Thursday, September 24, 2009

Saya bukan mengumpat, tapi..~

bismillahirrahmanirrahim..~


Suatu hari ader seorang sahabat mengadu masalah peribadi dier pada sahabat mar, syifa'...


"sampai hati syifa', Fatma (bukan nama sebenar) kutuk saya kat kawan2 rumah yang lain, padahal saya tak pernah wat jahat kat dier. sebenarnyer satu rumah tuey semua dah tak tahan dengan dier, arietu dak2 rumah lain semua ngadu kat saya pasal dier..."

syifa' senyap jer...


'Ya ALLAH macam maner neyh?
aper yang perlu aku buat, nak cut the conversation kesian..
sahabat aku ini sedang hadapi masalah yang besar dalah hidupnyer,
aper yang dia perlukan hanyalah teman berbual..
berbual..? tapi ini da macam mengumpat..'



sedang dier rancak bercakap, tetiba ader tazkirah di radio
"sesunguhnyer dosa orang yang mengumpat dan mendengar umpat sama sahaja,"
syifa' tersenyum..~ sungguh ALLAH itu maha mendengar luahan hati...=)
bukan syifa' tak nak dengar, tapi takut akan dosa yang dah sememangnyer banyak..='(



dan ALLAH ajar mar lagi, selang beberapa hari sedang kami rancak berborak, salah seorang sahabat kami mengeluarkan statement yanga gak menyentap perasaan.


"maaflah Nasuha (bukan nama sebenar) hehe tadik borak dengan Kak Wan (bukan nama sebenar jugak) dulu Nas pun bukan pandai kemas rumah, tapi kami yang lain neyh tak de la kepoh"


Walaupun niat dier bukanlah nak mengutuk Nas, tapi bila Nas neyh tahu di belakag dier sahabat2 duk cakap tentang keburukkan dier, mesti dier terasa kan...cuba bayang kalau benda yang sama berlaku pada kita..

siapa suka keburukkan diri di canang kan?
sebaiknyer sebagai sahabat kita perlu menegur secara berhikmah...

pastu mar fikir balik...macam maner pulak biler kiter nasihat orang lain, tetapi menggunakan kesalahan orang lain sebagai contoh mudah untuk di fahami..macam... biler kiter nak nasihat mad'u..contohnyer, Zulaikha menasihati adik usrahnyer fatihah,

"ye la..biler kiter neyh menggalas tugas sebagai da'ier, berpakaian ala2 muslima solehah, dengan tudung labuh, jubah..kiter kene la berperwatakkan seperti muslimah jugak..kene jaga akhlaq .. contohnyer tak boleh la macam kak mar tuey, pakai jubah, tapi gelak kuat2.. kalau orang lain tengok..hilang la thiqah pada da'ie.." (kisah ini adalah rekaan, sahabat2 sayer sume baik2 belaka)


niat Zulaikha hanya untuk memberi contoh yang mudah digambarkan oleh mad'unyer, tetapi cuba kalau mar dengar...musti kecik atiey kan..


kadang2 kiter laju dalam menyampaikan dakwah, dengan menghafal pelbagai dalil, tapi kadangkala kiter terlupa dalam kalam kiter tuey, ader yang tak sepatutnyer di ungkapkan...


aper sahaja bentuk yang kiter sebut, yang boleh membuat sahabat kita kecil hati..

hatta kita bukan nak mengumpat..
aper yang kiter cakap itu ialah perkara common pada sahabat tuey sendiri..
contohny...


"..ye la dia kan gemuk pendek.."
"..ye la dia kan jenis yang cakap banyak.."


atau aper sahaja perkara yang boleh melukakan hatinya..sebaiknyer kiter jauhi..
bayangkan kalau ia diperlakukan kepada kita? =)





seperti yang mar ambil dalam buku Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan ALLAH tulisan Abu Talhah Iqamuddin,


Seksaan ke atas orang yang suka mengumpat


selanjutnyer Nabi s.a.w menyaksikan orang yang sedang mencakar wajah dan dadanya dengan kukunya sendiri, pada saat itu kukunya telah berubah menjadi kuku tembaga.

melihat akan keadaan mereka itu, Nabi s.a.w bertanya kepada Jibril ; Siapakah mereka wahai Jibril?

Jawab Jibril ; mereka adalah perumpamaan orang yang suka mengumpat dan mendedahkan aib dan rahsia orang lain kepada orang lain. (sama ada kepada perseorangan tanpa hak atau kepada umum)

Orang yang suka mengumpat, mendedahkan aib dan rahsia orang lain kepada orang lain, sama seperti dengan memakan daging orang itu. Perbuatan tersebut boleh merosakkan nama baik seseorang yang telah di umpatnya itu, juga boleh merosakkan perpaduan umum.

Imam Tirmizi meriwayatkan hadith daripada Abi Darda' bahawa Nabi s.a.w ; Siapa yang memelihara kehormatan saudaranya di belakangnya, maka ALLAH akan memelihara dirinya daripada api nerakak di hari kiamat kelak."

Maksud perkataan 'memelihara kehormatan saudaranya di belakang' ialah tidak mengatakan sesuatu tentang diri saudaranya ketika ketiadaannya yang boleh menjatuhkan aibnya.

Firman ALLAH s.w.t.

"Akan dimasukkan ke dalam neraka Wail orang yang suka mengumpat dan mencerca orang lain," (Surah Al-Humazah)

Sabda Nabi s.a.w ; Sesungguhnya ALLAH amat benci kepada orang yang jahat lidahnya (suka mengumpat, mencaci, memfitnah dan menyakiti orang lain.


(Riwayat Tarmizi)

so...=) aper kater mulai hari neyh kita sama2 buang tabiat lame kiter, walaupun bukan dengan niat mengumpat...

kiter jauhkan dari mengata perkara yang buruk tentang sahabat kita..demi kebaikkan ummah..
sayangkan ukhuwah tak??? =)

pilihan di tanggan anda, buatlah pilihan yang terbaik!


jOm kiter ambiL iKtibar dari videO cLip neyh...









~..SaLam ukhuwah fiLLah..~

tHe enD