Saturday, June 26, 2010

Ta'adud Jamaah @ Kepelbagaian Jemaah

Ta'adud Jamaah
Ta'adud jemaah itu berasal dari perkataan "adad" iaitu bilangan dan kiraan dalam bahasa Arab manakala perkataan jamaah itu bermaksud kumpulan, himpun atau kumpul. (lihat Lisan Arab oleh Ibn Manzur ra m/s 118 Jilid 6). Sumber http://blogs.muxlim.com/Salaf82/permasalahan-taadud-jamaah-hukum-berbilang-jamaah-jemaah-dan-huk/

    Hari nie, mar tak berniat nak berkongsi banyak atau mengupas panjang tentang kepelbagaian jamaah ini. Mar sendiri kurang arif, malah sangat tidak adil kalau mar mengeluarkan 'fatwa' sendiri, sedang mar sendiri belum kaji habis tentang jemaah-jemaah Islam lain di Malaysia ini.

   Tapi apa yang ingin mar kongsikan hari ini, merupakan pandangan umum namun mudah untuk kita praktikkan . Alhamdulillah kebelakangan ini, mar di beri peluang untuk terlibat sama di dalam beberapa program yang melibatkan Pas dan beberapa jemaah Islam lain. Dan apa yang menyedihkan apabila masih ada sifat assobiah di antara kita. (mungkin mar salah definasi maksud assobiah). Mudah faham kita masih terbelenggu dengan mentaliti, aku dengan jemaah aku, dan engkau dengan jemaah engkau. Di mana dakwah fardiah yang di tekankan di dalam usrah-usrah kita sebelum ini?

   Mar bukan nak menyatukan jemaah-jemaah ini seperti 1 Malaysia @ 1 Jemaah. Mar tahu itu sukar. Malah menjadi tidak adil. Mar akan kata jemaah mar betul, begitu juga dengan ahli jemaah yang lain. Tetapi tak salah kalau kita saling mengikat hati antara satu sama lain. Seperti mana kita cuba menerima perbezaan 4 mazhab. Mana tahu, walau dalam perbezaan pendapat & fahaman dalam jemaah ini, kita masih mampu berganding tenaga untuk memastikan Daulah Islamiyyah terbentuk di muka bumi Malaysia ini. Malah bukankah itu diantara matlamat dalam jemaah kita masing2. Memastikan amar maaruf wa nahi munkar terlaksana dengan jayanya.

Gambar sekadar hiasan. Sempena musim Bola =)

   Suka mar perjelaskan, mar bercakap dari sudut konteks jemaah di luar kampus. Mar tak berani mengulas apa yang berlaku sebenarnya dengan jemaah di dalam kampus. Sebab kampus mar sendiri tidak punya masalah dengan taadud jemaah. Tapi mar membuka konteks jemaah di luar, di realiti yang sebenar.

  Mungkin ader di antara pendapat serta pengertian mar yang salah. Mar minta maaf. Saya hanyalah insan kerdil yang cuba menyalakan semarakan kekuatan Islam di dalam hati. Seandainya saya di kira sebagai saudaramu =) maka tegurlah dengan hikmah, sesungguhnya saya adalah manusia yang sedikit ilmu.

yuk buka minda
dan buka peluang untuk bersaudara =)