Thursday, February 3, 2011

Didik anak-anak bukan sekadar dengan arahan, tetapi contoh tauladan

   Pernah satu ketika, mar menghadiri sebuah majlis makan malam. Selepas solat Isyak, ramai diantara kami mengambil peluang untuk berbual-bual, memandangkan kami sudah lama tidak bertemu. Macam biasa, bila dah adakan majlis makan-makan di rumah, pasti pinggan, mangku dan cawan yang banyak akan 'membanjiri' sinki tuan rumah. Dan untuk seketika, mar terdengar kak Bedah memanggil anak perempuannya yang berusia 12 tahun, Saidah, dengan sedikit berbisik beliau berkata,

"Saidah! nie pinggan mangkuk kotor nie, tolong basuh! Sian Pak ucu kao, penat dia panggil orang makan," kemudian kak Bedah berlalu menuju ke ruang tamu, menyertai acara sembang-menyembang warga2 ibubapa.

Ma rasa ramai diantara kita pernah melihat atau mengalami sendiri situasi ini. Samada kita ini di pihak ibubapa atau anak itu sendiri. 

Sungguh, pasti ramai yang kata, niat kak Saidah tu nak membantu tuan rumah, lagipun wajar beliau mengambil peluang berbual2 dengan tetamu yang datang. Tapi pernahkah kita melihat dari sudut anak itu sendiri? Kanak-kanak lain sedang seronok bermain, dan kita memanggil mereka untuk membuat kerja dapur..aduh, wajarkah kita?

Dan sebenarnya sangat tak adil, kalau kita tak membantu lagsung Tuan rumah, jadi apakah jalan tengah yang perlu kita ambil?

Apa yang dapat saya lihat, beberapa jalan keluar yang baik

pertamanya : bertemu dengan anak, tanya, apakah mereka sedang bermain? semestinya beliau akan katakan ya! Jadi jelaskan pada anak kita, pinggan dan cawan yang kotor masih banyak di dapur, dan kita perlu membantu tuan rumah, sebagai tanda terima kasih. Jadi,  ibu akan membasuh separuh, dan boleh tak kalau anak kita basuh lagi separuh, kerana ibu juga perlu menyertai sahabat2nya, sepertimana anak kita mahu bermain degan sahabat2nya. Biasanya, apabila kita memberikan sebab yang rasional, akal anak2 mudah menerimanya.

kedua : berjumpa dengan anak kita, dan meminta tolong anak kita untuk melakukan kerja tersebut bersama2 dengan kita. 

ketiga : minta tolong anak kita dan sahabat2nya untuk membantu mencuci dan mengemaskan pinggan dan mangkuk tersebut.

Jangan paksa anak-anak buat kerja yang kita tak nak buat, itu sangatlah salah =)

Didik anak-anak bukan sekadar dengan arahan, tetapi contoh tauladan