Wednesday, January 13, 2010

Team-Building Nisa' Gombak (part 3)

movie : the caravan of pride

ke-esokkan harinyer, kami mulakan aktiviti kami dengan menonton filem The Caravan of pride, buat sahabiyah2 yang sayangkan Rasulullah AW, mar sarankan untuk menonton filem neyh. Its a good movie merealisasikan kepada kita bagaimana keluarga Rasulullah di layan dengan kejam dan zalim sekali ketika Islam di bawah pimpinan Yazid.

   sepanjang tengok citer tuey, mar terfikir..pada zaman dahulu..muslimin/mat sangat berperang dengan mempertaruhkan nyawa mereka demi keluarga Rasulullah SAW. Kita hari ini, apa yg kiter lakukan demi mempertahankan peninggalam Rasulullah SAW iaitu Al-Quran & sunnah. Apakah kita mengamalkan sunnah beliau dalam kehidupan seharian kita...?



PEMBENTANGAN 

selepas merehatkan minda dengan tayangan yang cukup bermakna tadi, kini kami kembali fokus dengan perancangan kami bagi tahun 2010. Setiap unit membentangkan perbincangan mereka dan sedikit sebanyak di tambah oleh sahabaiyah2 yang lain. Pelbagai program di susun atuer, meliputi semua aspek dari sudur pendidikan, sukan, kesenian, networking, usrah dan sebagainya. Seandainya kita mampu menggerakkan perancangan2 ini sebaik mungkin, kita adalah jemaah Nisa yang hebat. Kerana pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang bukan sahaja mampu merancang, malah melaksanakan sebaik mungkin. Dan setiap antara kita adalah pemimpin.


RESOLUSI

kami akhir Team-Building kali ini dengan game 'body language', game ini mengajar kami untuk sentiasa peka atas setiap perubahan sahabat2 kami. Agar kita saling bantu-mambantu dalam manaikkan semangat masing2 untuk gerak kerja dakwah ini =)

semoga team-building kali ini terkesan di hati setiap sahabiyah2 =) dan semoa setiap perancangan ini mampu di laksanakan atas redha dan kehendak Ilahi