Thursday, April 22, 2010

mentaliti orang kita.grow up~

Alhamdulillah..
Semalam mar berpeluang mengikuti sahabat2 berjuang bersama2 untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Tapi hari nie, mar bukan nak  berkempen @ merayu undi, tapi berkongsi pengalaman bertemu dengan masyarakat2 penduduk di Hulu Selangor. Mar pasti, bukan semua orang H.S mcm nie, mungkin sebahagian @ segelintir shj. Namun dari jumlah yang kecil nielah wajar utk kita sama2 ambil iktibar.

Mar bertugas di UPU Ulu Yam Baru, kali pertama kami bertugas di kawasan perumahan Cina, sambutan yang diberi sangat menyenangkan. Mereka semua sangat warm & friendly, walaupun kami yang datang neyh hampir kesemuanya orang melayu.

Di sebelah pagi, cuaca sangat panas...mar memang tabik la sahabat2 yang bertugas dari hari ahad lagi. Di sebelah petang, cuaca menyebelahi kami..alhamdulillah, redup tapi tak hujan, berbanding pagi tadi teriknya bukan kepalang. Tapi seperti yang ALLAH janjikan, tiada jalan mudah di dlm memperjuangkan agama-Ku. Rupanya kami berhadapan dengan penduduk2 yang agak 'terik',
Kami : Assalamualaikum wrt..kak, mak cik, kami dari pakatan rakyat, apa khabar?

mak cik A : em..baik2

Kami : nak tanya, berapa orang yang boleh mengundi dalam rumah nie? mak cik mengundi?

mak cik A : tak..mak cik tak nak lah mengundi. Biar dua2 tak dapat. nie nak pilihan raya, baru nak jumpa rakyat. kalau sapa2 menang pun mak cik bukan dapat apa2 pun!

Kami : eh, jangan macam tu mak cik, kita kene mengundi. Supaya kita dapat hak kita yang sepatutnya. Kalau tak megundi, lagi tak dapat apa. Lagipun sepanjang PR memerintah selangor, banyak dah kemudahan yang kita beri pada rakyat. Air kalau RM11 ke bawah tak payah bayar, malah kita ada bantuan utk ibu tunggal dan mahasiswa

mak cik A :  alah mak cik besarkan anak2 18 tahun tak pernah dapat bantuan pun, 4 orang dah masuk universiti tak dapat bantuan pun

kami : tapi PR baru memerintah nak masuk 3 tahun. bantuan2 ini kami baru tawarkan. Yang selama 18 tahun tu bukan kami yang memerintah. mak cik dah daftar? kalau tak daftar memang tak dapat..sbb kami tak dapat maklumat.

mak cik A : alah, mak cik nak daftar zakat dulu, dia datang rumah..nampak jer astro, terus kata tak boleh..

kami : memang tak boleh mak cik, tawaran yang zakat bagi dan PR bagi tak sama. Kriteria yang zakat peruntukan memang sangat ketat. Tapi bantuan ibu tunggal, mahasiswa, memang kerajaan pakatan Rakyat ada tawarkan.

mak cik A :  alah sama jer, semua tu. Cakap jer lebih...

dan selanjutnyer..
dalam kami berjalan dari satu rumah ke satu rumah, ada sebuah rumah lagi yang mempunyai tanggapan yang sama

kami : abang bayar berapa bill air sebulan

abang B : RM 50-RM 80. em tak dapat apa pun sepanjang PR memerintah

=) sepatutnya kita sebagai warga negara Malaysia sedar keperluan untuk mengundi. Dari dulu hingga kini, mentaliti orang kita tidak dibebaskan, masih terkurung untuk meminta ehsan kerajaan @ subsidi. Kalau kita reflek pada 2 penduduk tempatan tadi, mereka tidak mahu mengundi bukan kerana PR melakukan kesalahan @ apa2 sahaja alasan yang menolak mereka dari memimpin kerajaan yang baik. Tapi mereka menolak PR @ menolak untuk mengundi kerana mereka merasakan kerajaan yang memerintah tidak memberi mereka bantuan apa pun.

jadi jikalau ader kerajaan baru yang dapat memberi kesenangan kepada rakyat, namun dalam masa yang sama membiarkan maksiat berleluasa dalam negara ini,mereka akan bersetuju dan menyokong kerajaan tersebut.

Seandainya, negara kita terjadi seperti negara Palestine, apakah kita mahu mempertaruhkan negara @ keislaman kita kepada Yahudi? atau kita akan memperjuangkannya?!

Mar pasti ramai yang akan kata, "eh~ janganlah kita jadi macam palestine," kita perlu faham, yang sedang terseksa di Palestine, itu saudara kita, ummat Islam jugak! Yang menjadikan mereka itu terseksa, adalah diri kita sendiri, sifat mementingkan diri yang bermaharajalela dalam diri kita!

seandainya mereka mampu faham, kerajaan itu hanyalah 'alat' bagi memastikan kita mampu hidup aman damai mengikut syariat ALLAH di dalam negara ini.

masyarakat kita hari ini masih jauh dari kesedaran perlunya kepada tuhan semsta alam. Malah bila kita reflek balik, masyarakat di negara kita tidak pernah membantah budaya hidonisme yang berleluasa di negara kita. Walaupun budaya ini memberi impak yang sangat negatif kepada generasi pimpinan akan datang. Ini bermaksud mereka sendiri tidak peka atau malah tidah mahu ambil tahu bagaimanakah agaknya pembentukkan sahsiah anak2 mereka.

Wahai ummat Islam, bangun! Kita perlu bertindak. Lihat sahaja Rancangan The Oprah Winfrey Show. Mereka (bukan Islam), berganding bahu membina rancangan2 yang memberi manafaat kepada masyarakat. Malah mereka di banjiri dengan rancangan2 yang mendidik minda. Lalu kita gelar mereka sebagai 'Ibu' kepada budaya kuning. Malah kita ini, yang melahirkan anak2 serta cucu2 budaya kuning, tidak pernah sedar diri, lihat sahaja anak muda kita di sogokkan dengan drama2 yang tidak tahu di mana positive value.nyer. Realiti show ttg menyanyi2, berlambak2. Filem..tak habis2 nak cerita pasal mat rempit. Drama..pastinya ttg cinta 3 segi. Rancangan agama? khusus untuk orang2 tua @ mereka yg baru insaf.

Tapi cuba kita tgk di barat sama, mereka ader CSI, House, The Biggest Loser, The Apprentice. Rancangan2 yang pada mar sedikit sebanyak memberi manfaat buat semua.

Kita perlu bangun, dan bertindak! Percayalah, kalau bukan kita siapa lagi???
Mulakan langkah kecil yang bermanfaat
yuk melangkah~


Tuesday, April 20, 2010

Mengimarahkan Rumah ALLAH pd waktu Subuh

   Alhamdulillah, pagi nie Allah memberi peluang utk mar bersama2 dengan ayah menunaikan solat Subuh di surau. Dari dulu lagi mar tunggu peluang berjemaah di surau, tapi atas kesibukkan ayah & adik2 (min) yang lain, terpaksalah mar memendam hasrat jea...lagipun muslimat kan lebih elok berjemaah di rumah (dgn nada yang kecewa huhuhu)

walau mcm mana pun, bersyukur ke hadrat ALLAH, pagi nie mar merasa solat subuh di surau. Suasana yang sangat istimewa, melihat jemaah penuh di surau tatkala waktu subuh. Ramai penduduk AU1 mengambil peluang yang sangat singkat ini untuk bersama2 mengimarahkan rumah ALLAH. Walaupun seperti orang2 lain, pagi2 nie la kita kalut nak siapkan anak2 ke sekolah, prepare breakfast, kiter sendiri nak bersiap ke ofis, ini semua bukan halangan mereka semua dari berjemaah di surau. 

   Yang paling menarik sekali, kebanyakkan dari mereka, hadir ke surau sudah lengkap siap untuk ke ofis. subhanallah =) sangat hebat! malah ader dikalangan mereka yang berpakaian lengkap 'sekolah rendah al-amin'. mar berdoa semoga ALLAH beri kekuatan untuk mendorong keluarga ke surau seperti mereka, berdoa semoga ALLAH lembutkan hati kami sekelurga untuk istiqamah mengimarahkan rumah ALLAH. Dan semoga satu hari nanti, anak2 mar yang siap berpakaian sekolah menunaikan solat fardhu subuh di surau =)

istajib du'a ana Ya ALLAH =)

Thursday, April 15, 2010

Aku Cinta ALLAH bY Wali Band



Andaikan diriku bisa seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai
*
Aku lemah tanpa-Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolong ku tolong ku Yaa Allah
**
Setiap air mata ku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan kau lagi
***
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah

Back to *, **, ***
Back to **
Back to *** 2x




Solat Membentuk Peribadi Mulia

   Alhamdulillah last wiken team Fauzul Azim telah mengadakan sebuat program Solat Khusyuk - Khusyuk Itu Mudah.

   Apa yang ingin mar kongsikan bukanlah mengkhusus kepada program tersebut, tetapi satu scene yang memberi kesan dalam mentarbiyah hati =)

   Ketika waktu break untuk makan tengahari, mar, kak Zz dan sahabiyah2 yang lain membantu untuk mencedukkan lauk bagi para2 peserta. mar risau sangat, kalau2 lauk tak cukup. kalau mar urusetia da kalut lauk tak cukup, apatah lagi peserta kan? lagipun derang bayar untuk program kali nie. tinggal lagi 10 orang yang terakhir sedang beratur untuk mengambil makanan, lauk yang ada tinggal sedikit..(tapi mar rasa cukup untuk semua org). Tiba2 seorang kakak nie cakap (berbisik)

kakak A : eyh ayam macam tak cukup ja, em tak palah..akak ambil sayur ja (dengan tersenyum)

   subhanallah, walaupun beliau bayar untuk program dan makanan, tapi sedikit pun tak berkira dengan duit yang dihulurkan. Malah mengambil kira keperluan peserta lain (walaupun mar rasa, beliau bukan kenal pun sahabat2 muslimat yang beratur di belakang beliau) 

   Usai solat dzuhur, rupa2nya ader lagi kira2 5 orang peserta muslimat yang tak makan lagi. Mar da tersangat risau, ingatkan semua dah makan.

Mar : Akak2 nie tak makan lagi yer?

Kakak B : Ha'a kami solat dulu tadi, takpa dik...kami makan ja apa yang ada. 
Kakak C : iyalah, apa yang ada, itulah rezeki kita =)

Benarlah, solat ini membentuk peribadi yang mulia. Semoga ALLAH merahmati insan2 yang mar ceritakan tadi ni. Dan semoga ALLAH membentuk akhlaq kita seindah akhlaq Nabi Muhammad swt, tarbiyah melalui solat kita yuk~ Solat biar yang khusyuk~


Monday, April 5, 2010

Jom tUkar menu sarapan kiter =)

'Ish take time pula nak sarapan.Lagipun, orang yang tak biasa sarapan kalau sarapan boleh sakit perut. Bila sakit perut tentu lambat ke hospital. Tak apa asalkan dapat jaga hati isteri ,' bisik hati kecil Dr. Muslih. Kemudian dia ke dapur.

Dr. Muslih teruja. Dia melihat sarapan yang disediakan oleh isterinya amat berbeza dengan apa yang difikirkan. Lain daripada yang lain. Juadah sarapan biasanya terdiri daripada nasi goreng, nasi lemak, mee goreng dan kuih muih. Tetapi apa yang dilihat di atas meja kali ini betul-betul sesuatu yang langsung tak terfikir olehnya.

Terhidang di atas ,meja beberapa biji buah kurma, buah tin, aprikot, kismis dan beberapa jenis kekacang. Set makanan sebegini biasanya ditemui semasa menziarahi jemaah haji yang baru balik dari Makkah. Kelihatan juga di dalam gelas terdapat air yang berwarna agak kekuning-kuningan.
"Air apa ni?" tanya Dr. Muslih kepada isterinya
"Ni air madu bang, minuman sunnah," jawab Qani'ah

"Hebatnya khasiat madu hingga Allah sebut dalam Quran. Ia juga popular dalam perubatan Islam. Kita cuba amal apa yang Nabi amalkan ya," sambung Qani'ah

petikan dari buku Denyut Kasih Medik karya Dr. Farhan Hadi
(credit tO ayman-sbb kasi kakak pinjam hee~)

Thursday, April 1, 2010

Lets study Parenting Skill in Sesejuk Maaf Di Kalbu =)

Alhamdulillah..syukur ke hadrat-MU Tuhan semesta alam, yang tak pernah jemu melimpahkan nikmat dan rezeki pada hamba-hamba-Mu ini. Walau kami sering lupa untuk bersyukur malah sering tersungkur di lembah kejahilan, lalu kami taburkan janji2 manis untuk bertaubat selama2nya. Namun tak pernah Kau ambil kira semua itu, kemaafan dan kasih sayang-mu sentiasa mengalir bertali arus tiada henti. 

   Dalam kesibukkan mengendalikan beberapa kursus pada hampir setiap minggu, sangat memusykilkan mar untuk mengambil peluang meraikan Pesta Buku yang hanya diadakan setahun sekali sahaja. Hati mana yang tidak di runtun kesedihan, walaupun hakikatnya tidak ada satu pun buku yang berhajat untuk dimiliki dalam masa ini. Buku2 lama, masih lagi berhabuk tidak terusik di rangkaian almari. Mini-library yang cuba diwujudkan, mungkin bakal bergelar mini-muzium (hahaha). Cuba memujuk hati dengan pemikiran yang lebih positif, moga terubat kesedihan.

    Namun alhamdulillah, kasih sayang ALLAH itu tidak pernah berkurang, malah bertambah sejajar dengan bertambahnya keimanan kita semua. Usai tamat prog pukul 3 ptg, Ahad, mar menyuarakan cadangan kepada kak rose (rakan sekerja) utk menemani mar ke Pesta Buku. Entah dari mana hadirnya kekuatan itu dalam keadaan fizikal yang sangat penat, namun ku gagahkan jua (echech~)

   Seperti biasa pesta bUku (@boOkfair) dipenuhi dengan pencinta2 ilmu. Malah kita dihujani dengan pelbagai corak bahan2 ilmu. Mar tertarik dengan 2-3 buku dari bOoth Telaga Biru, teringat suatu ketika di Shah Alam, mar memegang 2 novel ini. hasrat di hati memang nak beli, namun memikirkan kepentingannya (sama ada perlu @ tidak untuk membeli). Mar bubarkan saja hasrat itu, bukan tidak mahu menimba ilmu..tetapi mar lebih suka buku2 yang berbetuk motivasi @ fakta berbanding dengan novel. Kata hati ketika itu 'seandainya berjodoh, pasti ditemukan oleh ALLAH suatu hari nanti'

   Kali ini mar tekad, untuk membeli. saya perlu belajar erti maaf dan persahabatan, mungkin novel2 ini mempunyai jawapannya. 


   Novel pertama yang mar capai, Sesejuk Maaf Dikalbu karya Nor Atikah Ghazali. Mar tidak mengenalinya, apatah lagi mendengar ttg beliau. Namun aper yang menarik ttg novel ini adalah sinosisnya.

Api yang marak boleh padam dengan sejuknya air. 
Dendam yang marak, apa pula pemadamnya?
Padamkanlah ia dengan sejuknya maaf..

   saya dah terlalu banyak menyimpan. saya perlu belajar untuk memaafkan. Yang menariknya ttg sinopsis novel ini, sekali baca yang mar faham, menceritakan ttg 3 sahabat yang mempunyai masalah keluarga masing2. dan macam mana mereka merungkai kemelut serta akhirnya mampu untuk memaafkan ibubapa mereka. (itu yang saya faham)

   tetapi setelah berjaya menhabiskan bacaan selama 2 hari, actually its totally different dari tanggapan mar. novel ini seumpama buku teks parenting skill. Its a good book for 'mother-to' or 'wife to-be', menggambarkan kepada kita realitinyabetuk2 keluarga yang ada di Malaysia hari ini. dan bagaimana faktor2 seperti makanan yang halal, kasih sayang yang dicurahkan mampu membentuk peribadi seorang anak. Buku ini memberi gambaran dan menjadi satu persediaan yang bagus buat bakal2 ibu dan bapa.
   malah yang lebih menarik lagi, karya novel ini mendapat sentuhan penulis terkenal, Fatimah Syarha Mohd Nordin =) Insya ALLAH pada pendapat saya tak rugi untuk belajar dari novelis yang tak kurang hebat ini. Sudah2lah kita dikaburi dengan novel2 wirid cinta, tafsir cinta, tawaf cinta dan sebagainya. (peace) 

   2 lagi yang mar beli adalah Terasing bY Hilal Asyraf dan Pemilik Cintaku Selepas ALLAH dan Rasul bY Fatimah Syarha. Terasing bukanlah novel yang terbaru dari Hilal Asyraf, namun pengisiannya tampak padat dan berkualiti. Buku Pemilik Cintaku Selepas ALLAH dan Rasul, mar dah pernah beli sebelum ini, tapi dah dihadiahkan pada seorang sahabat yang melansungkan perkahwinan. Namun mar beli lagi sekali, mana tahu ader sahabat yang akan melangsungkan walimah, mar rasakan buku ini merupakan pembimbing yang bagus untuk dijadikan guideline =)