Saturday, September 19, 2009

Yeayea rayer Lagi..~

AidilFitri menjelma lagi... =) untuk kami sekeluarga aidilFitri kali ini agak kurang serinya, mungkin jugak kerana keluarga alang+pak ngah keduanya tidak ada di sini bagi meraikan hari bahagia ini bersama. Tinggallah kami, wan+atOk dan pak cik LiLi..nasib baik ader pak cik LiLi huhu nanti kalau pak cik da kawen..?

atau juga mugkin kerana semua sudah kepenatan dari semalam bekerja =0 dan ader yang ke Jalan TAR sampai demam2. tue lah ALLAH Ya Sam' Ya Basir =)

Seusai makan2 rendang+ lodeh (yang mar+wan+kak yanti wat semalam pergh!) dan kuih raya yang sangat enak~ marveles!! agenda seterusnyer (selain dari kutip duit raya eheh~) kami menziarahi pusara moyang kami...

di kubur tadi mar melihat kemeriahan dan pesta melaram di sana sini...bukan mengutuk (nanti orang kater takder duit hahaha) tetapi aidilfitri ini seolah2 di sambut dengan cara yang tidak sepatutnyer...

pasti ramai yang sedar Ramadhan bukan sekadar bulan untuk berpuasa..tetapi sekhusunyer mentarbiyah (latih) diri dalam mengawal hawa nafsu. Seperti dalam khutbah raya di masjid negara pagi tadi, Rasulullah SAW + para sahabat menyambut ramadhan dengan peperangan Badar & Fathul Makkah. Namun kita pada hari ini lebih lagi..peperangan kiter lebih besar kerana kiter memerangi hawa nafsu kiter sendiri...

pernah mar dapat email dari sahabat ESQ, indah sekali puitisnyer...
di bulan yang mulia ini, ngak ada syaitan yang menghasut ato memujuk kita
ngak bisa disalahin syaitan lagi
kerna kira kita membuat keji itu
datangnya dari diri kita sendiri 

dan apakah kita menyambut kemenangan kita dalam mengawal hawa nafsu dengan memenuhi semua kemahuan hawa nafsu kita??? nampaknya kita kalah pada tamrin bulan ramadhan ini..~

mulai hari ini...bukan sahaja aidilFitri, tetapi di dalam keseluruhan hidup kiter..bersederhanalah...
nak kawen pun kene bersederhana..dush!
dan semoga peningkatan iman yang berjaya kita lakukan sepanjang bulan ramadhan
dapat kiter istiqamahkan sepanjang masa =)


peaCe! nO war =)

Salam AidiLfitri & MaaF Zahir Batin
dari kami sekeluarga

p/s : naK sOlat dzuhur pastuey sambung cekau duit rayer..eheh elaun tahun terakhir~