Wednesday, September 30, 2009

erti hidup pada memberi..~

edited on friday, october 2th, 2009 (1:25 pm)
untuk memudahkan ummi faham..huhu~
sian tau anak ummi neyh... ehe =)



Bismillahirrahmanirrahim...=)

begitu banyak perkara yang berlaku 2-3 hari neyh..
terasa terlalu padat 24 jam yang ALLAH beri
semoga kita menginfakkan setiap saat yang kita ada untuk beribadah kepadanya... =)


Tarikh : 28 Sept 2009 (Isnin)
Masa   : 3 - 5 petang
Tempat : Pusat Islam Ibnu Khaldun @ Balai Islam

Hari neyh mar balik muadzam. Sebetulneyr nak gerak dari KL pukul 9 pagi, tapi sebab jalan jammd teruk sangat, kami keluar dari sungai besi in almost 11 am. Semalam da la saya tidu lambat...herm~ setelah melalui hampir 4 jam perjalanan yang memenatkan, kami tiba di muadzam shah tercinta pada pukul 3 petang...sangat penat.Petangnya dalam pukul 5 mar dah janji ngan seorang adik muslimat neyh, mar letak jer sebagai sayangku A..meluangkan masa, mendengar perkongsian masalah dia. Nak tak nak, sebab dah janji, pergilah, ini kali ke-2 kami bertemu (dalam bahasa inahnyer dating lah hehe~). Kali ini mar kurang bersedia berbanding kali pertama dulu, yea penyampaian atau info apa yang sesuai untuk di kongsi. Alhamdulillah, dengan bantuan dari ALLAH perbincangan kami berjalan dengan lancar, segala pujian2 bagi ALLAH, setiap jawapan mar pada soalan beliau seumpamanya di atur, semoga perbualan kami mampu membantu dia dalam menguatkan kaki di jalan Ilahi.. =)



Tarikh : 29 Sept 2009 (Selasa)
Masa   : 11 pagi
Tempat : Dalam class SM (tym break)

Entah knapa, pagi neyh asik teringat kat ummi jer, ntah mungkin kerana gelang ummi yang cantik ini berada di tangan kanan ku hehehe. Bila class break jer, mar terus talifon ummi..em~ padanlah, kesian ummi ALLAH sedang menguji iman ummi dengan dugaan demi dugaan, moga ummi menjadi lebeyh tabah. Mar tak tahu aper nak cakap, sbb besenyer ummi yang nasihat kami adik beradik. em, mar cuba jugak lah goreng sket2,  moga semangat ummi tak cepat jatuh.  Walaupun mar di Muadzam, sedikit sebanyak terkesan di hati Mar apabila ibu sendiri di lukai... Ummi mar bukanlah super women, ustazah apatah lagi, beliau hanya ingin berkongsi kesedaran sedikit sebanyak yang beliau alami, mungkin inilah sedikit sebanyak usaha beliau dalam membantu pembentukkan ummah berteraskan islamiyyah. agak sukar untuk mengeluarkan peristiwa itu dari kotak fikiran mar..mar terus berfikir dan berfikir..sehingga di rumah...


Masa   : 2 petang
Tempat : Desasiswa Harmoni

sahabat serumah mar, sayangku B mempunyai masalah dengan beberapa sahabat beliau, mar pusing. tapi sedikit sebanyak kami cuba la mengeluarkan iadea yang ntah aper2 ntah.. =) namun harap2nyer hasil perbincangan kami, moga dia dapat menyelesaikan permasalahan beliau sebijak mungkin.


Masa    : 5 petang
Tempat : Desasiswa Ilmiah

petang tuey, sepatutnyer mar ader janji nak gie jogging dengan beberapa adik junior, tetpai dpat msg dari seorang sahabat, sayangku C mintak mar datang ke rumah nya dengan segera. runsing! mar sendiri tak boleyh fikir, aper agaknyer permasalahan dia kali neyh..~ mar terus ke rumahnya..jogging?! terpaksa mar batalkan. sesampainyer di rumah dia..rupa2nyer derang nak jamu kek pada mar.. =) sabar jer.. actually! i don't like suprises!! plzz keep remind dat.. =) mar tak marah derang, mungkin sahaja niat dernag nak having good tym together. Sekali lagi, ALLAH memperlihatkan mar satu masalah, em~ berkenaan seorang sahabat sayangku C sekali lagi buat mar runsing seketika..terlalu banyak yang berlaku hari ini sehingga buat mar rasa nak nanges, Ya ALLAH dengarlah pengaduan hatiku ini...~ 


Masa   : 10 Malam
Tempat : Desasiswa Harmoni

Malam tuey, dalam pukul 10, mar dapat msg dari seorang junior, sayangku D memerlukan nasihat dan pandangan atas permasalahn beliau. sebetulnya mar sudah ada janji dengan orang len malam tue, mar mintak dia datang lewat sedikit. Beliau datang pada pukul 12.oo malam, kami berbincang panjang..sedeyh..beliau dengan masalah beliau sendiri. letih..kami habis berbual sampai pukul 1.45 pagi..

tiba2 mar teringat, adik yang jumpa mar pada hari isnin tuey, sayangku A nak jumper mar lagi esok pagi(hari Rabu)..mar hantar msg pada dia.. mar mintak maaf sangat. bukan mar tak nak jumpa..tapi mar rasa, tak sepatutnyer setiap kali dia berhadapan dengan masalah, dia terus adu pada mar...seharusnya adu dulu pada ALLAH.. ='( mar harap dia faham, 2 kali pertemuan sebelum ini, mar banyak menekankan tentang cinta Ilahi, mar sendiri belum betul2 faham mengenai cinta Ilahi (mahabbatillah) tetapi masih mencari. dan kita jangan jemu mencari, jangan sandarkan cinta@kebergantungan pada manusia, kelak nanti kita akan kecewa.. =(


tika hendak melelapkan mata, mar cuba muhasabah apa yang berlaku sehari dua neyh..

mar tak tahu..

cuma yang mar tahu. erti hidup pada memberi..
semoga tidak sedikit pun hati mar lari dari niat lillahi ta'la...

sejujurnyer..yea mar penat..sangat penat
dan takut...

kenapa takut?
mar merasakan orang disekeliling mar sedang di uji ALLAH
tetapi kenapa mar tidak di uji..?
apakah mar jauh dari cinta ALLAH???

mar adukan perasaan hati neyh pada ili..
kater Ili..

"mungkin Allah tidak uji mar, supaya mar hadir dalam hidup mereka dan membantu mereka menyelesaikan masalah mereka.."

syukran jazilan ili.. =)

mar mohon sahabat2 tak salah sangka..
bukan mar nak kater semua orang adu masalah kat mar..
macam mar PRS plak kan.. hehe
baru beberapa orang..
cumanya ianya berlaku dalam masa 2 hari dan ianya terlalu pack..

tetapi satu yang mar pelajari..
seperti apa yang sering di ungkapkan oleh Ust Hasrizal Jamil @ Saiful Islam
Erti Hidup Pada Memberi

hidup kita akan lebih bermakna sekiranya kita maanfaatkan hidup kita untuk orang lain..
sebelum neyh mar hanya dengar
tapi kali neyh ALLAH kasi mar tuk aplikasikan

terima kasi Ya ALLAH =)
mar hanya manusia biasa
moga tidak ader su'uzhan antara kita..

salam ukhuwahfillah =)