Sunday, October 11, 2009

tiPs naK eLak mengumpat! jOm amaLKan!


Dalam hidup seharian,kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..

Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan..dikalangan lelaki pun apa kurangnya?

Maaf kaum lelaki,inilah kebenaran.Tapi cuba kita renungkan bersama..Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat,tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...

Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu..bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.

Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati..Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan???

Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni,tapi cerita..orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula..tapi kita sedar tak,perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.

Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri.MasyaAllah,sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!

Walaubagaimanapun pun,kita adalah hambaNya yang lemah.Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan,bukan nak buruk-memburukkan.

Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya,siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?

Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

1)Bila berkumpul dengan kawan-kawan..
dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.

Masa tu,kalau dah bersama,mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.

Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.

Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.

Masing-masing ada kekurangan.Cepat-cepat istighfar,sambil tu tegurlah kawan sama..Kalau tak dapat juga..sebaiknya kita pergi dari situasi ni.



2)Bila yang nak jadi moderator 'umpat2' tu kawan baik kita sendiri..

Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?

Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni..sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.

Tak payah lah cerita semuanya,tapi cuba fikir..rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga,lebih dari sepuluh?dua puluh?..jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang,sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.



3)Bila yang nak ajak mengumpat tu 0rang seni0r dari kita..

tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?

Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.sambil dia lafaz bait-bait mengata tu,kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.

Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas,supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya.InsyaAllah!



4)Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..

dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat,Jom ambil wudhu secara Tertib.

Masa nak kumur2 tu,bacalah doa.Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa..InsyaAllah.

Semoga dengan itu,segala niat buruk tu terbatal sendiri.



5)Kalau kita selalu terlupa tentangNya,apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat.Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?

Jadi..sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya..dengar bacaan alQuran ke..nasyid ke.

Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak..dah koyak ke..atau tersangkut kat mana-mana..

Sebab tu kita ada dua telinga..sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..



6)Bila nak mengata orang tu..cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu..agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..

Bila diumpat, boleh pula beri hadiah..siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan,paling tidak pun..mengutuk dan buat la ayat makin paling pedas untuk dia.

Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita..bila kita diumpat,tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat..ada yang nak bagi pendapat.supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.



Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...



7)Terakhir,Minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.Semoga dengan nikmat air tu,kita akan ringan untuk memujinya.



Banyak lagi tips yang ada..tapi semuanya bergantung pada niat.Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur..setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi. Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..

Credit tO :


Thursday, October 8, 2009

Real Art frOm Iman Maliki

Bismillahirrahmanirrahim..~
pOst neyh khas untuK maya yang suker meLukis..
sekali sekala sebaiknyer kiter merujuk kepada Pelukis muslim
nyata sekala mereka lebih berbakat
berbanding komik2 segala hala tuey..  ehehe~














emm~ nampak real kan... =) neyh ialah hasil karya dari pelukis Tehran, Iman Maliki namanyer..(kalau tak salah)

Surat Cinta Dari ALLAH..~

Bismillahirrahmanirrahim..~


akhirat itu...
Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha pengayang
Apabila terjadi hari kiamat
terjadinya kiamat itu tidak dapat disangkal lagi
Kejadian itu merendahkan satu golongan dan meninggikan golongan yang lain
apabila bumi digoncangkan sedasyat-dasyatnya, dan gunung-ganang dihancurkan luluh sehancur-hancurnya
maka jadilah dia debu yang berterbangan
dan kamu menjadi tiga golongan
iaitu golongan kanan. alangkah mulianya golongan kanan itu
dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu
dan orang2 yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu masuk syurga
mereka itulah orang yang dekat kepada ALLAH
berada dalam syurga kenikmatan

syurga itu...
segolongan besarnya dari orang-orang yang terdahulu
dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian
mereka berada di atas dipan-pan yang bertahtakan emas dan permata
seraya bertelekan di atasnyaberhadap-hadapan
mereka di kelilingi oleh ana-anak muda yang tetap muda
dengan membawa gelas, cerek dan piala berisi minuman yang di ambil dari air yang mengalir
mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk
dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih
dan daging burung dari apa yang mereka inginkan
dan di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang bermata sinar
laksana mutiara yang tersimpan baik
sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan
mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa
akan tetapi mereka mendengar ucapan salam

dan golongan kanan alangkah bahagianya golongan kanan itu
berada di antara pohon bidara yang tidak berduri
dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya
dan naungan yang terbentang luas
dan air yang tercurah
dan buah-buahan yang banyak
yang tidak berhenti buahnya dan tidak terlarang mengambilnya,
dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk
sesungguhnya kami menciptakan mereka bidadari-bidadari dengan langsung
dan kami jadikab mereka gadis-gadis perawan
penuh cinta lagi sebaya umurnya kami ciptakan mereka untuk golongan kanan
iaitu segolongan besar dari orang yang terdahulu
dan segolongan kecil dari orang yang kemudian


bagi neraka itu...
dan golongan kiri, siapakan golongan kiri itu
dalam siksaan angin yang amat panas dan air panas yang mendidih,
dan dalam naungan asap yang hitam
tidak sejuk dan tidak menyenangkan
sesungguhnya mereka sebelum itu hidup bermewah-mewah
dan mereka terus-menerus mengerjalan dosa yang besar
dan mereka selalu mengatakan "Apakah apabila kami mati dan menjadi tanah dan tulang-belulang, apakah sesungguhnyakami benar-benar akan dibangkitkan kembali?"
"apakah bapa-bapa kami yang terdahulu dibangkitkan pula?"
katakanlah : "sesungguhnya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian,
benar-benar akan dikumpulkan di waktu tertentu pada hari yang terkenal

kemudian sesungguhnya kamu hai orang yang sesat lagi mendustakan
benar-benar akan memakan pohon Zaqqum
dan akan memenuhi perutmu dengannya
sesudah itu kamu akan meminum air yang sangat panas
maka kamu minum seperti unta yangsangat haus minum
itulah hidangan untuk mereka pada hari pembalasan
kami telah menciptakan kamu, maka mengapa kamu tidak membenarkan kari kebangkitan
maka terangkanlah kepadaku tentang nutfah yang kamu pancarkan
kamukan yang menciptakannya
kami telah menetukan kematian di antara kamu dan kami sekali-kali tidak dapat dikalahkan
untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu dalam dunia dan menciptakan kamu kelak di akhirat dalam keadaan yang tidak kamu ketahui
dan sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran untuk penciptaan yang kedua?
maka terangkanlah kepadaku tentang yang kamu tanam
kamukah yang menumbuhkannya?, kami yang menumbuhkannya
kalau kami kehendaki, benar-benar kami jadikan dia kering dan hancur; maka jadilah kamu heran tercengang
sambil berkata: "sesungguhnya kami benar-benar menderita kerugian
bahkan kami menjadi orang yang tidak mendapat hasil apa-apa
maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum
kamukah yang menurunkannya ataukah kami yang menurunkannya?
Kalau kami kehendaki nescaya kami jadikan dia masin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur?
maka terangkanlah kepadaku tentang api yang kami nyalakan
kamukah yang menjadikan kayu itu atau kami-kah yang menjadikannya?
kami menjadikan api itu untuk peringatan dan bahan yang berguna bagi musafir di padang pasir


maka bertasbihlah dengan menyebut nama Tuhanmu yang Maha Besar
Maka aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang
sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamumengetahui
sesunggunya Al-Quran ini adalah bacaan yang mulia
pada kitab yang terpelihara (lauh Mahfuzh)
tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan
diturunkan dari Tuhan semesta alam
maka apakah kamu menganggap remeh sahaja Al-Quran ini?
kamu mengganti rezeki yang ALLAH berikan dengan mendustakan ALLAH
maka mengapa ketika nyawa sampai ke kerongkong
padahal kamu ketika itu melihat
dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kami. Tetapi kamu tidak melihat
maka mengapa jika kamu tidak dikuasai ALLAH
kamu tidak mengembalikan kepada tempatnya jika kamu adalah orang-orang yang benar
adapun jika dia orang yang mati, termasuk orang yang didekatkan kepada ALLAH
maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki sertta syurga kenikmatan
dan adapun jika dia termasuk golongan kanan
maka keselamatan bagimu kerana kamu dari golongan kanan
dan adapun jika dia termasuk golongan orang yang mendustakan lagi sesat
maka diam mendapat hidangan air yang mendidih
dan dibakar di dalam neraka
sesungguhnya yang disebutkan ini, adalah sesuatu keyakinan yang benar
maka bertasbihlah dengan menyebut nama Tuhanmu yang Maha Besar...


Al-Waqi'ah