Wednesday, January 13, 2010

Team-Building Nisa' Gombak (part 1)

Alhamdulillah, weekend lepas Nisa' Gombak berjaya menganjurkan Team-Building Nisa' Gombak bagi merangka gerak kerja sepanjang tahun nie. Dalam program team building yang lepas, kak fida (UPK Nisa' Gombak) ada menyarankan kepada kami untuk menguasai 4P, aper tuey 4P? mar rasa ramai yang dah dengar fOrmula femes kak Fida sebelum2 neyh,

4P ialah :
  • Peka isu
  • Penulisan
  • Public Speaking
  • Public Relation
jadik menyahut saranan dari Kak dayah (UPI Nisa'Gombak) dalam meluaskan penulisan sebagai wadah dakwah dan cuba mengaplikasikan formula2 yang amat menarik dari kak Kak Fida, mar ambil peluang neyh utk berkongsi sedikit sebanyak  kenangan dan pengalaman kami sepanjang 2 hari di Team-Building Nisa' Gombak.

Alhamdulillah, pagi tuey kami manage tuk berkumpul di Petronas Batu Caves seperti yang dijanjikan, credit to kak Zz & Kak Yati yang sempat sampai tepat pada masanya. Semoga ianya menjadi aspirasi untuk kita nisa' gombak,  kelak =) Maju dan terus Laju (tagline kak Fida)

TA'RUF

Modul pertama kami ialah ta'aruf kawan di sebelah kami, well it's good method of ta'aruf seperti yang sering di ungkap2kan, kawan itu merupakan cermin bagi diri kita. Dari method ta'aruf neyh, kita boleyh lihat sisi sudut pandangan sahabat terhadap diri kita sendiri =)

MELUKIS WAJAH SAHABIYAH

selepas itu kami di minta untuk melukis wajah sahabat yang kami ta'arufkan =) pelbagai gelagat serta aksi yang terzahir di kanvas A4, namun aper yang penting setiap antara kita cuba beri yang terbaik buat sahabat masing2.

MAKE-UP

selesai bergelak ketawa dengan lukisan masing2, modul seterusnya lebih menarik lagi...kami di minta untuk make-up kan wajah sahabat kami tadi. Padahal, semua sedia maklum yang kami tidak arif langsung dengan alat2 solek ini, dan kebanyakkan dari kami tidak menggunakan alat2 solek. Tapi atas kehendak ALLAh, seorang shbiyah telah meng'sponsor' alatan2 solek ini, macam2 ader..eyeliner, blusher, compact powder, foundation, lipstick.Jadi setiap orang mengambil peluang ini untuk mencuba satu pengalaman baru.

   Allahu rabbi..mar tak pernah bayang pun yang mar akan menyentuh bendalah2 tuey (betapa rigidnyer saya). Pada mulanya, mar menyolek sahabat yang mar ta'arufkan, Kak Suhailah Hamzah @ Acu..mar mintak maaf sangat2 kat Acu, mar memang tak pandai & tak berani mencuba alat2 solek neyh. Mar hanya menyolek tipis jer, sedikit foundation, bedak silky girl & lips balm (yg berwarna sikit)... sbb tu jer yg mar bese guna.

   Tiba saat mar di solek, juru mekap mar yang terhandal, kak Dekma menyolek mar dengan sepenuh hati & perasaan. Subhanallah, terasa sangat rendah diri, Kak Dekma melakukan tugasan yang di amanahkan dengan bersungguh2, walaupun tugasan yang remeh, tetapi beliau melaksanakan denan cara yang terbaik sekali. Semua alat mekap di aplikasikan ke wajah mar dengan sesempurna mungkin. Beliau mengajar mar, tak kira di mana pun position kita sebagai daie ini, lakukan dengan bersungguh2 =)

BRAINSTORM SETIAP UNIT

da seronok main make-up 2x, seusai solat dzuhur & makan tengahari, kami adakan perbincangan bagi setiap unit di dalam Nisa' Gombak. Alhamdulillah,ALLAH beri peluang untuk mar masuk di dalam unit Pembangunan Insan. Mar bersyukur, semoga beradanya di dalam unit neyh mendekatkan setiap langkah di dalam mengenali serta merasai kenikmatan cinta Ilahi. Di pimpin pula oleh 2 tokoh hebat, Kak dayah (ketua UPI Nisa' Gombak @ Biro Modul Teambuilding Nisa') & Kak Mariam (Ketua Nisa' Hulu Kelang). Pada mulanya mar agar blur dengan kondisi serta keperluan UPI (sehingga tertidur di buatnyer hahaha), tetapi alhamdulillah selepas di bantu oleh 2 org kakak yang hebat neyh, saya pun terbangun dari lena hee~ Pelbagai peragkaan di buat untuk usrah Nisa, teen circle dan beberapa program lain. Mar happy sbb kak dayah & kak mariam menerima Buku menuju Personaliti Rabbani  tulisan dr. Hilal Al-Majdi sbg buku usrah, semoga kita boleyh kongsi kecintaan ini dengan sahabiyah2 lain.

to be continue : team-Building Nisa' Gombak (part 2)