Saturday, June 26, 2010

Ta'adud Jamaah @ Kepelbagaian Jemaah

Ta'adud Jamaah
Ta'adud jemaah itu berasal dari perkataan "adad" iaitu bilangan dan kiraan dalam bahasa Arab manakala perkataan jamaah itu bermaksud kumpulan, himpun atau kumpul. (lihat Lisan Arab oleh Ibn Manzur ra m/s 118 Jilid 6). Sumber http://blogs.muxlim.com/Salaf82/permasalahan-taadud-jamaah-hukum-berbilang-jamaah-jemaah-dan-huk/

    Hari nie, mar tak berniat nak berkongsi banyak atau mengupas panjang tentang kepelbagaian jamaah ini. Mar sendiri kurang arif, malah sangat tidak adil kalau mar mengeluarkan 'fatwa' sendiri, sedang mar sendiri belum kaji habis tentang jemaah-jemaah Islam lain di Malaysia ini.

   Tapi apa yang ingin mar kongsikan hari ini, merupakan pandangan umum namun mudah untuk kita praktikkan . Alhamdulillah kebelakangan ini, mar di beri peluang untuk terlibat sama di dalam beberapa program yang melibatkan Pas dan beberapa jemaah Islam lain. Dan apa yang menyedihkan apabila masih ada sifat assobiah di antara kita. (mungkin mar salah definasi maksud assobiah). Mudah faham kita masih terbelenggu dengan mentaliti, aku dengan jemaah aku, dan engkau dengan jemaah engkau. Di mana dakwah fardiah yang di tekankan di dalam usrah-usrah kita sebelum ini?

   Mar bukan nak menyatukan jemaah-jemaah ini seperti 1 Malaysia @ 1 Jemaah. Mar tahu itu sukar. Malah menjadi tidak adil. Mar akan kata jemaah mar betul, begitu juga dengan ahli jemaah yang lain. Tetapi tak salah kalau kita saling mengikat hati antara satu sama lain. Seperti mana kita cuba menerima perbezaan 4 mazhab. Mana tahu, walau dalam perbezaan pendapat & fahaman dalam jemaah ini, kita masih mampu berganding tenaga untuk memastikan Daulah Islamiyyah terbentuk di muka bumi Malaysia ini. Malah bukankah itu diantara matlamat dalam jemaah kita masing2. Memastikan amar maaruf wa nahi munkar terlaksana dengan jayanya.

Gambar sekadar hiasan. Sempena musim Bola =)

   Suka mar perjelaskan, mar bercakap dari sudut konteks jemaah di luar kampus. Mar tak berani mengulas apa yang berlaku sebenarnya dengan jemaah di dalam kampus. Sebab kampus mar sendiri tidak punya masalah dengan taadud jemaah. Tapi mar membuka konteks jemaah di luar, di realiti yang sebenar.

  Mungkin ader di antara pendapat serta pengertian mar yang salah. Mar minta maaf. Saya hanyalah insan kerdil yang cuba menyalakan semarakan kekuatan Islam di dalam hati. Seandainya saya di kira sebagai saudaramu =) maka tegurlah dengan hikmah, sesungguhnya saya adalah manusia yang sedikit ilmu.

yuk buka minda
dan buka peluang untuk bersaudara =)

Friday, June 18, 2010

mencari B E R K A T

mencari B E R K A T
(bacalah dengan hati yang terbuka. Ikhlas mencari sesuatu yang dingin demi menenangkan hatimu)
 
apakah bila kiter menjauhi ALLAH...kita menjangkakan kehidupan kiter akan mendapat keredhaan & keberkatanNya?

apakah bila kiter membuat ibu kiter terluka...kiter merasakan yang kita akn mendapat keredhaan & keberkatanNYa?

apakah bila kiter tidak mlaksanakn amanah (yang di tugaskan oleh ALLAH) dgn sebaiknya...kita akn mendapat keredhaan dan keberkatanNYa

Sama dgn, kita memaksa orang itu mncintai kiter, jasad orang itu kiter dpt tp cinta & hatinya? apakah milik kita?

kembali kpd mencari berkat
rezeki itu dapat, tetapi apakah ALLAH akan menghalakn rezeki yang memberi kebaikkan kpd kt?
sedangkan kita tahu hanya ALLAH yang mengatur rezeki kita malah hanya DIa yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita jua sebaliknya.

'Ya ALLAH jangan Kau limpahkan kami dengan nikmat, kemudian biarkan kami dalam kekufuran'

PENTING KER KEBERKATAN NIE?
teringat kepada suatu kisah yang menarik di dalam buku 'Di Atas Sejadah Cinta'

Kritikkan Puteri Imam Ahmad
Suatu hari guru kepada Imam Ahmad, Imam Syafi'e datang bertamu di rumah Imam Ahmad. Puteri Imam Ahmad sangat teruja, kerana sebelum2 ini kehidupan beliau di hiasi dengan cerita2 yang indah berkaitan dengan Imam Syafie. Namun masih ada beberapa perkara yang Imam Ahmad musykil dengan Imam Syafie, setelah satu malam memerhatikan secara menyeluruh gaya kehidupan Imam Syafie di rumahnya. Diantaranya berkaitan dengan K E B E R K A T A N

Puteri Imam Ahmad bertanya kepada bapanya,
'ku lihat waktu makan, beliau makan dengan banyak sekali,'
lalu Imam Ahmad mendapatkan penjelasan dari Imam Syafie, jawapan Imam Syafie
'memang benar aku makan banyak dan itu ada alasanya. Aku tahu makanan yang kau hidang itu halal. aku juga tahu lau adalah orang yang pemurah dan dermawan. MAKA AKU MAKAN DENGAN SEBANYAK-BANYAKNYA. SEBAB MAKANAN YANG HALAL ITU BANYAK BERKAHNYA.Dan makan makanan orang yang pemurah adalah ubat. Lain dengan makan makanan orang yang bakhil, itu membawa penyakit. AKU MAKAN BANYAK KERANA KERANA BERHARAP MENDAPAT BERKAH YANG BANYAK JUGA BERHARAP MENDAPAT UBAT.
B E R K A T ini bermaksud BAHAGIA, BERUNTUNG, BERTAMBAH & BERKEMBANG .
Ar-Raghib Al-Isfahani mendefinasikannya sebagai :

البركة : ثبوت الخير الإلهي في الشيء

Ertinya : “ Keberkatan itu ialah tetapnya kebaikan Ilahi di dalam sesuatu “.

Maka jelaslah “ MENGAMBIL BERKAT “ pula ialah : “ Mengharapkan datangnya kebaikan daripada Allah Ta’ala dari sesuatu yang dipercayai mempunyai nilai-nilai keberkatan “.
(rujuk http://qaasasaqidahtauhid.blogspot.com/2008/12/apa-maksud-berkat.html)

sebab itu, kita bukan sahaja mengharapkan rezeki dari ALLAH..
tetapi rezeki yang mempunyai keberkatan (rujuk kepada doa2 lazim yang sering kita baca, contohnya doa makan)



Contoh paling mudah untuk kita sama2 muhasabah, kisah adik Nik Nur Madihah, Pelajar cemerlang SPM 2008 yang mendapat 20A. Teringat satu ungkapan dari ayah beliau, (ayat dia lebih kurang macam ni lah)
'saya tak memberi apa-apa yang istimewa duat dia (madihah), tetapi yang penting sy akan memastikan apa yang masuk di dalam mulutnya adalah sesuatu yang halal sumbernya'

di sini bukti betapa pentingnya keberkatan itu, rezeki yang berkat mampu memberi kecemerlangan kepada diri individu tersebut.

~Jum jadik Muslim Cemerlang!!!~

Sunday, June 13, 2010

wasiat Fauzan Attar buat Zahratul Jamilah

Bagi orang mukmin itu ada 3 tanda yang menjadi ciri khasnya    melakukan solat, berpuasa dan berzakat.
Bagi orang munafik ada pula tiga tandanya
   berpura-pura sayang apabila berhadapan, memfitnah di belakang dan girang apabila orang lain mendapat musibah.
Bagi orang zalim ada pula tiga ciri-ciri
   menggagahi org bawahannya dengan kekerasan, orang di atasnya dengan kederhakaan dan melahirkan kezalimanya dengan terang-terangan.
Bagi orang riyak ada 3 tandanya
   rajin apabila dia berada di hadapan orang ramai, malas apabila sendirian dan ingin di puji untuk semua perkara.
Bagi orang pemalas ada tiga tanda
   menunda-nunda waktu sampai sia-sia, mengsia-siakan kesempatan sampai luput dan melalaikan sampai berdosa.
Dan tidak pantas bagi orang yang berakal menonjolkan dirinya kecuali pada 3 perkara,
   berusaha untuk penghidupan, atau mencari hiburan dalam suatu perkara yang tidak terlarang, atau mengenangkan hari akhirat.


Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan, tidak ada harta yang lebih berharga daripada akal, tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (kagum kepada diri sendiri). Tidak ada kekuatan  yang lebih kuat daripada musyawarah, tidak ada iman yang lebih dekat daripada keyakinan, tidak ada warak yang lebih baik daripada menahan diri, tidak ada keindahan seindah budi pekerti dan tidak ada ibada yang melebihi tafakur.


Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riyak, penyakit budi pekerti adalah memuji diri, penyakit berani adalah agressif, penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian, penyakit cantik adalah sombong, penyakit mulia adalah menonjolkan diri, penyakit kaya adalah kikir dan penyakit agama adalah hawa nafsu.


Jauhkanlah dirimu daripada segala yang terlarang (haram), nescaya engkau akan menjadi orang yang paling abid dan berbakti di antara manusia. Bersikap relalah terhadap apa yang telah di berikan Tuhan kepadamu, nescaya engkau sekaya-kaya manusia. berbuat kebajikan terhadap tetanggamu, nescaya engkau menjadi mukmin sejati. Cinta kasihlah kepada manusia sebagaimana engkau sayang kepada dirimu sendiri, nescaya engkau jadi orang Islam Hakiki. Dan janganlah engkau terlalu banyak tertawa, kerana banyak tawa itu akan mematikan hati.


Jadikanlah ALLAH dan Rasul-Nya sebagai cinta sejati dan cinta abadimu, bukan Fauzan Attar


'sebarkanlah kasih sayang di muka bumi, agar dikasihi oleh yang di atas langit'


   kirimkan wasiat ini kepada Zahra setelah aku tidak berkirim surat kepadamu (Abd. Malik) selama satu bulan setengah bermula bermula tanggal ditulisnya surat ini. Kerana itu mengisyaratkan yang aku sudah tidak ada lagi di dunia ini.
Fauzan Attar

 

Monday, June 7, 2010

Kasih Seorang Ayah =)

Last day mar kat Tadika, seorang ayah datang membayar yuran transport anak beliau. Mengetahui yang anak beliau tak duduk bersama dengan ayahnya (sbb derang divorce, anak beliau duduk dengan mak), mar saja bertanya,

mar : encik dah tahu maryam dapat no berapa?
beliau : em..tak, nombor brapa?
mar : alhamdulillah nombor satu
beliau : yeker, syukur alhamdulillah (dengan mata yang berkaca)

sejurus keluar dari office, beliau memanggil anak beliau and hv a private communictn kemudian memeluk anak beliau beberapa kali. Di dalam kelas,

maryam : cikgu ma, ayah kiter kater kita anak yang pandai dengan solehah. mintak aje apa2 nanti ayah kita nak belikan.

   Alangkah bagusnya kalau semua parent mempunyai akhlaq seperti encik nie. Walaupun sudah bercerai tetapi beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab beliau. Dari sudut material mahupun rohani.



Dalam sebuah kisah yang berlainan...~
Suatu petang, mar berbual bersama dengan ayah dan ummi. Perbualan yang ringan tapi memberi quality di dalam perhubungan kami bertiga, kater orang aper..Quality Time.
saja mar menyakat ayah...
mar : ayah jangan...nanti lagi 2 tahun kalau kakak kawin ayah jugak yang paling sedih
ayah : eyh tolong sikit, ayah kesian jer. Bila tengok pak cik seman kawinkan anak perempuan dia, sian ayah tengok pak cik seman tue,
(mar duk pikir , naper lak kesian kan..sbb ayah kami nie suka bambu (pekena) kami.)
mar : naper kesian pulak ayah..? ok la aper dia kawinkan anak dia cepat2...
ayah : kesian..sbb nanti dia tak leh jumpa anak dia hari2...

   Dalam bahasa yang sangat halus, ayah memberitahu secara jelas perasaan dia...
   =) sebesar mana cinta dan kasih sayang lelaki yang wanita cari..
   ianya tidak akan menyamai kasih serta sayangnya yang terlalu besar dari seorang ayah =)

Beruntunglah bagi mereka yang masih bergelar anak.
Jadikan setiap masa sebagai detik yang berharga buat ibubapa kita