Saturday, March 12, 2011

Bahagianya Hidup Seorang Guru

Syukur ke hadrat Allah swt yang memahami sudut hati setiap hambaNya lebih dari diri hamba itu sendiri.
Lalu Dia hadirkan liku-liku pentarbiyahan di dalam bentuk ujian, supaya hambaNya menjadi lebih maju lagi dari hari ke sehari.
Jangan kata kita beriman, selagi kita tidak di uji. Lantas untuk membuktikan yang kita beriman, pastikan kita cermelang dalam setiap ujian.
  

   Hampir sebulan yang lepas, mar menggantikan posisi kak nani sebagai cikgu di tadika ummi. Perasaannya sukar untuk mar bayangkan. Setiap hari bertemu dengan mereka, anak-anak, merupakan di antara nikmat terindah yang Allah hadirkan dalam hidup mar. Suka untuk mar kata, saya sangat gembira menjadi guru kepada mereka. Walaupun mereka hanyalah kanak-kanak kecil, sedikit pun mar tak pernah rasa pekerjaan sebagai guru tadika merupakan pekerjaan yang remeh atau bertaraf rendah. Pada mar setiap guru, tak kiralah guru tadika, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, guru private tuition, mereka sepatutnya berbangga menjadi seorang pendidik. Merekalah kotak ilmu bagi anak-anak, tempat di mana anak-anak memulakan langkah untuk berjaya. 

   Memulakan pagi bersama-sama dengan anak-anak merupakan nikmat indah yang Allah kurniakan dalam hidup mar. Melihat wajah-wajah mereka yang sangat polos, adakalanya begitu teruja untuk belajar, dan adakalanya kurang bersemangat dan keletihan. Ini semua memberikan mar inspirasi untuk lebih maju lagi pada keesokkan hari. Di peringkat tadika ini, Allah temukan mar dengan anak-anak yang hebat. Seringkali mereka utarakan soalan2 yang yang sangat menguji minda, kadangkalanya soalan2 yang lucu dan adakalanya soalan yang mar sendiri pusing, di mana skema jawapanya.

   Pernah sekali, salah seorang anak saya, Afia Addena bertanya " Cikgu, kenapa cikgu pakai tudung panjang?" saya sendiri pusing, bagaimana perlu saya menjelaskan pada anak sekecil ini
   Dan pernah juga, salah seorang anak saya yang sedikit nakal, Zamarul bertanya " Cikgu, kenapa renda tudung cikgu warna lain-lain. Mana ada orang pakai macam nie, buka-buka!"

Ini memperlihatkan kepada kita, betapa sensitifnya anak-anak kepada persekitaran mereka, walau dalam usia sekecil ini.



   Seringkali saya lihat, ketika anak-anak sedang bermain. Mereka sering memainkan watak ibuabapa mereka. Contohnya, Maryam yang mempunyai ibu seorang businesswomen pernah menunjukkan lagak bercakap dalam talifon sambil berkata 'ok2, i on the way nak ker airport' Teringat pula saya pada Lutfi yang mempunyai seorang ayah yang agak 'macho', ketika lutfi sedang bermain sebagai doktor beliau bercakap dengan suara yang 'slow and steady' 'emm...awak kurang sihat nie, saya bagi ubat..nanti awak makan yer'. Saya terfikir, budak nie, dah besar nanti musti ramai muslimat yang cair...moga-moga Allah beri kekuatan iman kepada dia.


Hari ini, mar terserempak dengan 2 orang guru muslimat sekolah rendah Al-Amin, ketika sedang menggambil adik-adik pulang sekolah. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang, dan mereka baru punch card keluar untuk pulang. Selang hanya 4-5 langkah, sekumpulan pelajar berteriak memanggil mereka, mar boleh lihat betapa cerianya wajah mereka menyambut panggilan anak-anak murid mereka. Sedangkan, pastinya mereka sudah sangat penat mengajar anak-anak.

24 jam tidak cukup

Kerjaya sebagai guru ini, bukan sekadar masuk pukul 8 pagi dan keluar pukul 5 petang. Bukan sekadar mengadap komputer, bukan sekadar perlu mengerah pemikiran kritis. Namun kerjaya ini seumpamanya, kita mengadakan training course setiap hari. Setiap kali melangkah masuk ke kelas, seorang guru perlu bersedia dari sudut material, bahan untuk di ajar, teknik untuk mengajar di dalam kelas supaya anak-anak tidak bosan dan pastinya keluar dari kelas dengan se'belambak' kerja anak-anak untuk di periksa. Dan esoknya? mereka perlu mengulangi perkara yang sama. Itu kita belum ambil kira berapa kelas yang akan beliau masuk setiap hari, dan berapa subjek pula yang di ajar. Kita tak sebut lagi tentang kerja-kerja tambahan yang perlu di pikul, seperta ko-kurikulum, program2 sekolah, dan sebagainya. Dan kita belum bincang tentang masalah-masalah pelajar yang perlu beliau fikir-fikirkan.


   Berada di Tadika Islam Ehsan, membuatkan mar berasa sangat bangga kerana di beri peluang oleh Allah untuk mencorak hidup anak-anak, walau dalam ruang yang kecil ini. Barulah mar faham, betapa bahagianya menjadi seorang guru. Setiap hari, Allah memuliakan seorang guru dengan ilmu malah pada mar sendir, di sini ALLAH mentarbiyah dan membentuk akhlaq seorang guru itu sendiri.  Anak-anak ini sebenarnya sangat telus dan suci. tak kiralah mereka di peringkat mana pun, saya yakin mereka pasti boleh di bentuk. dan percayalah..kenalakan2 mereka ini sebenarnya suatu mesej dari Allah. Allah sememangnya sengaja membiarkan kita berhadapan dengan kenakalan2 mereka, supaya  kita mempelajari sesuatu darinya, dan mempraktiskannya.

June 2010