Sunday, November 15, 2009

Daie taK ada maSa untuK rehat (Ceritera 3P)

Ha neyh part yang paling mengancam larh dalam program neyh. Dari awal program, memang mar tunggu slot neyh!! Mengancam abes~

Bak kater ust :
Da’ie tak ada masa untuk rehat

Kami dikejutkan pada pukul 4 pagi. Suasana pagi tuey baru lepas hujan…padang dalam keadaan lecak yang paling teruk sepanjang program kami kat situ. Keadaan sungguh gelap, kami diterangi cahaya lampu dari dua buat kereta.Sampai2 kat padang, kami di arahkan untuk berlari mengelililangi padang. Penat sangat, 4 pusingan kami lari. Selesai lari, kami di arahkan untuk berbaring, ingatkan boleyh la rengang2 kan badan, kowt ust suro muhasabah ker..rupanya bukan setakat baring, kami di suruh berguling. Muslimat ke kanan, muslimin ke kiri. Kali pertama berguling, kami diarah berhenti, ketua bagi modul ini naik marah sbb ada diantara kami yang bergelak ketawa,

“antum ingat berjuang neyh perkara main-main ker?!”

Kami berguling lagi sekali. Peritnya bukan main, sudah la pening, badan sakit2 sebab terkena batu-batu, air lecak menerjah ke seluruh bahagian kami. Sudah sampai ke hujung padang, kami diminta berguling ke tengah padang balik. Tergambar akan apa yang Bilal b. Rabah lalui, kami berguling di malam hari, atas padang yang berlecak…apatah lagi beliau yang menahan batu besar atas badannya ketika panas terik di padang pasir yang kering kontang.

Oleyh kerana muslimat sampai dahulu ke tengah padang berbanding muslimin, kami di kerah untuk berjalan laju sepanjang padang (pandai ek muslimin, guling lambat2). Waktu neyh, pandangan da tak berapa stabil, maklum la baru lepas guling, kene kerah tenaga untuk berjalan laju pulak. Kami berjalan hampir 2-3 pusingan jugak lah. Tiba di tengah padang, ketua modul suruh kami menyiarap pulak, ingatkan boleyh la rehat kejap, rupanya kami kene bergerak dalam menyiarap, seperti askar menuju ke tiang gol di hujung padang. Mar sememang nyer tak larat ketika tuey, tenaga yang ada mungkin Cuma 20 % jea, dalam keadaan kesihatan yang agak lemah. Dalam suku perjalanan, kaki dan tangan mar da terasa kebas, kepala punya sangat2 ringan, terasa seperti nak tersembam ke tanah. One of the members menarik tangan mar, “k.mar boleyh..takkan kak mar nak berhenti kat sini,” terasa berat di dalam hati…aku mungkin orang yang lemah fizikal, aku mungkin orang yang lemah mental…tapi aku bukan da’ie yang syahid di tengah jalan! Aku akan berjuang sampai mati! Mar kuatkan tangan dan kaki, aper-aper pun mar kene sampai ke tiang gol. Mar memang lemah, tapi mar tak boleyh tunjukkan yang mar lemah. Muslimat lain boleyh buat, mar pun boleyh buat…akhirnya..we made it, w’pun tak betul2 sampai ke tiang. kami bergerak kembali ke tengah padang, tapi 2-3 langkah..mar terjatuh, tangan dan kaki mar terasa ringan, pandangan mula berpinar…tapi mar tak boleyh berhenti kat sini…

Mar terdengar ust memanggil urusetia..
“ust ana ok..”
“nti boleyh bangunkan,”
“ana boleyh”
"Nti tak pengsan, nti bangun sekarang,”

Arahan dari ust, memaksa mar untuk bergegas bangun, bagus jugak…kalau tak musti mar rasa lemah. Mar bangun, menuju ke arah kawan-kawan.. penatnya bukan main, mar tak pernah rasa sepenat ini.. 2 tahun cuba menggerakkan jemaah islam di kampus..tapi mar tak pernah rasa sepenat ini..

Timbul persoalan, apa yang mar wat selama neyh? aper yang penat sangat? hatta perjuangan mar ini pun tak sepenat ini. Tapi kenapa mar sering letih da penat? Bila aku kerahkan tenagaku?

“antum penat?!!”
“penat!!” kami menjawab
Berulang kali kami ditanya dan menjawab perkara yang sama
“siapa nta/nti”
Pelbagai jawapan yang keluar “pejuang,””daie”,”pendakwah”
“siapa musuh antum”
“nafsu kami”

Sungguh…nafsulah sebenarnyer musuh ketatku…hatta penat,lemah, kecewa, itulah yang dituntut nafsuku, agar aku berhenti berjuang. Sahlah yang aku kalah dengan nafsu ku sebelum ini, perjuangan yang aku agung2kan dalam kehidupanku selama ini hanyalah sia-sia kerana aku masih kalah dengan nafsu. Aku masih ingat saat aku mengadu penat, merungut tiada yang membantuku..namun aku tidak pernah sepenat ini..layakkah aku mengungkapkan perkataan penat?!!!

“untuk apa nti berjuang?!”
“..ALLAH” terpamir di fikiran ku, ya..aku berjuang kerana inginkan keredhaan ALLAH, kerana aku ingin merasa layak untuk menyintai ALLAH

“sesungguhnya ALLAH menyukai hamba yang berjuang di jalanNya dalam saf seumpama bangunan yang tersusun atur” apakah ALLAh akan menyukai aku? Yang sentiasa penat berjuang di jalannya, layakkah aku merebut cintaNya…

“Sangat besarlah kebencian ALLAH bgi mereka yang mengatakan sesuatu yang tidak mereka kerjakan,” saat aku sering menyalahkan orang lain, malah aku sendiri melakukan benda yang sama. Aku sering marah apabila orang tak bersangka baik, aku juga bukan bersangka baik 24 jam. Aku sering marah dan tidak mahu mendengar apa2 alasan bagi mereka yang mula jauh dari jemaah, dan ketika aku penat…aku tidak memarahi diri sendiri. Aku sering marah apabila muslimat tidak menjaga aurat&ikhtilat, aku juga sentiasa gagal dalam mengawasi diriku. Jadi aku samalah sperti orang2 yang ALLAH benci, na’uzubillahi min zalik…~

“apa yang antum buat pada sahabat2 antum yang x menutup aurat..!”
Huh?! Apa yang aku buat?...aku bukan sahaja punya sahabat yang tak menutup aurat, tapi dia berzina…
Dan apa yang aku buat? Aku membenci dia, apabila dia tak nak dengar nasihat ku. Aku berdiam diri. Aku menjauhi dia. Sedangkan dia mad’u ku yang dihadirkan oleyh ALLAH. Sumayyah di sula demi mempertahankan islam, aku membiarkan sahabatku ke neraka, kerana ego dalam menyebarkan agama Islam…
Ya ALLAH ampunkan aku atas kesilapanku ini ya ALLAH

Kami mengakhiri slot ini dengan solat taubat..saat ini airmataku mengalir tanpa henti…

‘Ya ALLAH aku sering meminta, dan aku sering menjanjikan perubahan padamu. Berulang kali aku mengungkapkan kata-kata taubat, kata insaf. Apakah taubatku kali ini memberi pengesanan padaMU. Apakah Dikau Ya ALLAH menerima pengampunanku ini…apakah Dikau Ya ALLAH akan menyayangi ku sama seperti dulu Ya ALLAH, apakah Dikau Ya ALLAH sudi mengampunkanku…’

Baru aku terfikir, sebab Dikau Ya ALLAH masih menyayangi ku, Dikau hadirkan aku kemari sebagai peserta. Supaya aku muhasabah kembali..kemana arah serta tahap pengorbananku selama ini. Terima kasih Ya ALLAH..kerana masih menyayangiku, terima kasih Ya ALLAH kerana sudi mentarbiyahku…izinkan aku Ya ALLAH merangkak menyintaiMU~