untuk muhasabah…

Maner boleyh fikir aper yang kita lalui jer…. kalau nak fikir kiter punya pressure, derang (urusetia2 prog) lagi pressure!. Mungkin juga, mereka di inform yang kehadiran kami sebagai peserta. Mereka tak patut dipersalahkan.mereka hanya menjalankan tanggungjawab dengan baik. Lagipun wajar mereka menegur, salah mar..mar lambat tadi. Syaitan memang suka apabila ummat islam berpecah belah! Sebab tuey syaitan suka membesar2kan benda yang kecil. Apa salahnya jadi peserta, memang ini yang mar perlukan. Siapa yang hantar mar ke sini? ALLAH kan, yang membuatkan mereka faham kami neyh sebagai peserta? ALLAH kan..apakah mar meragui kekuasaan ALLAH.

Alhamdulillah..hati menjadi tenang usai menghabiskan surah Yassin. Diah mengerti pergolakkan hati mar neyh..
“jom mar kiter xplain kat pYah..”
“xyah la diah..”
“jom la mar, nanti antara kita salah faham pulak..takper diah berani,”

Alhamdulillah, kami berjaya meleraikan salah faham antara kami. Mar tak banyak bersuara. Tak tahu apa nak fikir dan apa yang perlu diperkatakan. 2 orang arif ini lebih mengerti.

Mar cuba melelapkan mata. Namun syaitan masih tak henti beroperasi. Pelbagai dakyah dan persoalan yang syaitan2 durjana neyh cuba timbulkan di kotak fikiran ini. Pukul 3 pagi mar bangun lagi…arh aku tak mampu ya ALLAh. Mar lihat sahabat2 yang lain, tidur. Mar menangis lagi, kali neyh lebeyh deras. Mar cuba mengawal perasaan, mar tak nak diah dan sahabat2 lain bangun. Mesti derang akan Tanya macam2. Padahal mar menangis sbb susah mar lawan pergolakkan hati ini. Ya ALLAH kasihi aku, benarkan aku berdiri teguh di jalan yang lurus ini. Ajarkan langkah ku pergerakkan ku, jangan sampai aku melukai hati sahabiah2 ku.

mOraL Of the story :
org slalu kater..
”cube dengar kata hati ..” tapi macam maner kalau hati kiter meng’advice’kan perkara2 negative?
Orang lain pulak kater…
“Ikutkan hati mati”

Oleyh itu bertindaklah mengikut aturan Tuhan, seperti yang disyariatkan ALLAH. Alwayz be positif..tak kira macam maner negative pun orang lain buat pada kita. Sebab semuanya diluar bidang kuasa kita, banyak masa kita rasa kita betul, tapi sebenarnya kita salah, sedangkan ALLAH lah yang mngetahui segala2nya.

Sayangkan ukhuwah yang tercipta, itu sunnah Rasulullah.
Tidak beriman seseorang itu, selagi dia tidak menyintai saudaranya, sepertimana dia menyintai dirinya.

“Allah menyukai hamba yang berjuang di jalaNya dalam satu barisan seumpama bangunan yang tersusun atur,”
Surah As-Saff:4


Kekuatan ummat Islam apabila kita bergerak dalam jemaah, terasa hati, merajuk, ini hanya menggoyahkan kekuatah sesebuah jemaah. Syaitan suka bila ummat Islam tak bersatu. Lalu Syaitan akan gegas membisikkan prasangka2 dusta untuk melemahkan ukhuwah kita. Bersatulah wahai Ummat Islam! Bergeraklah! Tiba masanya kita mengatur langkah mengembalikan kedaulatan ISLAM! Takbir!