Sunday, February 21, 2010

Spiritual Trip tO Bandung (Feb 2010)

Allah itu maha perancang, dan Dialah sebaik2 perancang dalam kehidupan kita. Maka berserah diri lah pada Allah.

Tarikh untuk ke bandung makin hampir, entah kenapa...sedikit pun hati tidak teruja.
'rasa macam nak tangguh trip neyh, banyak nyer kerja nak kene selsaikan...'

sebulan neyh, jiwa terasa sangat terganggu, iman turun tak naik2..dugaan~ mar perlukan masa bersendiri. Kesibukkan kerja mengikat masa untuk bersama dengan Tuhan. argh~ tapi apa yang mampu mar lakukan...

mar meninggalkan malaysia, dengan hati yang sangat berat. mar cuba untuk sentiasa tersenyum..tetapi sekali sekala, air wajah mar berubah rupa. Kasihan sahabat2 mar yang sentiasa berusaha menggembirakan mar, terima kasih tak terhingga atas keprihatinan mereka...maafkan kelemahan temanMu ini.
Tiada duka @ lara yang terpendam di hati, tiada cemburu atau perasaan kecil hati. Namun entah kenapa, hati menjadi kacau. Teringat kata2 ust Dzul Khairi,
"Sekiranya saya berhadapan dengan masalah, ini bermaksud saya bermasalah dengan Tuhan saya"

mar cuba mengreflek diri, kesilapan2 yang mungkin terlupa untuk aku memohon ampun...
dan keadaan cuba untuk memuhasabah diri, teringat di antara bai2 lagu Opick
"hati kan menjadi tenang bila mengingati ALLAH"

sepanjang perjalanan, mar memohon ampun pada Allah, dan memohon agar di berikan ketenangan hati serta di lapangkan dada agar mudah untuk menerima pembelajaran sepanjang trip kali nie. AMat rugilah seandainya mar tak mampu mempelajari apa pun sepanjang perjalanan kali ini.

ikhlas dalam membantu
Maha suci Allah, sedikit sebanyak Allah membuka mata mar betapa cantiknya Indonesia.
Di Indonesia, mereka di ajar untuk saling bantu-membantu tanpa mengharapkan balasan. Sebagai contoh, di Malaysia..apabila ada 2 kereta betembung di jalan yang sempit, dan kereta A memberi laluan kepada kereta B. pemandu kereta A pasti mengankat tangan sebagai tanda terima kasih. Sekiranya pemandu A tidak angkat tangan, pasti pemandu B akan kater 'tak berterima kasih langsung~'

tapi berlainan di Indonesia yang rata2 mempunyai jalan yang kecil, tiada budaya 'angkat tangan sbg tanda terima kasih'. Dan mereka bukan seperti kita di Malaysia, sekiranya ada 2 kereta bertembung, orang2 di sekeliling @ mungkin penunggang2 motor yang lain akan seikhlas mungkin membantu. Tidak sombong serta lokek untuk menghulurkan bantuan.

kreatif & praktikal
Disamping itu, mar lihat..orang2 Indonesia ini sangat kreatif, tetapi mereka bukan sahaja kreatif berangan malah mereka mengaplikasikannyer. Cuba kita lihat, sebagai muslimah, diantara alasan muslimat tak nak solat, sbb tak bawa telekung. Tapi di Indonesia, telekung boleh di bawa dalam beg yang keci dan comel, jadi tidak timbul masalah muslimat nak bawa telekung ke sini dan ke sana. Tambahan lagi, telekung di reka pelbagai corak dan warna bagi menarik lagi minat kaum muslimat. Cuba kita tengok tudung pulak, masalah bagi setiap muslimat, nak kelepek tudung, pin sana, sangkut sini. Tapi cuba tengok tudung2 Indonesia, cantik dan praktikal. Dan aper yang kita masyarakat melay buat? immitate...tapi kalau kater kiter tiru indonesia, marah.. =)

menjadi rendah diri dan buang segala keegoaan di hati
dan lagi satu yang mar perasaan, orang Indonesia neyh tak malu untuk mencari rezeki. Waktu kami kehujanan di factory outlet, kami tak mahu terlepas untuk ke kedai2 yang lain. tapi hujan terlalu lebat. kami lihat di luar kedai, ramai yang menghulurkan service untuk menghantar ke kedai lain (or any near destination) menggunakan payung dan bayaran bergantung berapa yang ingin di infak. Hatta ada anak seawal berusia 7 tahun, menghulurkan payung kepada kami =) bukan itu sahaja, kalau kita lihat di jalan raya, ketika macet (jammed) ramai yang akan datang ke kereta untuk menjual air mineral, suratkhabar dan sebagainya (macam delivery la pulak yea)

dan pelbagai pelajaran serta pengajaran lagi yang ALLAh beri sepanjang perjalanan di sana. semoga ALLAH sentiasa mendidik hati kita ini & memberi peluang untuk kita berlajar dari setaip sisi simpang perjalanan hidup kita.