Monday, September 7, 2009

aKhLaQ mULia

Assalamualaikum,

Seharusnya kita mempunyai akhlak yang mulia. Apatah lagi kita orang yang saban hari membaca al-quran setiap hari lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Tidak cukup dengan itu, kita bertadabbur dengannya. Maka sudah tentunya kita memahami apa yang dianjurkan oleh al-quran berkenaan akhlak.

Setiap minggu, kita mentazkiyyah jiwa kita dengan perjumpaan di kalangan orang yang terpilih. Kita juga sibuk ke sana sini menyampaikan isi-isi al-quran dan hadis kepada mereka yang menjadi tanggungjawab kita (Usrah). Segala ayat dikupas supaya memberi bekas ke dalam jiwa-jiwa yang mendengar.

Apakah semua usaha ini mampu membentuk akhlak yang baik untuk kita?

Aku terkesan dengan akhlak sahabatku seorang pelajar Mesir, jurusan syariah. Penuh dengan senyuman, redha sahaja apa yang diberi padanya. Ucapan terima kasih tidak putus-putus diungkapkan. Tawaduk dalam setiap tindakan dan tidak sama sekali merendah-rendahkan orang lain.

Kita? Mungkin ilmu tidak setinggi mana, tapi sudah berani menghukum orang lain sewenang-wenangnya. Amal tidak sehebat mana, tetapi banyak memperlekehkan usaha orang lain.


Masih banyak yang perlu kita perbetulkan. Akhlak yang buruk itu adalah jahiliyyah dalam diri.

Timbulnya banyak masalah di dalam lingkungan kita sewaktu mengharungi jalan ini adalah berpunca dari buruknya akhlak kita.

Merasakan kita sahajalah yang betul (ego), tidak boleh menerima teguran orang lain, memendam rasa (sikap hasad) apabila ada sesuatu yang tidak mengikut kehendak hati kita dan banyak lagi yang tak mampu aku ungkap semuanya di sini.

Semoga akhlak kita adalah akhlak al-quran.

Sekiranya aku berkelakuan sebaliknya, maka tegurlah aku. InsyaALLAH telah kusediakan sikap berlapang dada dengan apa jua jenis bentuk teguran. Walaupun aku dimarahi dan dimalukan.

Bukankah itu selemah-lemah tahap ukhwah? Bukankah itu tanda kecintaan seorang saudara kepada saudaranya yang lain?

Peringatan untuk diri……

Credit tO the writter