Tuesday, November 16, 2010

anak-anaku..~

ANAKKU
Anak-anakku dengarlah…aku ingin membentuk diri ini untukmu. Aku mahu menjadi tauladan buatmu, mendidik mu dengan kasih dan sayang. Menjadi pemangkin supaya dikau sentiasa mencintai Rabbul ‘Aziz. Menyuburkan sunnah nabi dalam dirimu, menyerakkan ilmu pengetahuan di dadamu.
          Anak-anakku…kehadiranmu sangat aku nantikan, tapi entah kenapa belum rezeki kita untuk bersua.
          Mungkin ibumu ini belum bersedia
          Allah mengetahui segala-galanya
          Anak-anakku…aku berjanji hari ini untuk menjadi muslimah solehah, supaya saat kita bertemu nanti, ibumu mampu menjadi Qudwatun Hasanah.