Friday, June 18, 2010

mencari B E R K A T

mencari B E R K A T
(bacalah dengan hati yang terbuka. Ikhlas mencari sesuatu yang dingin demi menenangkan hatimu)
 
apakah bila kiter menjauhi ALLAH...kita menjangkakan kehidupan kiter akan mendapat keredhaan & keberkatanNya?

apakah bila kiter membuat ibu kiter terluka...kiter merasakan yang kita akn mendapat keredhaan & keberkatanNYa?

apakah bila kiter tidak mlaksanakn amanah (yang di tugaskan oleh ALLAH) dgn sebaiknya...kita akn mendapat keredhaan dan keberkatanNYa

Sama dgn, kita memaksa orang itu mncintai kiter, jasad orang itu kiter dpt tp cinta & hatinya? apakah milik kita?

kembali kpd mencari berkat
rezeki itu dapat, tetapi apakah ALLAH akan menghalakn rezeki yang memberi kebaikkan kpd kt?
sedangkan kita tahu hanya ALLAH yang mengatur rezeki kita malah hanya DIa yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita jua sebaliknya.

'Ya ALLAH jangan Kau limpahkan kami dengan nikmat, kemudian biarkan kami dalam kekufuran'

PENTING KER KEBERKATAN NIE?
teringat kepada suatu kisah yang menarik di dalam buku 'Di Atas Sejadah Cinta'

Kritikkan Puteri Imam Ahmad
Suatu hari guru kepada Imam Ahmad, Imam Syafi'e datang bertamu di rumah Imam Ahmad. Puteri Imam Ahmad sangat teruja, kerana sebelum2 ini kehidupan beliau di hiasi dengan cerita2 yang indah berkaitan dengan Imam Syafie. Namun masih ada beberapa perkara yang Imam Ahmad musykil dengan Imam Syafie, setelah satu malam memerhatikan secara menyeluruh gaya kehidupan Imam Syafie di rumahnya. Diantaranya berkaitan dengan K E B E R K A T A N

Puteri Imam Ahmad bertanya kepada bapanya,
'ku lihat waktu makan, beliau makan dengan banyak sekali,'
lalu Imam Ahmad mendapatkan penjelasan dari Imam Syafie, jawapan Imam Syafie
'memang benar aku makan banyak dan itu ada alasanya. Aku tahu makanan yang kau hidang itu halal. aku juga tahu lau adalah orang yang pemurah dan dermawan. MAKA AKU MAKAN DENGAN SEBANYAK-BANYAKNYA. SEBAB MAKANAN YANG HALAL ITU BANYAK BERKAHNYA.Dan makan makanan orang yang pemurah adalah ubat. Lain dengan makan makanan orang yang bakhil, itu membawa penyakit. AKU MAKAN BANYAK KERANA KERANA BERHARAP MENDAPAT BERKAH YANG BANYAK JUGA BERHARAP MENDAPAT UBAT.
B E R K A T ini bermaksud BAHAGIA, BERUNTUNG, BERTAMBAH & BERKEMBANG .
Ar-Raghib Al-Isfahani mendefinasikannya sebagai :

البركة : ثبوت الخير الإلهي في الشيء

Ertinya : “ Keberkatan itu ialah tetapnya kebaikan Ilahi di dalam sesuatu “.

Maka jelaslah “ MENGAMBIL BERKAT “ pula ialah : “ Mengharapkan datangnya kebaikan daripada Allah Ta’ala dari sesuatu yang dipercayai mempunyai nilai-nilai keberkatan “.
(rujuk http://qaasasaqidahtauhid.blogspot.com/2008/12/apa-maksud-berkat.html)

sebab itu, kita bukan sahaja mengharapkan rezeki dari ALLAH..
tetapi rezeki yang mempunyai keberkatan (rujuk kepada doa2 lazim yang sering kita baca, contohnya doa makan)



Contoh paling mudah untuk kita sama2 muhasabah, kisah adik Nik Nur Madihah, Pelajar cemerlang SPM 2008 yang mendapat 20A. Teringat satu ungkapan dari ayah beliau, (ayat dia lebih kurang macam ni lah)
'saya tak memberi apa-apa yang istimewa duat dia (madihah), tetapi yang penting sy akan memastikan apa yang masuk di dalam mulutnya adalah sesuatu yang halal sumbernya'

di sini bukti betapa pentingnya keberkatan itu, rezeki yang berkat mampu memberi kecemerlangan kepada diri individu tersebut.

~Jum jadik Muslim Cemerlang!!!~