Monday, April 5, 2010

Jom tUkar menu sarapan kiter =)

'Ish take time pula nak sarapan.Lagipun, orang yang tak biasa sarapan kalau sarapan boleh sakit perut. Bila sakit perut tentu lambat ke hospital. Tak apa asalkan dapat jaga hati isteri ,' bisik hati kecil Dr. Muslih. Kemudian dia ke dapur.

Dr. Muslih teruja. Dia melihat sarapan yang disediakan oleh isterinya amat berbeza dengan apa yang difikirkan. Lain daripada yang lain. Juadah sarapan biasanya terdiri daripada nasi goreng, nasi lemak, mee goreng dan kuih muih. Tetapi apa yang dilihat di atas meja kali ini betul-betul sesuatu yang langsung tak terfikir olehnya.

Terhidang di atas ,meja beberapa biji buah kurma, buah tin, aprikot, kismis dan beberapa jenis kekacang. Set makanan sebegini biasanya ditemui semasa menziarahi jemaah haji yang baru balik dari Makkah. Kelihatan juga di dalam gelas terdapat air yang berwarna agak kekuning-kuningan.
"Air apa ni?" tanya Dr. Muslih kepada isterinya
"Ni air madu bang, minuman sunnah," jawab Qani'ah

"Hebatnya khasiat madu hingga Allah sebut dalam Quran. Ia juga popular dalam perubatan Islam. Kita cuba amal apa yang Nabi amalkan ya," sambung Qani'ah

petikan dari buku Denyut Kasih Medik karya Dr. Farhan Hadi
(credit tO ayman-sbb kasi kakak pinjam hee~)