Saturday, March 12, 2011

Hidup adalah pilihan, bersedia untuk memilih =)

  
Setiap wanita mahu menjadi cantik, kecantikkan dan wanita terlalu sukar untuk di pisahkan. Malah dalam Islam sendiri mengalakan umatnya untuk sentiasa berpakaian kemas dan menjaga kebersihan.

   Ini di buktikan di dalam suatu kisah,  ketika Rasulullah saw bersiap-siap dengan kemas ketika hendak bertemu dengan Uthman B. Affan. Rasulullah bersiap lebih dari biasa, kemuadian sahabat2 baginda bertanya akan perilaku baginda, lantas Rasulullah menajwab ;

"Ini kerana aku ingin bertemu dengan sahabatku Uthman, sedangkan Uthman sangat kemas orangnya, " 

Terasa sangat pedih hati dengan agenda orang kafir dalam merendahkan martabat seorang muslimah. dan kita sendiri kalah dengan keinginan untuk kelihatan cantik dan dilihat cantik oleh orang lain. 


Sangat sedih apabila sebilangan dari kita merendahkan martabat agama kita hanya kerana ingin dilihat sebagai up to date dan berintelektual tinggi hanya kerana luaran kita. Apalah gunanya kalau kita maju dari segi luaran, tapi kolot dari sudut pemikiran?

Cuba kita lihat, beberapa gambar di bawah, yang mana menjadi pilihan kita? Orang yang macam mana kita nak jadi =)




















Bak kata Maher Zain : We're muslima and we're not boring
Pilihan di tangan anda, pilihlah dengan bijak =)