Tuhan....
jadikanlah kami
berkasih sayang
untuk redhamu
jadikanlah kami berkasih sayang
hanya untukmu redhamu.....
kita hidup ini hendaklah berkasih sayang
kasih sayang adalah keperluan
kita hidup hendaklah berkerjasama
kerjasama membawa kemajuan
agama dan bangsa
bertolak ansur jadikan budaya
janganlah fikirkan diri kita sahaja
bertolak ansur boleh membawa hidup harmoni
hidup hormani semua orang memerlukannya
jadikanlah Allah tempat merujuk
rujuk didalam sebuah perkara
inilah caranya keselamatan hidup kita
keselamatan hidup di dunia & di akhirat
Allah suka kita hidup aman damai
Bermaaf-maafan Allah juga suka
nasihat kita jangan dilupakan
Itulah cara mengingati perkara berguna
dengarkan.. pesanan ini menjadikan
pegangan hidup kita semua
Tuhan sentiasa bersama kita
Kemana saja kita pergi
Sentiasa dipimpinnya