Friday, July 2, 2010

tempat seorang wanita di sisi suami

coretan ringkas dari hati...~

Mar rasa ramai yang pernah dengar,  orang lain kata (bukan saya heee~)

   "Sebenarnyer memasak, basuh kain, kemas rumah tue bukan tanggungjawab kita, seorang isteri. kerja kita nie goyang kaki jer kat rumah, mengasuh anak2 dan melayan suami"

Dari mana frasa ini datang..saya pun kurang tahu...sbb sy sendiri pun kurang mengkaji Al-Quran & Hadith. 

  Tapi suka saya kongsikan selayang pandang, kisah ketika Rasulullah Saw mengahwinkan putri baginda, Fatimah Az-Zahra dengan Saidina Ali. Ketika hari berbahagia itu, Fatimah Az-Zahra mengenakan pakaian yang paling cantik, bersama beberapa tampalan di baju beliau. (sumber : Buku Indahnya Cinta Kisah Kekasih Allah tulisan Ezee Rahmani)

  Semenjak hari pertama perkahwinannya dengan Ali, beliau terpaksa mengerjakan seluruh tugas rumah tangga yang sangat berat ketika itu, bermula dari kerja menggiling bahan makanan dan membuat adunan roti  Beliau jugalah yang memproses dan memasak adunan roti tersebut.  Ini terjadi kerana suaminya tidak mampu mengupah pembantu untuk membantu Fatimah dalam menyelesaikan urusan rumahtangganya.  




Renungilah sahabat2, tempatmu di sisi seorang suami
Contohilah Fatimah Az-Zahra, ‘Ratu segenap wanita yang berada di syurga’