Wednesday, September 30, 2009

erti hidup pada memberi..~

edited on friday, october 2th, 2009 (1:25 pm)
untuk memudahkan ummi faham..huhu~
sian tau anak ummi neyh... ehe =)



Bismillahirrahmanirrahim...=)

begitu banyak perkara yang berlaku 2-3 hari neyh..
terasa terlalu padat 24 jam yang ALLAH beri
semoga kita menginfakkan setiap saat yang kita ada untuk beribadah kepadanya... =)


Tarikh : 28 Sept 2009 (Isnin)
Masa   : 3 - 5 petang
Tempat : Pusat Islam Ibnu Khaldun @ Balai Islam

Hari neyh mar balik muadzam. Sebetulneyr nak gerak dari KL pukul 9 pagi, tapi sebab jalan jammd teruk sangat, kami keluar dari sungai besi in almost 11 am. Semalam da la saya tidu lambat...herm~ setelah melalui hampir 4 jam perjalanan yang memenatkan, kami tiba di muadzam shah tercinta pada pukul 3 petang...sangat penat.Petangnya dalam pukul 5 mar dah janji ngan seorang adik muslimat neyh, mar letak jer sebagai sayangku A..meluangkan masa, mendengar perkongsian masalah dia. Nak tak nak, sebab dah janji, pergilah, ini kali ke-2 kami bertemu (dalam bahasa inahnyer dating lah hehe~). Kali ini mar kurang bersedia berbanding kali pertama dulu, yea penyampaian atau info apa yang sesuai untuk di kongsi. Alhamdulillah, dengan bantuan dari ALLAH perbincangan kami berjalan dengan lancar, segala pujian2 bagi ALLAH, setiap jawapan mar pada soalan beliau seumpamanya di atur, semoga perbualan kami mampu membantu dia dalam menguatkan kaki di jalan Ilahi.. =)



Tarikh : 29 Sept 2009 (Selasa)
Masa   : 11 pagi
Tempat : Dalam class SM (tym break)

Entah knapa, pagi neyh asik teringat kat ummi jer, ntah mungkin kerana gelang ummi yang cantik ini berada di tangan kanan ku hehehe. Bila class break jer, mar terus talifon ummi..em~ padanlah, kesian ummi ALLAH sedang menguji iman ummi dengan dugaan demi dugaan, moga ummi menjadi lebeyh tabah. Mar tak tahu aper nak cakap, sbb besenyer ummi yang nasihat kami adik beradik. em, mar cuba jugak lah goreng sket2,  moga semangat ummi tak cepat jatuh.  Walaupun mar di Muadzam, sedikit sebanyak terkesan di hati Mar apabila ibu sendiri di lukai... Ummi mar bukanlah super women, ustazah apatah lagi, beliau hanya ingin berkongsi kesedaran sedikit sebanyak yang beliau alami, mungkin inilah sedikit sebanyak usaha beliau dalam membantu pembentukkan ummah berteraskan islamiyyah. agak sukar untuk mengeluarkan peristiwa itu dari kotak fikiran mar..mar terus berfikir dan berfikir..sehingga di rumah...


Masa   : 2 petang
Tempat : Desasiswa Harmoni

sahabat serumah mar, sayangku B mempunyai masalah dengan beberapa sahabat beliau, mar pusing. tapi sedikit sebanyak kami cuba la mengeluarkan iadea yang ntah aper2 ntah.. =) namun harap2nyer hasil perbincangan kami, moga dia dapat menyelesaikan permasalahan beliau sebijak mungkin.


Masa    : 5 petang
Tempat : Desasiswa Ilmiah

petang tuey, sepatutnyer mar ader janji nak gie jogging dengan beberapa adik junior, tetpai dpat msg dari seorang sahabat, sayangku C mintak mar datang ke rumah nya dengan segera. runsing! mar sendiri tak boleyh fikir, aper agaknyer permasalahan dia kali neyh..~ mar terus ke rumahnya..jogging?! terpaksa mar batalkan. sesampainyer di rumah dia..rupa2nyer derang nak jamu kek pada mar.. =) sabar jer.. actually! i don't like suprises!! plzz keep remind dat.. =) mar tak marah derang, mungkin sahaja niat dernag nak having good tym together. Sekali lagi, ALLAH memperlihatkan mar satu masalah, em~ berkenaan seorang sahabat sayangku C sekali lagi buat mar runsing seketika..terlalu banyak yang berlaku hari ini sehingga buat mar rasa nak nanges, Ya ALLAH dengarlah pengaduan hatiku ini...~ 


Masa   : 10 Malam
Tempat : Desasiswa Harmoni

Malam tuey, dalam pukul 10, mar dapat msg dari seorang junior, sayangku D memerlukan nasihat dan pandangan atas permasalahn beliau. sebetulnya mar sudah ada janji dengan orang len malam tue, mar mintak dia datang lewat sedikit. Beliau datang pada pukul 12.oo malam, kami berbincang panjang..sedeyh..beliau dengan masalah beliau sendiri. letih..kami habis berbual sampai pukul 1.45 pagi..

tiba2 mar teringat, adik yang jumpa mar pada hari isnin tuey, sayangku A nak jumper mar lagi esok pagi(hari Rabu)..mar hantar msg pada dia.. mar mintak maaf sangat. bukan mar tak nak jumpa..tapi mar rasa, tak sepatutnyer setiap kali dia berhadapan dengan masalah, dia terus adu pada mar...seharusnya adu dulu pada ALLAH.. ='( mar harap dia faham, 2 kali pertemuan sebelum ini, mar banyak menekankan tentang cinta Ilahi, mar sendiri belum betul2 faham mengenai cinta Ilahi (mahabbatillah) tetapi masih mencari. dan kita jangan jemu mencari, jangan sandarkan cinta@kebergantungan pada manusia, kelak nanti kita akan kecewa.. =(


tika hendak melelapkan mata, mar cuba muhasabah apa yang berlaku sehari dua neyh..

mar tak tahu..

cuma yang mar tahu. erti hidup pada memberi..
semoga tidak sedikit pun hati mar lari dari niat lillahi ta'la...

sejujurnyer..yea mar penat..sangat penat
dan takut...

kenapa takut?
mar merasakan orang disekeliling mar sedang di uji ALLAH
tetapi kenapa mar tidak di uji..?
apakah mar jauh dari cinta ALLAH???

mar adukan perasaan hati neyh pada ili..
kater Ili..

"mungkin Allah tidak uji mar, supaya mar hadir dalam hidup mereka dan membantu mereka menyelesaikan masalah mereka.."

syukran jazilan ili.. =)

mar mohon sahabat2 tak salah sangka..
bukan mar nak kater semua orang adu masalah kat mar..
macam mar PRS plak kan.. hehe
baru beberapa orang..
cumanya ianya berlaku dalam masa 2 hari dan ianya terlalu pack..

tetapi satu yang mar pelajari..
seperti apa yang sering di ungkapkan oleh Ust Hasrizal Jamil @ Saiful Islam
Erti Hidup Pada Memberi

hidup kita akan lebih bermakna sekiranya kita maanfaatkan hidup kita untuk orang lain..
sebelum neyh mar hanya dengar
tapi kali neyh ALLAH kasi mar tuk aplikasikan

terima kasi Ya ALLAH =)
mar hanya manusia biasa
moga tidak ader su'uzhan antara kita..

salam ukhuwahfillah =)

Sunday, September 27, 2009

Saya jelez dgn musLimin yang..~

Bismillahirahmanirrahim...=)

sekarang da pukul 2.02 pagi..em nak kater tak mengantuk..
sebenarnyer da tersangat penat.. =)
esok pelbagai agenda menyusul..

siapkan surat ummi
kemas barang
gi Ar-Rahnu
balik muadzam
attend mtg project paper..
em~

moga ALLAH mudahkan aturan esok...=)

terpanggil untuk taip sesuatu selepas bace beberapa article dari iLuvislam..
em~ selepas copy+paste article sblm neyh.. mar nak add sumthing sbnarnyer dalam entry tuey,
tapi tak jadi..sbb da banyak sangat p/s..ehe~
tapi semangat gak nak add, so mar decide nak tambah dalam entry yang baru..
saya bukan ustzh,motivator..saya bukan sesiapa, so as i wrote earlier..pandangan saya mungkin salah..teguran&tunjuk ajar amat2lah saya harapkan.. =)

saya sangat2 cemburu dengan muslimin yang mampu menjaga iman mereka dengan sempurna..
sedangkan muslimat itu adalah satu2nya gangguan terbesar bagi nafsu dalam hati mereka. Berbanding muslimat..nafsunya banyak ada 9, tetapi portion for each of 9 tuey sedikit. Macam pecahan jugak.. 1 nafsu muslimin itu umpamanya 1/2, dan 9 nafsu muslimat itu umpamanya 9/10.. maner lagi banyak? Dalam gangguan yang semakin hebat hari ini, ada segelintir muslimin yang masih mampu menjaga kesucian iman mereka tanpa terganggu atau terusik dengan rengekkan2 manja muslimat..subhanallah...
saya memang jeles dengan orang macam neyh... ~

dan..saya sangat jeles dengan muslimin yang mempunyai ikatan ukhuwah yang sangat mantap. sedangkan kalau dibanding dengan muslimat, muslimat ini ALLLAH cipta dengan kelebihan dari sifat kasih sayang. Jadi sepatutnya kita lebih hebat lagi dalam mengikat tali ukhuwah dan dalam menjaga persahabatan itu sendiri. Saya sangat jeles bila lihat muslimin2 di iluvislam mampu mengumpul kekuatan, dan merancang beberapa program bersama... em~
saya akan jadi lebeyh jeles bila lihat muslimin yang baru bertemu, tapi mampu menjadi akrab dalam masa 3minit sahaja. Tetapi kita muslimat dah kenal 3 minggu, tapi ego nak memulakan salam perkenalan..

saya jugak sangat jeles dengan muslimin yang kuat beribadah..sedangkan kita tahu derang tu sume kaki game, suka borak2 kat kedai mamak, main bola..tapi derang boleyh lepaskan semua keseronokkan derang untuk meluangkan masa disamping Yang Tercinta. Sedangkan kita yang berhati lembut neyh..kenapa tidak? 

Saya amat jeles dengan muslimin yang mampu mengawal marah dan bertindak menyelesaikan masalah dengan bijaksana..sedangkan kita sume tahu, ego lelaki itu lebih tinggi..sepatutnya kita lah yang perlu lebih banyak beralah. Kita kan di beri sifat kasih sayang yang mendalam dari ALLAH swt..

dan banyak lagi la saya jeles..~

so saya nak lancarkan jihad kepada kaum muslimat..
hehehe~

ayoOh! we beat them!
tunjukkan pada mereka
sape lagi sayang ALLAH
sapa lebih menjaga Islam
sape yang lebih mementingka Ummah!

buktikkan yang kita mampu buat lebih dari mereka!

pilihan di tangan anda..
pilihlah dengan bijak! =)


Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?



Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah. 







 
Anda ingin lebih cantik dan menarik??


  • Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih. 
  • Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis
  • Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman. 
  • Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan
  • Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan. 
  • Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah. 
  • Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian". 
  • Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

credit tO :



----------------------------------------------------------------------------------------------------------

em..~
actually mar da baca article dalam 2-3 tahun yang lepas...
tapi pada mar dulu, ianya hanyalah gabungan bahasa dengan beberapa perkataan arab..
supaya ianya tampak Islamic dan berhemah..

terukkan sayer =) tuey la belum dapat hidayah agi ...
sehinggakan satu hari saya terfikir..
bagaimana muslimat ingin mengikuti sunnah Rasulullah sepenuhnyer..
sedangkan ader beberapa perkara yang muslimat kene jaga tapi muslimin tak kene jaga..???
macam maner nak built akhlaq solehah dalam diri dengan cara yang paling mudah+ringkas..?
then mar terbaca article neyh lagi sekali..
baru saya faham..eheheh~

untuk mempunyai akhlaq muslimah solehah itu gampang..
 
  1. Jaga pandangan
  2. Jujur
  3. Suburkan sifat Malu
  4. Selalu beristighfar
  5. Mempraktikkan Islam dalam seluruh kehidupan
  6. menjaga sifat tawadhu' bagi mengeratkan lagi ukhuwwah
  7. menjaga kesucian diri
  8. sentiasa berwudhu'   
nampak senang kan?
cuba 1 hari kita praktikkan jaga pandangan sahaja..
secara 100%, tidak melihat yang haram bagi kita..
amacam boleh?

pilihan di tangan anda..
pilihlah dengan bijak =)
 
 



untuKmu...bersabarLah wahai remaja..~

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~

Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.






Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.

~credit to rhymee~





--------------------------------------------------------------------------------



Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.


Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya tak nak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah. 

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.




Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.

Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya.




 Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.


Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaan SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.

Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:

Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)


Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.



(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."





--------------------------------------------------------------------------------



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."
“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

Dengan suara yang lembut abang tu jawab:
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:




"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji tak nak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

" Zina hati?” Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."


Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."



Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."

Tiba-tiba saya terfikir,

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,

"Ata kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."


"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."




Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..


SENDING..



MESSAGE SENT



Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.





--------------------------------------------------------------------------------



Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..



Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.



Lagi satu,



Jangan cari cinta manusia,



ia penuh dengan penipuan,



kekecewaan,



dan tak kekal..







Tapi carilah cinta Allah..



tiada penipuan,



tidakkan pernah mengecewakan



itulah cinta abadi..



Cinta yang diredahai..







-Yang Terakhir- "


Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.



TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA...





--------------------------------------------------------------------------------



*artikel ini pernah disiarkan di iLuvislam. Namun penulis telah mengedit semula isi kandungannya dan disiarkan kembali, khas di iLuvislam.com.



*umairzulkefli merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam. Kini merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan di Universiti Teknologi Petronas.

credit to :



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dari mar sendiri..
personally, memang suka sangat article niey,
kronologi kisah dia memang menjadi..
penulisan agak teratur dan hebat..
i wish  i have a friend yang macam fasi tuey..sangat hebat!
and i'm quiet sure, most of us pernah mengalami pengalaman yang samer..
biler mar bace article neyh, mar rasa part yang paling lawak..

"Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

hikhikhik~
pernah ader pengalam kan... =)

neway..
pilihan di tangan anda..
buatlah pilihan yang terbaik

Keluhan hati seorang Da'ie..~

Letih.
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?
Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.





Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?


Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.


(At-Taubah:111)


Credit tO :




Thursday, September 24, 2009

viDeo2 menariK sepanJang prOG. AsnaF =)

Dalam pertengahan tahun neyh mar dan beberapa sahabat2 fasi menjalankan 5 buah program buat adik2 Darjah 6. Di sini mar nak kongsikan beberapa video lucu sepanjang program kami ... =)





sian adik neyh nak makan..




ha..tenggelam adik tuey..reza tlg selamatkan..~








hahaha..~







no camera plzzz!













~..miss them very much!..~



p/s : nak tgk lebih banyak gambar... plz visit my facebook (ya_ammurah@yahoo.com)




Sebatan : HuDud vs CiviL



Sebatan Cara Islam


  • panjang rotan tidak melebihi 1.22 meter, tebal tidak melebihi 1.25

  • jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak

  • sebatan tidak boleh kena muka, kepala, berut, dada atau bahagian sulit

  • pesalah lelaki disebat berdiri manakal perempuan dalam keadaan duduk
  • sebatan dengan kekuatan sederhana

  • tukang sebat tanpa mengangkat tangan melebihi kepala

  • tidak melukakan kulit pesalah

















Sebatan Cara Civil


  • Rotan yang digunakan terdiri dari pelbagai saiz

  • pesalah akan di tanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat

  • pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja

  • bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat

  • pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yag dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan

  • sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus

  • sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan

  • sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar







Maklumat dari akhbar siasah

=)






Saya bukan mengumpat, tapi..~

bismillahirrahmanirrahim..~


Suatu hari ader seorang sahabat mengadu masalah peribadi dier pada sahabat mar, syifa'...


"sampai hati syifa', Fatma (bukan nama sebenar) kutuk saya kat kawan2 rumah yang lain, padahal saya tak pernah wat jahat kat dier. sebenarnyer satu rumah tuey semua dah tak tahan dengan dier, arietu dak2 rumah lain semua ngadu kat saya pasal dier..."

syifa' senyap jer...


'Ya ALLAH macam maner neyh?
aper yang perlu aku buat, nak cut the conversation kesian..
sahabat aku ini sedang hadapi masalah yang besar dalah hidupnyer,
aper yang dia perlukan hanyalah teman berbual..
berbual..? tapi ini da macam mengumpat..'



sedang dier rancak bercakap, tetiba ader tazkirah di radio
"sesunguhnyer dosa orang yang mengumpat dan mendengar umpat sama sahaja,"
syifa' tersenyum..~ sungguh ALLAH itu maha mendengar luahan hati...=)
bukan syifa' tak nak dengar, tapi takut akan dosa yang dah sememangnyer banyak..='(



dan ALLAH ajar mar lagi, selang beberapa hari sedang kami rancak berborak, salah seorang sahabat kami mengeluarkan statement yanga gak menyentap perasaan.


"maaflah Nasuha (bukan nama sebenar) hehe tadik borak dengan Kak Wan (bukan nama sebenar jugak) dulu Nas pun bukan pandai kemas rumah, tapi kami yang lain neyh tak de la kepoh"


Walaupun niat dier bukanlah nak mengutuk Nas, tapi bila Nas neyh tahu di belakag dier sahabat2 duk cakap tentang keburukkan dier, mesti dier terasa kan...cuba bayang kalau benda yang sama berlaku pada kita..

siapa suka keburukkan diri di canang kan?
sebaiknyer sebagai sahabat kita perlu menegur secara berhikmah...

pastu mar fikir balik...macam maner pulak biler kiter nasihat orang lain, tetapi menggunakan kesalahan orang lain sebagai contoh mudah untuk di fahami..macam... biler kiter nak nasihat mad'u..contohnyer, Zulaikha menasihati adik usrahnyer fatihah,

"ye la..biler kiter neyh menggalas tugas sebagai da'ier, berpakaian ala2 muslima solehah, dengan tudung labuh, jubah..kiter kene la berperwatakkan seperti muslimah jugak..kene jaga akhlaq .. contohnyer tak boleh la macam kak mar tuey, pakai jubah, tapi gelak kuat2.. kalau orang lain tengok..hilang la thiqah pada da'ie.." (kisah ini adalah rekaan, sahabat2 sayer sume baik2 belaka)


niat Zulaikha hanya untuk memberi contoh yang mudah digambarkan oleh mad'unyer, tetapi cuba kalau mar dengar...musti kecik atiey kan..


kadang2 kiter laju dalam menyampaikan dakwah, dengan menghafal pelbagai dalil, tapi kadangkala kiter terlupa dalam kalam kiter tuey, ader yang tak sepatutnyer di ungkapkan...


aper sahaja bentuk yang kiter sebut, yang boleh membuat sahabat kita kecil hati..

hatta kita bukan nak mengumpat..
aper yang kiter cakap itu ialah perkara common pada sahabat tuey sendiri..
contohny...


"..ye la dia kan gemuk pendek.."
"..ye la dia kan jenis yang cakap banyak.."


atau aper sahaja perkara yang boleh melukakan hatinya..sebaiknyer kiter jauhi..
bayangkan kalau ia diperlakukan kepada kita? =)





seperti yang mar ambil dalam buku Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan ALLAH tulisan Abu Talhah Iqamuddin,


Seksaan ke atas orang yang suka mengumpat


selanjutnyer Nabi s.a.w menyaksikan orang yang sedang mencakar wajah dan dadanya dengan kukunya sendiri, pada saat itu kukunya telah berubah menjadi kuku tembaga.

melihat akan keadaan mereka itu, Nabi s.a.w bertanya kepada Jibril ; Siapakah mereka wahai Jibril?

Jawab Jibril ; mereka adalah perumpamaan orang yang suka mengumpat dan mendedahkan aib dan rahsia orang lain kepada orang lain. (sama ada kepada perseorangan tanpa hak atau kepada umum)

Orang yang suka mengumpat, mendedahkan aib dan rahsia orang lain kepada orang lain, sama seperti dengan memakan daging orang itu. Perbuatan tersebut boleh merosakkan nama baik seseorang yang telah di umpatnya itu, juga boleh merosakkan perpaduan umum.

Imam Tirmizi meriwayatkan hadith daripada Abi Darda' bahawa Nabi s.a.w ; Siapa yang memelihara kehormatan saudaranya di belakangnya, maka ALLAH akan memelihara dirinya daripada api nerakak di hari kiamat kelak."

Maksud perkataan 'memelihara kehormatan saudaranya di belakang' ialah tidak mengatakan sesuatu tentang diri saudaranya ketika ketiadaannya yang boleh menjatuhkan aibnya.

Firman ALLAH s.w.t.

"Akan dimasukkan ke dalam neraka Wail orang yang suka mengumpat dan mencerca orang lain," (Surah Al-Humazah)

Sabda Nabi s.a.w ; Sesungguhnya ALLAH amat benci kepada orang yang jahat lidahnya (suka mengumpat, mencaci, memfitnah dan menyakiti orang lain.


(Riwayat Tarmizi)

so...=) aper kater mulai hari neyh kita sama2 buang tabiat lame kiter, walaupun bukan dengan niat mengumpat...

kiter jauhkan dari mengata perkara yang buruk tentang sahabat kita..demi kebaikkan ummah..
sayangkan ukhuwah tak??? =)

pilihan di tanggan anda, buatlah pilihan yang terbaik!


jOm kiter ambiL iKtibar dari videO cLip neyh...









~..SaLam ukhuwah fiLLah..~

tHe enD

Saturday, September 19, 2009

Yeayea rayer Lagi..~

AidilFitri menjelma lagi... =) untuk kami sekeluarga aidilFitri kali ini agak kurang serinya, mungkin jugak kerana keluarga alang+pak ngah keduanya tidak ada di sini bagi meraikan hari bahagia ini bersama. Tinggallah kami, wan+atOk dan pak cik LiLi..nasib baik ader pak cik LiLi huhu nanti kalau pak cik da kawen..?

atau juga mugkin kerana semua sudah kepenatan dari semalam bekerja =0 dan ader yang ke Jalan TAR sampai demam2. tue lah ALLAH Ya Sam' Ya Basir =)

Seusai makan2 rendang+ lodeh (yang mar+wan+kak yanti wat semalam pergh!) dan kuih raya yang sangat enak~ marveles!! agenda seterusnyer (selain dari kutip duit raya eheh~) kami menziarahi pusara moyang kami...

di kubur tadi mar melihat kemeriahan dan pesta melaram di sana sini...bukan mengutuk (nanti orang kater takder duit hahaha) tetapi aidilfitri ini seolah2 di sambut dengan cara yang tidak sepatutnyer...

pasti ramai yang sedar Ramadhan bukan sekadar bulan untuk berpuasa..tetapi sekhusunyer mentarbiyah (latih) diri dalam mengawal hawa nafsu. Seperti dalam khutbah raya di masjid negara pagi tadi, Rasulullah SAW + para sahabat menyambut ramadhan dengan peperangan Badar & Fathul Makkah. Namun kita pada hari ini lebih lagi..peperangan kiter lebih besar kerana kiter memerangi hawa nafsu kiter sendiri...

pernah mar dapat email dari sahabat ESQ, indah sekali puitisnyer...
di bulan yang mulia ini, ngak ada syaitan yang menghasut ato memujuk kita
ngak bisa disalahin syaitan lagi
kerna kira kita membuat keji itu
datangnya dari diri kita sendiri 

dan apakah kita menyambut kemenangan kita dalam mengawal hawa nafsu dengan memenuhi semua kemahuan hawa nafsu kita??? nampaknya kita kalah pada tamrin bulan ramadhan ini..~

mulai hari ini...bukan sahaja aidilFitri, tetapi di dalam keseluruhan hidup kiter..bersederhanalah...
nak kawen pun kene bersederhana..dush!
dan semoga peningkatan iman yang berjaya kita lakukan sepanjang bulan ramadhan
dapat kiter istiqamahkan sepanjang masa =)


peaCe! nO war =)

Salam AidiLfitri & MaaF Zahir Batin
dari kami sekeluarga

p/s : naK sOlat dzuhur pastuey sambung cekau duit rayer..eheh elaun tahun terakhir~


Friday, September 18, 2009

Hidayah itu miliK ALLAH..~

Last week mar dapat msg from sumone, katernyer nak jumpa, she's really need advise for her personal problm..erm~. actually from the first tym kami jumper..mar da agak da yang mar akan ter'involve sama dengan personal prob dier...bukan tak nak tolong, cuma..agak berat atiey..mungkin juga angkara persepsi..

arh..sudah lah..pergi jea..setiap pertemuan yang ALLAH aturkan pasti ada sebabnyer, mungkin ALLAH pilih mar untuk membantu dier..moga2..

time of appointment : 11 a.m
place of appointment : Pusat Islam Ibnu Khaldun

9 a.m
DH2-02-13

sedikit sebanyak mar dah mula resah..takut andai2 mar tersalah kater, tersalah bagi advise (saye neyh pun bukan rasional sangat..herm..) lebih2 lagi sekarang dalam proses mentarbiyah diri untuk mengawal segala hala percakapan dan pendengaran...

mar cuba mengandai beberapa permasalahan serta persoalan yang bakal di tanya..and reflect balik beberapa info hasil perbincangan dengan ummi & sahabat2. Alhamdulillah, before diz kami pernah wat open discussion, jadik tak derlah mar bagi advise yang bodo2 jerk kat sahabat ney..kurang2nyer those ilmu ader bukti dan dalil. mar selak jugak beberapa buku, e.g maza ya'ni, air mata lautan kasih, la tahzan, dan keindahan seorang wanita. Mar yakin..besar maner pun problem, penyelesaiannyer kiter perlu balik kepada perkara asas..iaitu hati.

10.30 a.m
Baby-Blue

mar mula bergerak ke tempat kejadian
hati tak putus2 berdzikir mengungkapkan nama ALLAH yang terindah..
tak takut andai d anggap bodoh @ sesaudara dengannyer..
namun takut andai tersalah bagi nasihat..atau tersalah niat tatkala memberi nasihat
takut juga andai nasihat yang di beri lebih memabwa mudarat dari kebaikkan..
aku berserah padaMu Ya ALLAH..~

11.00 a.m
Pusat Islam Ibn. Khaldun

dia da lama menunggu...alhamdulillah, air mukanya tenang, sedikit sebanyak mendamaikan hati neyh...mar minta izin tuk solat sunat. Teringat dalam ceramah Pak AaGym, walau aper pun kiter nak buat mintak pada ALLAH dulu, solat sunat dulu..



selepas solat sunat dhuha, mar buat lagi satu solat sunat, meminta pertolongan dan moga di alirkan ilmu serta di lancarkan muamalah kami..

seusai solat, mar terus berjumpa dengannya, kesian dah menyebabkan dier tunggu lama...
"em..macam maner..? aper masalahnyer..?" serius..i'm not good in diz matter..ader ke intro straight foward tanyer camtue..tanyer la dulu, khabar dier ker, ader kelas tak lepas neyh..erm~ dush3

dia nampak kaget nak mulakan muamalah neyh, agaknyer terkezut dengan soalan mar..
"kak mar..tak der doa dulu ker..?"

dush! kene lagi =)

(dalam hati..saya da doa la tym solat tadik..hehe)
"em boleyh lah..." mar bace doa penerang hati + doa rabitah... =) hati sudey gabra..



kami mula berdiskusi...dia mula menceritakan tentang perihal keluarganya sehingga lah berkait kepada masalah hati yang melibatkan seorang muslimin. jauh di hati mar sangat sedeyh..(campur sikit2 mara) sangat besar ujian bagi mereka yang mempunya masalah hati. Mar tak malu kater saya pernah menghadapinyer, twice time..and i would not repeat it again (by insya ALLAH). apa yang mampu mar simpulkan, dia kurang mendapat perhatian yang sewajarnyer. Bukan memerlukan perhatian penuh dari setiap individu, (tuey mencapub namernyer) tapi sekurang2nyer people around her should aware dengan kehadiran dia, dan layan dia seperti mana insan lain selayaknyer di layan, tak perlu layanan istimewa, tapi cukuplah layanan sebagai seorang sahabat =).

mar faham perasaan dier..mar ingat lagi, suatu masa ketika di sekolah menengah, ramai yang memanggil mar dengan jolokan 'gedik'. by in tym (might be) 15 years old...saya tak tau pun maksud gedik tuey, do i born untuk di panggil gedik??? (mara dah neyh, nak terpelanting2 keyboard). saya sangat2 mara dan sedey ketika itu..where is frens? where is ukhuwah? padahal saya sekolah agama..kenapa tidak ader yang menegur or at least teach me macam maner i supposely behave? where ust and ustazah (especially) suppose to guide me..the only thing dat i could remember only sindiran sinis dari mereka..macam tuey ker cara Rasulullah ajar kiter??....dan mar akan sentiasa ingat, insan2 yang bersama2 dengan saya..tak kisah la, mereka neyh baik ker jahat ker, pengawas tak pengawas (pengawas pun samer jer). ahmad ridzwan (sory sbb tak msg ko da...da masanya kiter mengenal batas syar'ie antara kiter..cukup2 lah aku buat ko berdosa gee~), nawar zoughbi (thankz 4 everything..), kak tie ( maafkan mar selalu...).

tapi..mar tak boleyh salahkan mereka sebenarnyer (cheh! da abes2 kutok...) dalam umur itu, mar sepatutnyer da matang dalam menilai aper yang baik dan buruk dalam diri. At least mereka memberi saya pengalaman dan pengajaran, kalau tak saya bukan mardhiya ahmad yazid yang sekarang..echeh!


gambar sekadar hiasan

eayh neyh da len entry neyh..ok sambung balik...

then mar try suggest 4 solutions for her..tapi awal2 mar da sebut..
"tapi ngan kak mar neyh senang jer..kalau rasa nak bincang ngan kak mar, usahakan perkara yang kak mar usulkan. Kalau setakat nak borak2 bodo jer, kak mar tak minat. Kak mar ader kuiz pukul 2 neyh, baik kak mar study.." cheh sajer2...bukan marah sangat pun, tapi mar nak dier ambil serius atas segala perkara ini.

point bila kiter  menghadapi masalah ialah = berhadapan dengan masalah + cuba selsaikan

bukan...
 berhadapan dengan masalah + membincangkan tak abes2
kalau macam neyh jadiknyer = masalah yang kecil menjadi besar...~

4 point tersebut :

  1. Solat sunat. biler teringat jerk dier, solat sunat kalau after subuh+asar baca Al-Quran


  2. 3M (macam yang dalam MQ) mulakan yang mudah, mulakan hari neyh, mulakan dgn diri sndiri


  3. jaga kebersihan diri. biar kawan2 kiter tak suka kita..kalau diri kita ok+bagus, orang lain akan suka berkawan dengan kita


  4. pelajari & ikuti sunnah rasulullah, sesungguhnyer dia adalah sebaik2 qudwah =)

panjang da kan entry neyh...tak larat nak bace.. =) tapi tak abes lagi

selang sehari-2 lepas tuey saya dapat msg...
'....kak mar saya tak boleyh...'

kali neyh saya betul2 mara..geraam sangat! maner ader orang boleh berubah dalam masa sekerat hari @ 2 hari..
mar tak reply msg dia. nanti kan mar reply kene dia =) hehe
seusai solat asar..mar tafakur jap..mohon ketenangan dari ALLAH, marah neyh masalah hati gak neyh...
ALLAH sungguh aku tak layak di gelar da'ie
aku tak mampu pikul tugasan ini...

namun ALLAH berfirman dalam surah Al-Imran: 104
"dan hendaklah kamu di anatar segolongan umat yang menyeru kepada kebaikkan, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegahdari yang mungkar ; merekalah orang2 yang beruntung "

daie ini adalah satu tugasan bukan pilihan ~

jadi baru mar teringat kata2 yang sering kita dengar..
tugas kiter adalah menjadi da'ie, mengajak ke arah kebaikkan & mencegah kemungkaran
tugas memberi hidayah itu adalah milik ALLAH..
ha.. dah jangan nak sibuk2 =)