Thursday, April 1, 2010

Lets study Parenting Skill in Sesejuk Maaf Di Kalbu =)

Alhamdulillah..syukur ke hadrat-MU Tuhan semesta alam, yang tak pernah jemu melimpahkan nikmat dan rezeki pada hamba-hamba-Mu ini. Walau kami sering lupa untuk bersyukur malah sering tersungkur di lembah kejahilan, lalu kami taburkan janji2 manis untuk bertaubat selama2nya. Namun tak pernah Kau ambil kira semua itu, kemaafan dan kasih sayang-mu sentiasa mengalir bertali arus tiada henti. 

   Dalam kesibukkan mengendalikan beberapa kursus pada hampir setiap minggu, sangat memusykilkan mar untuk mengambil peluang meraikan Pesta Buku yang hanya diadakan setahun sekali sahaja. Hati mana yang tidak di runtun kesedihan, walaupun hakikatnya tidak ada satu pun buku yang berhajat untuk dimiliki dalam masa ini. Buku2 lama, masih lagi berhabuk tidak terusik di rangkaian almari. Mini-library yang cuba diwujudkan, mungkin bakal bergelar mini-muzium (hahaha). Cuba memujuk hati dengan pemikiran yang lebih positif, moga terubat kesedihan.

    Namun alhamdulillah, kasih sayang ALLAH itu tidak pernah berkurang, malah bertambah sejajar dengan bertambahnya keimanan kita semua. Usai tamat prog pukul 3 ptg, Ahad, mar menyuarakan cadangan kepada kak rose (rakan sekerja) utk menemani mar ke Pesta Buku. Entah dari mana hadirnya kekuatan itu dalam keadaan fizikal yang sangat penat, namun ku gagahkan jua (echech~)

   Seperti biasa pesta bUku (@boOkfair) dipenuhi dengan pencinta2 ilmu. Malah kita dihujani dengan pelbagai corak bahan2 ilmu. Mar tertarik dengan 2-3 buku dari bOoth Telaga Biru, teringat suatu ketika di Shah Alam, mar memegang 2 novel ini. hasrat di hati memang nak beli, namun memikirkan kepentingannya (sama ada perlu @ tidak untuk membeli). Mar bubarkan saja hasrat itu, bukan tidak mahu menimba ilmu..tetapi mar lebih suka buku2 yang berbetuk motivasi @ fakta berbanding dengan novel. Kata hati ketika itu 'seandainya berjodoh, pasti ditemukan oleh ALLAH suatu hari nanti'

   Kali ini mar tekad, untuk membeli. saya perlu belajar erti maaf dan persahabatan, mungkin novel2 ini mempunyai jawapannya. 


   Novel pertama yang mar capai, Sesejuk Maaf Dikalbu karya Nor Atikah Ghazali. Mar tidak mengenalinya, apatah lagi mendengar ttg beliau. Namun aper yang menarik ttg novel ini adalah sinosisnya.

Api yang marak boleh padam dengan sejuknya air. 
Dendam yang marak, apa pula pemadamnya?
Padamkanlah ia dengan sejuknya maaf..

   saya dah terlalu banyak menyimpan. saya perlu belajar untuk memaafkan. Yang menariknya ttg sinopsis novel ini, sekali baca yang mar faham, menceritakan ttg 3 sahabat yang mempunyai masalah keluarga masing2. dan macam mana mereka merungkai kemelut serta akhirnya mampu untuk memaafkan ibubapa mereka. (itu yang saya faham)

   tetapi setelah berjaya menhabiskan bacaan selama 2 hari, actually its totally different dari tanggapan mar. novel ini seumpama buku teks parenting skill. Its a good book for 'mother-to' or 'wife to-be', menggambarkan kepada kita realitinyabetuk2 keluarga yang ada di Malaysia hari ini. dan bagaimana faktor2 seperti makanan yang halal, kasih sayang yang dicurahkan mampu membentuk peribadi seorang anak. Buku ini memberi gambaran dan menjadi satu persediaan yang bagus buat bakal2 ibu dan bapa.
   malah yang lebih menarik lagi, karya novel ini mendapat sentuhan penulis terkenal, Fatimah Syarha Mohd Nordin =) Insya ALLAH pada pendapat saya tak rugi untuk belajar dari novelis yang tak kurang hebat ini. Sudah2lah kita dikaburi dengan novel2 wirid cinta, tafsir cinta, tawaf cinta dan sebagainya. (peace) 

   2 lagi yang mar beli adalah Terasing bY Hilal Asyraf dan Pemilik Cintaku Selepas ALLAH dan Rasul bY Fatimah Syarha. Terasing bukanlah novel yang terbaru dari Hilal Asyraf, namun pengisiannya tampak padat dan berkualiti. Buku Pemilik Cintaku Selepas ALLAH dan Rasul, mar dah pernah beli sebelum ini, tapi dah dihadiahkan pada seorang sahabat yang melansungkan perkahwinan. Namun mar beli lagi sekali, mana tahu ader sahabat yang akan melangsungkan walimah, mar rasakan buku ini merupakan pembimbing yang bagus untuk dijadikan guideline =)